Friday, February 17, 2017

Happy Weekend You Olls

Holla you all
 
Pray for my pinggang! adoi. sakit oii
 
Dulu kan I dah bebel pasal pinggang I. Then still tak okay lagi. I dah pergi 3 klinik, scan urine test bagai. Lepas tu tadi I ingat klinik sebelah office ni ada Xray, gigih pergi. receptionist dia kata ada. sekali masuk bilik doc dia kata
 
"sorry we cannot do Xray because not enough equiment. We can only do Heat Therapy for you.  and I will provide you with painkiller and hot cream. If still not okay, pls come back on Monday for referel letter to hospital".
 
Cis. so I buat lah. Basically, dia macam urutan je pun. Sapu krim panas lepas tu yang 'benda' macam scanner tu dia sapuuuuuuu/ urut kat tang yang sakit. I kena meniarap. Syok betul amoi tu, mengurut I sambil layan K-Drama. -___-
 
I pulak tak tahan geli. I gigit tangan sendiri sebab taknak ketawa ahhahahaha

Add caption
Lepas tu I dibekalkan dengan ubat ni. Kan ke dulu I pernah cakap klinik 1st I pergi bagi painkiller high dose tapi takde efek. Tetap sakit. Ni pulak dah paling tinggi dah. Colleague I siap cakap takut nak makan ni, sebab macam tidur mati. Macam jantung pun dah berhenti.
 
Adoi seram pulak I -__-
 
 
bff
 
Tengah busy kat office, salah sorang boss offer nak belanja Starbuck. wah kami apa lagi tersengih sengih la. rezeki jangan ditolak. bala jangan dicari. wah gitchew. apa pun, sejam selepas minum I sakit tekak -__- matik ler esok dah lah ada event . huwaaaa
 
 
btw sapa join event esok kat Times Square? I kalau pergi event first thing I takut ialah pakaian . takut terkeluar tajuk. second ialah ; takde geng! yelah I kan kureng friendly sikit
 
apa apa pun nanti I share gambar ye


dappp
 
Toodles, xoxo
 
Have A Good Weeekend , Peeps!


Thursday, February 16, 2017

Random: Perihal Warna Anak?

Hari tu I nampak ada orang bertanya soalan kat page Mak Buyung. Katanya masa lahir anak dia putih, lepas sebulan jadi makin gelap. Lepas tu mintak tips nak putihkan anaknya.
 
Maka banyaklah komen yang dia terima. Ada yang lawak, ada yang kecam . macam macam lah.
 
I nak gelak. Pastu fikir balik. I pun pernah situasi macam ni. Maybe cara dia bertanya salah kot. Atau salah tempat ke hahahah
 
 
Masa Lihin lahir, kulit dia agak gelap. entahlah, ke mentol lampu rumah I gelap. bila bawak keluar takdelah gelap sangat tapi biasa je lah. Mula mula I tak heran sangat pastu kawan I tegur
 
"weh gelapnya anak ko. Macam anak Myanmar"
 
I macam sentap duh. I tau dia nak melawak kasau, tapi entah. kuang asam je ayat. But wait, bukan Myanmar saing saing Nepal ke , putih melepak semuanya?


 
Tapi eversince that I dok bebel lah kat Lihin kenapa dia gelap tak macam Mommy blablablablablabla. I dah lah meroyan dulu , rasa nak gigit and cekik dia. I cakap dia tak ikut kulit I
 
Bila pergi KKIA, nurse puji Lihin putih melepak. sampai satu tahap tu, nurse cakap
 
"wah putihnya baby ni. Lagi putih dari Mak dia lah. ikut sapa ni"
 
hadoi sentap lagi T_T

Masa Maira lahir , dia warna merah. sampai I doa, tak kisahlah cerah or gelap. janji bukan merah. I takut tengok dia time tu. hahaha and sebab tu jugak la I pilih Humaira.



pssst kalau tak nak letak Maryam Isabelle macam nama anak Ally. hahahah


Ash pulak, first tengok dia I macam

"kenapa mata sepet?"



hahaha I kan mata besau. eh actually takdelah besau sangat. I dengan Ocin ni bangsa 'sleepy eyes'. dah macam cautut lebih dah. Tapi tiba tiba mata Ash kecik, mesti lah I tertanya tanya ikut sapa. belah I taktahulah, maybe ikut belah Ocin ke.

selain dari tu, banyak jugak benda yang I mengomel. Alaaa saja je nak compare yang ni ikut sapa ni ikut sapa. Lihin muka Ocin tapi mengada ngada dia ikut I. Maira muka I , tapi baran dia ikut Ocin. Ash tak tahu lagi. Bukan tu je, sampai taik telinga pun I bandingkan ikut sapa. taik idung I tak boleh bezakan. Macam sama je. ahhaha

Apa pun, I rasa kebanyakkan Mommies macam ni lah. antara disuarakan atau tidak je lah. sedangkan siblings pun mesti ada yang tengok ikut Mak ke Ayah ke, inikan pulak anak yang keluar dari rahim kita sendiri.

Cuma walau apapun, bersyukurlah kita atas kurnianNya. I dah cukup bersyukur kalau anak anak I sihat, cergas dan terang hati. Nak ikut muka apak ko ikutlah. After all, nama Mommy masih berada di surat beranak korang. Mommy No 1. kbai



Psssttt... sampai sekarang orang masih tanya Ash ikut muka sapa. campur lah kot. dagu macam milik I. hidung milik apaknya. Lain lain I tak dapat kenal pasti lagi. I kagum kalau orang yang boleh tilik muka baby kecik ikut sapa blablabla. Muka penyek kedut kedut macam mashed potato pun orang boleh kenal ye. err hahahaha

Psstt lagi. ikut pembacaan I lah dari penerangan seorang doctor, apa yang Mak Buyung makan ketika mengandung tidak akan mempengaruhi kulit anak dia. apa pun kena berbalik kepada genetik kita. so kalau iklan 'saya minum Jus XYZ ketika mengandung, Alhamdulillah anak saya putih macam clorox' tu you all pepandai lah fikir. kalau dah modelnya memang putih nak buat macam mana. Kalau betul sangat, bagi lah kat Nigerian lady yang tengah pregnant, tengok boleh ke tak putih

APA PUN, MULUT JAGA. JANGAN SESUKA HATI KOMEN ANAK ORANG.

"EH BABE NAPE ANAK YOU GELAP? EH BABE NAPE  ANAK YOU MOK MOK? EH BABE NAPE ANAK YOU KEDING? EH BABE NAPE RAMBUT DIA MACAM NI? EH BABE NAPE SEPET SEBELAH?"

KENA TIME OKAY, TAKPELAH, BOLEH GELAK GELAK. TIME TENGAH BAD MOOD, MAKAN PAKAI STRAWW LAH KAU!. KAHKAH