Family Day 2017

Dah Kahwin Duduk Rumah Mak Lagi?

Assalamualaikum W.B.T

All this while people will give me one kind look kalau tahu I stay dengan parents. dengan suami. and my Pumpkin, in 1 house. a flat house 0,0 ( read: maybe kalau I cakap my parent's house is a villa dorang tak pelik kot)

Sometime I pun rasa awkward nak bagitahu orang =.='' I alien ke dorang yang alien. Sebab memang kewajipan ye isteri ikut suami duduk rumah mentua?

Last few weeks I borak dengan one lady ni. she's a lawyer ( high rank la nak dibandingkan dengan I ni apa la sangat kan - ;D ) and she also stay with her parents since after married.

So I bukan lah alien? Thanks God. I am normal.

Kat sini bukanlah issue tak mampu / kedekut nak menyewa ( membeli macam jauh sikit je) tapi the comfortable-ness . kan? I am the only child in my family. Rumah tu ada 3 bedroom , 1 dah jadi dapur kering, 1 my parent's room  and all this while tu memang bilik I sorang. so apa salahnya I angkut kekasih hati untuk sleepover yang halal kan?

Lainlah kalau I share bilik dengan akak/ adik. before this.  se - Amerika gua taknaklah share laki. pang kang. hikhik

When I was in high school , sekolah belum habis lagi ni. pendapatan pun belum ada tapi I obsessed betul nak duduk kat Damansara. Always told my mom I gonna stay there. will rent a penthouse dekat dekat dengan One Utama / Curve =.= I akan kahwin kat sana . muahaha berangan lebih =.='

Sudahnya kahwin bukan Damansara bukan Ampang. Kami nikah di somewhereeeeeee jauh sikit dari ke-busy-an kota lepas tu duduk kat Damansara for few month then terus berlari balik Ampang nangis nangis nak duduk bawah ketiak mak.

Okay tipu, my husband gonna slap me for this muahahah. kami pulang ke pangkuan keluarga atas persetujuan bersama. jauh oi dok sana kerja KL =.= walaupun naik motor takde tol bagai tapi petak jugak lah bontot kalau ulang alik hari hari. Lepas tu dengan I memboyot, sorang sorang kat rumah. sapa pulak nak mintak tolong. sana macam susah je public transport. nearest clinic at TTDI kalau I sorang sorang takkan I nak tahan kete tepi jalan pulak suruh bawak pergi clinic kan =.=

Tak masuk bab I tak pandai masak air pulak . Okay itu additional je . sila abaikan . muaahhaha. Tapi lepas dengar I food poisoning akibat masak maggie dari air timba yang tak masak my dad cakap

" akak balik Ampang lah, duduk je lah sini. makan je apa yang ada kat rumah sini"

Balik balik ada ketam masak lemak kau. muaahahah mesti abah ingat kat rumah sana akak makan kepala naga hari hari kan? hikhok, nothing can beat mom's cooking.

So kami decide untuk stay Ampang forever :)

Gituhlah ceritanya. Tapi ramai tak paham and still cakap dah kahwin still nak berkepit, anak mak sanagt ( eh memanglah anak mak, takkan anak buluh betung kan) pastu yang cakap "kalau I tak suka lah dok rumah parents, menyusahkan dorang je" . terasa iolls tau

Ala it depends la. kalau kau tak duduk serumah , tapi hujung bulan mintak duit, atau bila datang bukak periuk nasi atau hulur duit kurang daripada yang diminta balasan  and sebagainya, tu pun dikira menyusahkan. Am I right?

Duduk rumah mak tapi jagalah orang tua tu. belikanlah apa yang kurang dan lakukan lah apa yang sepatutnya. Jangan pandai cakap orang je naaa :D

And kalau cakap pasal privacy, yelah dah duduk rumah dengan family tak bolehlah nak main dukung dukung dari bilik air sampai bilik ( which is never happen and Alhamdulillah I mampu jalan sendiri lagi) and tak boleh jugak jalan bogel sekitar rumah which is wont happen jugak lah, kang orang intai kang ,dahla gua selalu lupa tutup tingkap =.= pepandai jelah bawak diri. ye tak?


Comments

  1. Permanent Doctor Diperlukan (Urgent!)

    Greetings !

    Kami mempunyai sebuah klinik di Pusat Komersil Bandar Sungai Long Kajang & dalam proses untuk membuka sebuah lagi cawangan klinik di Ampang. Kami sedang mencari Potential Doctors yang berminat untuk menyertai kami. Details seperti berikut : 

    Vacancy - 1 Permanent Doctor (Denai Alam) - offering RM7000/month 

    Requirement 
    - preferably doctor wanita yang peramah kerana kami ramai patient wanita & kanak-kanak 
    - doctor with valid APC 
    - flexible (boleh adapt dengan perubahan jadual klinik) 
    - high tolerance level 
    - High discipline level 

    Yang berminat boleh menghubungi Ir. Aznial Rahmat di no 012-3129264 atau email CV ke aznial@gmail.com

    Terima kasih.

    ReplyDelete

Post a Comment