checkup mengandung: gomen ke private?

Assalamulaikum W.B.T

First time Mommy mesti pening nak buat checkup kat mana kan? sama lah macam I dulu. dok Google sana sini, nak pergi private seram tengok bill. nak pergi gomen seram pulak dengar cerita kena marah dengan nurse bagai

Tapi disebabkan kekangan kewangan, iolls pilih gomen jugak ler. Rasa bodoh bodoh je konon nak cut que pergi Ampang Hosp sekali dia kata kat KKIA je boleh. hampeh muahahaha. oh ya dulu I start checkup agak lambat kot. 4 bulan.

Pergi sana, mak teman. Kena beratur ramai ramai. Lepas tu security tu macam pelik je I line up kat situ. Maklumla takde baby bump langsung. 2,3 kali dia repeat itu untuk ibu mengandung. hehehhe. I yang first. Lepas tu masa masuk tu I macam tercangak sikit ( sila imagine ramai ramai jalan sambil beratur macam nak masuk class) then tetiba orang belakang I ( yang perut dah bonjol) nak cut que pulak. Memang I siku tetek dia -,- ahhh lantak la. dia pun macam tercengang and undur ke belakang. Tapi nombor tak sama pun, sebab I 1st timer kan.

I paling ingat first kena amek darah. Bilik tu pun belum bukak. Nampak tak kegigihan di situ. Pastu masuk masuk , erk budak praktikal dah. But she was so nice to me. Tak macam sesetengah tu, dahlah kurang pandai, berlagak lebih. agaknya dia ingat lepas habis praktikal gaji terus 10k ke ?

Dia dibantu oleh sister. yang uniform lain tu. explain dia itu ini. Dia siap minta maaf lagi sebab lambat

"maaf ye kak. First time ni"

I okay je. Tapi I sememangnya penakut nak cucuk. I toleh tempat lain. sambil tutup mata . taktahu pulak itu lebih menakutkan dia. Sampai dia cakap

"Kak belum lagi lah..."

hahahaha :p

serious I sangat takut dengan jarum T_T itu bilik injection, untuk  first timer and kadangkala aje. selalunya routine ialah

1) amek berat - I tak gemar sangat dengan akak pemalas ni. I taktahu baca timbang ( ala jenis timbang jarum tak betul tu) and dia malas angkat bontot. padan lah gemok kak oi. ada yang baik tolong tengok kan :) time kasih kak. moga cepat naik gaji ye

2) check blood pressure. Still ruang yang sama. Lepas tu dia akan bagi botol untuk urine test. Ha lepas tu memang I failed. sebab I kena amek mood untuk kencing . 1st sebab I dah buang siap siap kat rumah. 2nd tandas dia nauzubillah -,-'' I betul betul kena ada ketahanan mental yang kuat untuk masuk, menghidu dan segalanya . cehhh

3) amek darah- ni jenis ketip kat hujung jari. Tiap kali dia ketip kompem I lompat . selalu nya I ajak mak berdiri dengan I. sebelah lagi pegang tangan mak. muahahaha

4) check dengan nurse- yang ni kena letak buku kat dalam bakul and dia akan panggil no. yang ni selalu lambat sebab nurse akan amek 1 stack buku randomly. Jadi tetiba kita tengok orang yang baru sampai dah kena panggil. yelah sebab nurse dia buat keje cepat / chck lebih kurang. muahahah dia antara tu je lah. tapi apa yang I tak berkenan dengan tang ni, bilik dia sempit. dalam bilik tu ada lebih kurang 6 nurse kot. then ada laki yang teringin jugak masuk. sayang bini sangat. guna la otak tak selesa lah. Lepas tu I kesian kat yang bawak anak berderet deret. Mesti dorang takde orang jaga, anak anak pulak kecik lagi. Haish sian dorang. tapi apa pun I tetap rimas -,-'' oh kat situ I suka akak nurse tu. sporting sangat, siap tanya bab cintan cintun siap puji puji iolls lagi tau .

5) jumpa doc- lepas tu jumpa doc, But I have to say this. doc dia sangatlah tak friendly. mungkin dilatih untuk tak friendly kot, Muka carik gaduh je. Penat iolls senyum simpul tau

tu je lah kot. biasanya 11am dah setel . tapi penah jugak sampai 1pm kat situ. taktahu apa masalahnya -,- nasib baik I kerja temporary dulu so I amek unpaid leave terus la .

