Family Day 2017

kesabaran dan cerai

Assalamualaikum W.B.T

semalam I pergi visit one of my auntie yang sakit, err sebenarnya memang tak tahu sakit apa. kalau nengok conditionnya , mungkin kencing manis. kaki hitam , macam reput. Solution yang doc bagi potong. Macam biasalah, percanggahan pendapat modern dan tradisional. Bukan semua orang setuju dengan perubatan modern. Macam mana kalau dah potong tapi masih sakit?

Apa yang buat i terpanggil nak tulis ni ialah apabila melihat cara anak anak makcik tu jaga dia. I terfikir , " adakah anak anak I akan jaga I macam tu?"

Anak dia tak ramai , dua orang je, Yang sulung perempuan, masih bujang. Yang no dua, lelaki dah kahwin ada anak bini. Bini dia pun tolong jaga . Betapa beruntungnya makcik tu.

Dia memang dah tak larat nak bangun.makan muntah minum muntah. Makan pun sikit, keluar balik pulak tu. Buntu, kami dah tahu nak buat apa. Dulu boleh jugak bangun ke toilet , dipapah, dimandikan. Tapi sekarang nak kencing pun atas katil.Pampers ada, tapi makcik tu kata susah. yelah ingat senang nak kencing dalam pampers. I pun kalau orang suruh kencing dalam pool/ sungai sampai meneran tak terkeluar T_T last last carik jamban jua

Semalam, dia mengadu nak kencing. Dorang pun letakkan tirai ( katil di ruang tamu). Suami dia tolong angkatkan kaki dia ke atas.

Apa yang buat I terharu?

Dulu suami dia berkahwin lain. Masa tu anak kecik lagi kot. Kenal dengan sorang pompuan (janda) terus kahwin. Nak kata dari segi rupa idok ler, harta jauh sekali. Dia redha. Lebihkan belah sana, dia redha. Orang sana mintak duit lebih, redha. dengan orang belah sana dia dikurniakan sorang anak . makcik ni memang sayang dengan anak tiri dia juga, selalu ajak datang rumah, main, bermalam. Memang macam anak sendiri. sangat manja.

memang selalunya isteri muda yang dilebihkan. gelang sekerat tangan dan macam macam lah. Tapi untuk makcik ni, cukuplah sekadar cukup perbelanjaan dapur dan makan minum anak anak.

more than 20 years kot, orang belah sana buat perangai. tak dijaga makan minum. Mungkin dah tak sefahaman. Mungkin jodoh setakat itu je. Akhirnya mereka bercerai.

Tabahnya makcik tu kan? berpuluh tahun dia bersabar , see sapa sangka suami dia akan berada di sisi dia waktu dia sakit. Mungkin kalau dia tak bersabar dan melayan laki dia dengan baik sepanjang tempoh itu, mungkin kalau penceraian itu tidak berlaku, siapa akan jaga dia waktu dia sakit?

Nampak tak kuasa kesabaran di situ? Berapa ramai orang boleh bersabar macam tu?

Pompuan pompuan muda mudi zaman kini, langsung takde kesabaran. Kerana ego yang tinggi dan berpegang kata kata " aku boleh hidup tanpa lelaki" maka cerai berai itu sangatlah mudah .

Pesanan untuk diri sendiri juga :)

*notakaki: tampal gambar anak kat tepi pc, tepi cermin. maka di office ke, dia rumah ke akan selalu ingat itu lah penguat rumah tangga . itulah penguat semangat.

*notakaki2: baru baca satu forum tentang akak ni yang nak mintak fasakh. Dia dikasari suaminya, nafkah RM 30 (?) and nak share shower gel pun tak boleh. Ya Rabbi. apalah nak jadi kan.

Wahai lelaki, jangan disia siakan perempuan di sebelahmu itu.

Comments