Mandi Manda di WetWorld Shah Alam

Assalamualaikum W.B.T






Last Sunday I bawak our lil Pumpkin to Wetworld. dia sekarang kan dah suka main air. kemain kalau masuk dalam toilet even nak cebok pun dia taknak keluar, nak tepuk air, bukak pipe. haih =___=

Lagi Lagi Tok dia ( my mother in law ler) dah beli kan dia baju swim, ha lagi eksaited la iolls.  err tahu , padahal boleh je bawak pergi KLCC tu kan, tapi saja gatal muahahahah

Neneknya tak ikut, busy menyiapkan tempahan kuih tart nenas dan makmur. ha tu kira penggemar setia la tu dah lepas raya pun still nak. Bukan macam sesetengah orang, tak dapat siapkan 2 hari sebelum raya dah cancel, cancel pun tak bagitahu. ceh, citpodahhh kedekut cakap je lerr. eh hahahh

Okay so tiket masuk Wetworld ni untuk youngster like us -,- ialah RM 20 . Atoknya dapat RM 10 special price for Warga Emas. haaaaa bagus nya. and untuk Cuddlepuff semestinyalah freeeeee



Masuk masuk je Cuddlepuff macam tercengang. Kan I pernah cakap dia takut dengan public area. Cis, kena biasakan jugak ni. letak dalam air ,nangis. kena percik air, nangis. Dahlah tempat mandi murah macam tu parents jenis tak kawal anak. tempat budak kecik ( yang air paras tapak kaki) gigih nak bawak double tube. gilo? kena anak aku kang. parents dok main hengpongggg . yeee.

second pool kami pergi dalam sikit. air paras peha I kot. Apaknya lah yang dokong. Gigih I pergi sewa locker.

Harga Locker : RM 5 / per closing

Cis, susu je tak simpan, sebab tak muat dah. lagipun takut dia kejap kejap nak susu. mana lah tau kan.



main main air. ada orang sengih sengih. Ingatkan nak ngorat Mommy (=.=) rupanya nak amek gambor. alaa marketing marketing. hahahhhaa

so macam macam pose la kami buat, Actually I lupa nak mintak soft copy -,- and kebanyakan nya ialah pose yang gua tak pernah terfikir nak buat. Daripada zaman hangat bercintan sampailah anak nak masuk dua dah ni -,- mana lah bangladeshiku tu belajar pose cenggitu kan. dengan bapak gua sekali terjebak . yang buat bentuk love la, back to back la, tiger la, teropong la. malu iolls

lepas tu Atok Ayah bawak baby main gelongsor batu tu. Iolls punya fav tau masa kecik kecik, sampaikan suar bunga bunga koyak .muahahaha. tapi I macam seram je nak naik :(

kami tak sewa tube pun, gazebo pun tak . ohh harga gazebo RM80. Deposit RM 50 ye


kami pusing pusing la mencari kolam yang best. Tapi bagi I makin dalam makin ganas pulak penghuninya =.=' maka kami patah balik kat kolam first

Kejap je kami di sana sebab tak lama lepas tu dah gerangg gerunggg nak hujan. before lebat baik cepat cepat ye tak . Tapi sempat Mommy req tau .

" Bee, baby teringin naik gelongsor batu. Boleh teman tak" 

-.- teringin tapi takut. muahahah maka apaknya pun tarik tarik kaki I . nasib baik selan=mat mendarat. I terbayang I lemas. over menau, padahal kalau duduk bersila air kat perut je muahahahha

Lepas tu Pumpkin kemain taknak keluar. ahh ahh ahh masa orang nak bukak kan baju dia . hamboi kau dah dahhh

tapi yang tak best, I bawak 1 towel share bertiga, memang jawabnya hasben I dengan Atok dah bawak masuk Gents, I mandi takde towel ler, huwaaa. sila jangan bayangkan I lap guna apa -,- habis lencun. Rambut kepok pun habis . ahahhaha

Balik tu kami pun tengok la gambar. Ni kira 1st time la I terpengaruh nak beli pic macam ni. Kan selalu ada kat mana mana theme park ke , Genting ke memang I tak heran beli. charge kemain mahal. Tapi bukan selalu kan, Sayang Nenek takde, tak cukup korum.

Pic 4R : RM 25/ 2pcs
             RM 50/ 4pcs
( memang la )

              *free 2 pcs ( so senang cakap RM 50 / 6pcs ler)

I pilih 4R. Yang lagi besar 5R kot RM 25 sekeping. Lupa tanya soft copy berapa.



*notakaki: i tergelak sambil edit gambo ni. Lihin macam pelik sangat pandang muka kotak Mommy. hahahah

Comments