Family Day 2017

Pregnancy : Pilih doctor perempuan atau lelaki

Assalamualaikum W.B.T

phewww semalam kuyup oi. pergi karoke dengan officemate husband I, and sesungguhnya karoke adalah benda paling membosankan sebab I tak menyanyi. bukan malu, but I dunno how to sing. joget suka lah, tapi takde gang. takkan semua jantan Iolls nak joget depan tu, dah macam penari tiang. kang terus benti keje laki gua. muahahah

sebab kan kebosanan melampau I pun Google lah pasal bersalin beranak sebagainya and terjumpalah pasal topic Jaga Maruah Ketika Bersalin. ( read: bukan tajuk sebenar)

maka beratusan komen kat situ, melampirkan pandangan pendapat serta pengalaman.

" .... ko nak ke bini kau dijolok oleh lelaki lain? depan mata kau?..."

".. Alhamdulillah laki saya bawak saya ke hospital XX dapat request doc perempuan..."

" .. takde duit tu alasan. Kalau suami kita nak jaga maruah kita macam macam cara dia sanggup buat. Duit boleh carik. maruah bini penting...."

".. bro kau kata tu perubatan? ko je lah bagi bini kau kena jolok aku takmau..."

" ... nonsense takde duit. Takkan dah tahu nak tambah family members tak sediakan duit secukupnya. Itu tugas suami blablablabla.."

"... suami janganlah berkira dengan isteri. peliharalah kehormatan isterimu, takkan nak keluarkan setakat 1k - 2k untuk beranak tak boleh..."

Firstly, Alhamdulillah dan tahniah untuk sesiapa yang mampu ke private hospital dan request doc la. Tapi rasa nak sepak je sapa mempertikaikan pasal orang ada duit ke takde duit tu.

I ada Google itu ini, hukum hukum nya, falls into what and what bila dah masuk perubatan ni, ada yang kata darurat ada yang kata tak darurat sebab Malaysia masih aman ( apa kena mengena daaaaa -,- ). I memang taknak komen yang tu sebab I sendiri masih cuba memahami dan belajar. Kang tak pepasal I menyampaikan sesuatu yang salah , lagi susah.

Cuma kekadang waktu jejari kita menari di atas keyboard ni kita kena paham perasaan orang lain juga. nak mencarut ke hape ke lantakla, nak keluarkan fatwa dan saling menasihati tu bagus tapi bila dah lancang berkata kata tanpa mengira manusia lain itu over ye

Contohnya pasal ".. nonsense takde duit tu.." . mungkin masa kau start kerja stable nya di umur 20 -an. setiap bulan save RM 100  x 12 month =  RM 1200 x 12 years dah berapa? RM 12, 000.00 is it? cukup tu nak masuk private 5 hari

Kita beranak ni bukan boleh confirm akan dapat normal walaupun baru last checkup semalam nya doc kata

" you can proceed with normal delivery"

tapi tetiba hari ni adakah tetap akan normal?

kalau confirm tersangatlah 1k- 2k memang I nak buat loan kejap, nama gua bersih beb senang approve . personal loan. kenapa? sebab nak beranak kat private. I nak yang selesa :)

Ada tak perempuan yang rela mengangkang kat depan seorang lelaki?  apatah lagi 2,3 4 orang? Ada ke lelaki yang nak tengok lelaki lain masuk kan jari? sebenarnya kalau duduk sebelah pun si suami dah jeling 10x, kan?

Tapi persoalan yang lebih penting, ada ke pompuan nak ngangkang depan kawan baik sekali pun? takde kan?

Tidak  , I tak mempersoalkan hukum *istighfar* tak pernah terniat sedetik pun.Siapa aku nak mempersoalkan bab agama . Cuma tengah cakap pasal orang yang mempersoalkan duit orang lain. yelah dia dah simpan duit 10 tahun. I dah mengandung 7 bulan baru I terkedek kedek nak kerja. berapa ratus sangatlah sempat simpan. tu pun nasib baik ada =.= tak payohla cerita mengapo. benda dah lepas kan =.='''

Kesimpulannya , marilah kita sama sama berdoa moga tersepak sekarung guni duit RM 100 x 10000 keping. eh boleh gituh. Malas nak berusaha kot tu. Angan angan tak tahu bila jadi kenyataan boleh lah ye. I cuma mampu doa, semoga semua yang dapat baik baik belako. Hari tu I dah bertuah dah dapat daripada midwife pelatih specialist semua pompuan tapi masa dalam OT untuk jahit dikerumun juga -,- and masa nak discharge pun dia punya HOD kot ( gua ingat mat saleh penat speaking tau) pun  lelaki jua. Ingat suka nak kangkang =.=

kbye

Comments

  1. Permanent Doctor Diperlukan (Urgent!)

    Greetings !

    Kami mempunyai sebuah klinik di Pusat Komersil Bandar Sungai Long Kajang & dalam proses untuk membuka sebuah lagi cawangan klinik di Ampang. Kami sedang mencari Potential Doctors yang berminat untuk menyertai kami. Details seperti berikut : 

    Vacancy - 1 Permanent Doctor (Denai Alam) - offering RM7000/month 

    Requirement 
    - preferably doctor wanita yang peramah kerana kami ramai patient wanita & kanak-kanak 
    - doctor with valid APC 
    - flexible (boleh adapt dengan perubahan jadual klinik) 
    - high tolerance level 
    - High discipline level 

    Yang berminat boleh menghubungi Ir. Aznial Rahmat di no 012-3129264 atau email CV ke aznial@gmail.com

    Terima kasih.

    ReplyDelete

Post a Comment