Rezeki kali kedua ni I BARU mula kerja sebagai permanent staff. Just started my job as permanent staff. Alhamdulillah, rezeki . Tapi sesungguhnya boss haku nak dengar ke semua tu ==.= I kena follow up checkup ( because of complication) pun dah dipersoalkan, selalu ke kena pergi and blablabla. Jadi I amek alternatif untuk pilih private clinic.

Private clinic , kalau nak cakap Prince Court, Gleanegles dengar dengar idok ler mahal mana. RM 100 ++. yelah , monthly sempat lah menabung kan. Tapi nak beranak sana? Bye, muahahaha.

Jadi I memilih klinik di Bukit Indah lah untuk checkup pada setiap hati Sabtu. Macam mana I tahu pasal clinic ni? Pet sis I kerja sana .Tuan punya clinic adalah doc perempuan yang sangat lemah lembut, penuh dengan senyuman dan memulakan segalannya dengan Bismillah. sejuk tahu hati, compared dengan yang main cucuk je .

Dulu I ada problem infection, discharge yang agak teruk. and I sangat takut nak masukkan vaginal tablet tu sendiri dan kurang percaya dengan laki sendiri =.= jadi every week lah I pergi mintak khidmat dia. Kau ingat kalau gomen dia nak layan? =.= RM 30+ . agak murahlah jugak dibandingkan keselesaan yang diterima :)

Berbalik kepada checkup, honestly I nak cakap I lagi suka gomen. Bukan sebab dia tak bagus ye, tapi sebab I dah pernah buat yang so called as rumit, tiap kali datang nak check darah la ukur itu ini la blablabla, so bila dapat yang check kemain simple etc: Urine test, blood pressure, weight, scan. so I akan rasa eh okay ke? taknak check aku ada darah tinggi ke? ni berat naik kena buat apa ni?

Bayangkan , dulu I selalu makan malam malam buta, Butterscotch tu I makan macam makan ulam je. memang kena sembur dengan nurse counter timbang tu, nurse kat dalam bilik check tu, siap nurse meja sebelah join membebel , doc =.= lengkap okay. Tapi hari tu doc tegur I naik 4kg ( I tak tahulah sebab apa) tapi itu jelah. dia cuma kata " berat awak naik banyak ye" . I pun jawab " ye"

Lepas tu I terfikir, taknak bagi aku air gula ke? See See?

Tapi apapun , dia doc, of koz la dia tahu yang terbaik . mudah mudahan

biasanya I kena dalam RM60 ke atas. Hari tu siap ubat tambah darah RM 70 and sekali kena buat blood test RM 110. kenapa mahal? biasanya klinik kecik macam ni dorang takde lab sendiri. so segala ujian darah akan di hantar ke  lab luar. Tu ler mahal tu.

Jadi terpulanglah pada you all nak memilih klinik mana. Ikut keselesaan ke, ikut keperluan ke atau ikut kemampuan. Dorang sama je doctor masing masing belajor tinggi. Tapi macam yang I selalu cakap ' when youre in pain, trust me you just dont give a fuck'. Lantakla nak marah ke apa ke . and private pun ada je yang bagi muka taik. typical sangat .dia terpulang pada muka masing masing kot. muahahaha

*notakaki: semalam I syak leaking. Ditambah pula dengan Diarrhea di siang hari, baby kick pun lemah gelamai je walaupun cukup 10x. Malam tu kelam kabut la pergi klinik. Actually masa dok rumah lama sedari kecik I pergi je klinik tu. I pandang cikai je la.sekali semalam pergi punyalah penuh. Pastu mesin dia canggih okay. scan dia ada dua screen lagi. takyah I nak pusing pusing badan .Doc not bad. Maybe mualaf kot, bertudung labuh, putih and BM dia pun susah difahami =.= tapi kira baguslah, dengar je I syak leaking terus heret I pergi scan, lepas tu siap nak tunjuk image muka Baby 4 D lagi . Tapi tak print la, yang tu kena appointment ye . ( BTW, clinic ni sangat famous dengan scan 3D 4D dia , Google je kompem berlambak lambak orang sebut nama ni)  and Baby I tengah muncungkan bibir. hahhahah tergelak lah I, apalah keje ko byuat duck face kat dalam tu dek oi

Panjangnya nota kaki I, actually cuma nak cakap je, kalau nak checkup sini pun okay kot. yelah sebab dia dah canggih kan. Masalahnya dia tutup 10.30pm. and closed on Sunday . pffftttt

Comments