Yang Tak Seronok Kahwin Muda

Assalamualaikum W.B.T

Ha, sebelum ajak ngumpat bercerita kita bagi salam dulu. Kang ada yang terkejut pulaks kan.

Kenapa tetiba nak buat tajuk ni? Sebab orang asyik dok perkatakan tentang "keseronokan" . jadi setiap pros mesti ada cons . Ying mesti ada Yang. Mana ada benda berat sebelah dalam dunia ni kan.

Tapi untuk si bendul sekalian ( sebelum menampakkan kebendulan itu) benda ni adalah random post, random thought. Tak semestinya bila I senaraikan semua ini maknanya tak seronok langsung. yang pahit mesti ada sedapnya, walau I tak suka masak, tapi tetap Google resepi siap gigih beli periuk bagai lagi sebab nak masak untuk laki. haa, see see. Tapi agak agak tak paham apa I cuba maksudkan tak mengapalah. =.='

Dalam 100 soalan " Best tak kahwin muda?" I hanya dapat 1 je soalan macam ni " Apa yang tak seronok kahwin muda?" . Ha nampak tak soalan hampir sama. Twist ayat sikit je . sikit je maksud dah lain, siap dapat idea buat entry lagi tau uolls

meh kita start ye

1) Faktor Umur

Walaupun I selalu menegaskan umur bukannlah pengukur kematangan manusia dan haiwan , tapi kali ni kena jugak setuju. Contoh, you and your spouse early 20's la. Lepas tu orang sekeliling dia pun umur macam tu. Dorang takkan treat you or your spouse tu dengan title yang you all ada (etc laki orang bini orang) Dorang tetap akan anggap macam kawan sebaya. Paham idok?

Kita bagi contoh lah, setiap orang ada kawan jantan betina. Eh, laki pompuan la sedap sikit. so you cannot control your spouse, eh jangan kawan dengan lain spesis. Jangan. jangannnnnn. No, takkan nak macam tu. Tapi bila berlaku macam memalam buta dapat whatsapps berbunyi

"yehuuu. uit uit [emoticon monyet ketawa tutup mulut tutup mata] "

( gua bayangkan muka orang yang hantar macam tu)

and bila dibalas

" ha aku baru tengok wassap oi. kenapa?"

and jawapannya

" ala saja je kacau kau "

Tak ke rasa macam pfttftttftftftftftt.

*sila amek perhatian ini bukan entry cemburu buta ye. Iolls kalau angin cemburu buta datang, dah takde ngadu kat belog/fb. Terus serang je muahahahah kbai

I pun bertukar tukar tempat kerja, and selalunya I lah paling muda and ada je jejaka berstatus suami orang walaupun mungkin dia nampak havoc, walaupun dia jenis huhahuha, wlaaupun bahasakan diri kau aku , lepas office hour dah takde kena mengena dah . Takdenya nak tanya kabau ke, apa ke. Kau gila hari hari jumpa nak tanya kabau. angau tu namanya. Lainlah dapat kat wassap group dia eksiden ke, bini dia beranak tak cukup bulan ke. memang tanylah itu ini tanda concern. Yelah , kang I nak beranak orang buat tak pedulik pulok.

So kesimpulan daripada ayat I yang panjang ni, I nak cakap pompuan ni taktahu malu segan silu sikit kalau laki tu baya baya dia =.=' setuju ke idok kawan kawan ku?

Kalau laki , dia segan sikit kot takut kena hayun dengan hammer. Lagi lagi kalau pompuan tu tengah boyot. Gila kau nak kacau bini orang, dia pun tak selera.muahahhaa

2) Terpinggiran

sodeh pulok ayat terpinggir tu kan. Isolated Isolation sungguh. Pada I ni berlalu sesama kawan kawan gegirl lah. Bila tanya "eh kenapa tak ajak iolls?" jawapan nya haruslah

"kitorang nak ajak tapi takut suami uolls marah je. Sebab ada lelaki"

=.= laki Iolls belum biol lagi lah. Takkan itu pun takleh, bukan lepak malam.bukan pergi bercuti tak balik balik, bukan dok dalam bilik hotel. Bukan nak pasang pasangkan -,-''

susah susah, I anggap tu alasan je kot. Dah memang takmau ajak cakap je lerr. tak payah bagi alasan. next time kete uolls pancit kat Ampang jangan mintak tolong I. Opkos jangan ler sebab I bukan tau nak tolong apa pun kan kan kan  kbai

