Family Day 2017

Al-Fatihah Mak Chok- 11/9/2014

Assalamualaikum W.B.T

Al Fatihah....

Dari Dia kita datang, kepadaNya jua kita kembali...

Bila kita gembira kita akan buat benda yang bodoh. Bila kita terkejut pun kita akan automatic bertanya sesuatu yang bodoh.

Mak Chok, ni mak sedara I. masa kecik my parents kerja, dialah yang jaga I. Actually I panggil dia mak. Lepas tu dia selalu cakap I "Bucuk" . I pun panggil dia dengan panggilan yang sama maka terjadilah Mak Chok.

Lemah lembut, penyabar. memang sangat lembuk. T_T Petang semalamI call mak nak tanya pasal apa entah. Dan mak cakap

" Ti, Mak Chok dah takde. Dah meninggal"

and I was like

" he betul ke? macam mana?"

my mom

" la betul lah. takkan nak memain. Kan dia sakit......"

okay I tersedar soalan I memang bodoh. takkan my mom nak memain kot kan. Actually I taktahu sakit apa. Doc kata kaki dia kena kuman. Don't know further information la. Lama jugak duduk hospital, operation blablabla. Doc suruh potong. Bila sebut potong macam kencing manis kan? Tapi mungkin jugak ada sel sel kanser di situ.

Tapi dia taknak potong. Cucu dia pun cakap

"Nek, kalau potong nanti kaki nenek tinggal satu lah ye"


T_T nak cuba ubatan tradisional. Dah bawak pergi kat Bangi, Haron Din tu. tapi ada ubat ubat akar kayu yang dia tak boleh consume. Panas katanya

Dari Allah kita datang, kepadaNya kita kembali. I pun tak sangka dia akan pergi. Macam terngiang ngiang suara dia, tutur katanya. Macam masih nak disebut sebut namanya. Itulah kan, orang baik yang pergi meninggalkan kita pasti akan dikenang. Mesti masih ramai menyebut nama dia and terbayang dia masih di sisi.

ada dua anak, keduanya ustaz dan ustazah. Dapat menantu pun ustazah. Cucu ada 3 orang, mesti semua akan membesar mejadi orang baik baik

I tak dapat pergi, sebab jaga Baby . Plus, I demam nak tumbuh gigi bongsu ni. Husband I pulak kena jaga I . Orang kata perempuan mengandung and baby tak elok ye pergi tempat macam tu / rumah orang meninggal. Takut meragam katanya :(

Tapi mak kata semalam ramaiiiiiii orang kat rumah arwah. Alhamdulillah,. Ni buat I terfikir, masa I takde nanti, sapa yang akan datang? ramai tak?

Mari kita sama -sama sedekah kan Al-Fatihah. Semoga dia ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Comments