Family Day 2017

Where To Eat: makan di Fiske, Au2 Keramat

Assalamualaikum W.B.T

wee huuu, sedari last week I dok merengek nak asam pedas. Actually mak boleh je masak kan tapi sapa nak jaga baby? :( aipp bukan I takmau jaga beliau tapi beliau yang taknak I. Lagi lagi bila nampak nenek dia T_T tulah lain kali anak kecik kecik jangan di marah marah, kan dah renggang. Tapi harap nya dia tetap sayang Mommy dia ni yang meneran sampai koyak rabak untuk bagi dia tengok dunia T_T sobs 

Fiske ni colleague I yang perkenalkan.Katanya chicken chop kat Kg Baru tu hampeh, so dia suggest I pergi Fiske. Tapi I tak berkenan sangat dengan western dia, kuah rasa Maggie. uweekk totally not my taste lah. and I tak cakap pun Kg Baru punya sedap. Yang paling sedap opkos lah Lanun  and apebenda nama dia entah kat Uptown Damansara. Okay yang tu next time borak

My parents pernah try asam pedas dia, recommended sungguh and orang Melaka haruslah suka masakan tu kan. Gigih senin hari tu kami pergi sekali tutup da. So uolls kena ingat operating hours dia adalah

6pm - 12 Am
Monday Closed

Cis Cis. Tapi kalau uolls senasib dengan I, bolehlah pergi kedai sebelah menyebelah dia T_T

Semalam kami pergi lagi. Nasib baik bukak. so antara menu yang kami order ialah

 Set Asam Pedas Daging Cincang -RM10/set(inc plain rice, sambal belachan, ulam, salted egg, sirap selasih)
 Nasi Putih
 Ayam Goreng Berempah
 Bread Butter Pudding                   - RM 6.50
 Fries
 Jus Tembikai         

Total ialah RM 40. Murah kan? and my mom siap take away Asam Pedas Ikan Kembung lagi. nak makan ikan kat situ takut kena tulang kan =.= and portion dia memang sangat banyak lah untuk I. both tak habis jadi kena tapau lah. lepas tu pedas dia memang sangat mengancam . Cedera lidah gua =.= Baru 2,3 suap I dah habiskan air I. lepas tu tanpa segan silu I habiskan air my mom.Sian dia sedut 2,3 je .

nampak semangkuk tu? =.='


and waitress dia salah hantar pulak. Set nasi I dia hantar dengan set ayam goreng berempah husband I. so kiranya yang I dapat adalah plain rice. I pun komplen lah dengan sopan. yelah, mak buyung nak telur masin oi ( semenjak pregnant suka pulak I makan telur masin / ikan masin)Lepas tu dia kata memang set nasik kosong macam tu. I blur dah. Tapi husband I tersipu sipu. Memang ler ko habiskan telur masin aku =.=
muka lapau =.=

Bagi I, ayam goreng berempah dia tak sedap langsung. Out of expectation. Macam ayam goreng kunyit je. Ayam berempah I yang hitam legam tu pun lagi sodap kot T_T. and Bread Butter Pudding tu untuk Cuddlepuff ler
Cuddlepuff dengan Bread Butter Pudding nya

Selain dari tu dia ada jugak makanan lain macam sate . Next time nak try lah. Menggoda pulak nasi impit dia

Comments