3) Lelaki tetap Lelaki

okay tajuk ni I nak refer kat lelaki bersama kawan kawan lakinya. ha apa lah Cici Tembikai ni kan, kawan dengan pompuan ada masalah, dengan laki pun ada masalah, yes memang ada kalau dah tahap melebih.

lelaki suka guna ayat

" ala chill la awal lagi, bukan ada bini tunggu kat rumah pun"

Tu ayat before kahwin, dah kahwin kang, ayat dia ialah

" ala tak sabar nak ehem ehem lah tu, belum malam Jumaat lagi lah. Berkepit je kejenya"

" ko jenis takut bini kan. ketua keluarga kena berani woi"

(masalahnya yang cakap tu tak tentu kahwin lagi)

See, banyak betoi komplennya.Memang malam Jumaat je ke kena dok umah? apesal, malam lain takleh?  . Tak boleh nak dok rumah main dengan anak ke? Malam apa pulak nak main dengan anak kan?

Tegas? ahaa selalu yang cakap macam tu orang yang belum kahwin, sekali kau dikurniakan bini queen control , huh jadi tikus lah kau kann. and paling penting, kau jumpa dia malam ni, nak balik cepat kau cakap semalam dah berkepit sudahlah, mana kau tahu semalam dan kelmarin dia ada kat rumah. -,- melainkan memang mamat tu kera sumbang dia ada sorang je kawan seumur hidup dia. Ingat kau sorang je kawan dia? cis.

Itu yang pasal lepak luar. Belum masuk yang datang lepak rumah. Kekadang I sangat bersyukur sebab takde Astro and takde tv 60" tau. Kalau tak dengan muka tak malunya datang rumah tengok bola ramai ramai. Dahlah makan minum tak reti basuh sendiri. -,- siap boleh request nak air apa -- grrr I rasa masa akad nikah sorang je yang bayar mas kahwin tau, kenapa nak kena prepare untuk reramai pulak. grrr

Dulu kat belog lama uolls ada baca tak entry yang I bengang sangat orang datang 3am 4am. Gila betul. Yang I letak 2 teabags dalam 1 cawan tu, Padan muka. huh.

And and and I benci toi yang suka ajak kuar weekend. Tahukah anda Sunday is family day? actually kalau tak kahwin pun youalls should spend time with your family. maybe ada yang kata makpak jauh , mak pak busy. Setiap orang ada cerita family sendiri , I taknak lah korek. Tapi hanya kerana mak pak mu tak pedulikan mu, janganlah buat anak orang lain terasa macam takde bapak pulak -,- ahad tu je lah masa nak rest and spend time tau. Yang bebujang spend time diri sendiri lah. Pergi sental daki kat badan ke, cuci otak ke =.=

4) The Match Maker

Yeah we olls semua ada kawan macam ni kan suatu masa dahulu. yang kekonon menjodohkan orang. Ala zaman zaman sekolah dulu. Kalau kena dengan crush kita pun tersipu malu. kalau kena dengan orang yang kita tak heran kita marah ye tak? tapi tu suatu masa dahulu,masa tu period pun belum lagi. Apatah lagi cium tangan laki kan.

Tapi jangan taktahu zaman kerja pun ada yang sebegitu. Sama ada dia tak jumpa lagi jodoh dia atau dia memang ada masalah mental kot. Kekadang nyampah dengan orang macam ni. ke dia yang nak tak dapat?

Contoh nya lah kan, pakai baju sama. Terus suruh amek gambar. Yang gambar nya pulak dengan monyet. maka kena rapat serapat rapatnya lah kan? oh i ada gambar laki orang dengan monyet betina. Nanti I edit muka muka orang tak bersalah lepas tu upload ye :D

Lepas tu kalau tolong. Siapa pernah kerja bab sales marketing yang kena teamwork blablablala,Jadi kena lah bantu membantu. Bila dah tolong tetiba

" fuyyoo ada scandal dengan Edaaa la "

aih suih nya mulut,

yelah masa kecik kecik mungkin kita suka malu malu lah kot. Habis tu bila dah besar ni? I taktahulah apa perasaan orang yang digandingkan tu, tapi I kesiankan pasangannya kat rumah :D kbai

I bagi 4 je lah. Sebab itu yang obvious I rasa -.- Cerita lain ada, tapi bila di summarize kan , pointnya tetap sama.

Pada mata orang, yang tak best kahwin muda ni cuma bab financial. err sudah sudah la tu, duit tu sesapa pun akan hadapinya . Orang tua bangka pun mengeluh sebab duit .  and apa pun masalah insya Allah boleh diselesaikan. peace yo


* geli dengan perempuan yang gelak macam sundal bolong

Comments