Family Day 2017

Baby Kena Cakar Kucing

Assalamualaikum W.B.T and salam Isnin :)

Fuhh pengorbanan seorang ibu solehah betoi la terkejar kejar bangun pagi siapkan laki ( actually gosok baju je pun) lepas tu bawak anak pergi klinik lepas tu amek cab rush dating office sebab nak kejar waktu time slip yang sampai 11am je =.=

Nasib baik apaknya hantar. tu pun sebab dok cari kunci motor tak jumpa, last last naik kete. Pumpkin la ni main kunci motor Ayah semalam

Actually semalam tengah tunggu nenek kat train station , nenek bawak kazen jalan jalan naik train.Kemain tau my mom jadi tour guide. Tak sia sia iolls turunkan ilmu merayap naik tren kat beliau .

Time tu huja selebat alam. and time tu jugakla ekon nak rosak . haih ( duitt duitt duitt) kesian si Lihin berpeluh, Ayahnya bawak lah keluar. Mommy dah tak larat and Atok tersengguk sengguk.

Actually kalau Nenek yang jaga dia memang takkan bagi Lihin dekat dengan kucing. Biarlah budak tu nak melolong sampai terkeluar anak tekak sekalipun. Sebab mak takut bulu bulu kucing tu jadi asma kang. tak pun takut kena cakar. I masa kecik dulu pernah kena cakar, dekat dengan mata pulak. Nasib baik takde apa apa. Kalau tak jadi 'samseng tiruan' lah I dengan scar kat mata. ( read: teringat ada crush dulu yang ada scar kat mata , coolnya, macam gangster nya bluwerrkkk)

Tapi I pernah baca kat tenet jugak di mana seorang doctor memang advise kanak kanak untuk dekat dengan haiwan manja macam kucing ni. Sebabnya ianya boleh melatih deria budak tu dan jugak otak yang untuk berkembang. And kucing pun haiwan yang bersabar dengan karenah kanak kanak , sebab tu budak tu penyekkan dia lah apa lah dia still bersabar. Cuba kalau adult yang buat perangai macam tu, maunya kena cakar kang

so apaknya ni dok suh tengok meow meow and dia biarkan budak tu dekat dekat dengan kucing. Mula mula okay. So maybe bapanya pandang tempat lain jap - err ko bukan tengok awek kan* sambil hayun penyapu*  ( read: careless) bila dia pandang Lihin dah terduduk, nangis. Tengok tengok ada kesan cakar. Takkanlah gigit, lagi teruk kot.

Masuk masuk kete dia cakap macam tu punyalah iolss risau. Yelah first time parents macam I ni paranoid tak tentu pasal. Dia demam tiba tiba pun terasa nak bawak pergi pakar sedangkan klinik biasa ni pun ada je ubat demam .

Tengah dinner pun tak senang. Lantas update status . Nampak bodoh kan status macam ni. Tapi lantaklah janji I nak second opinion. Mana lah tau ada pakar dalam friendlist I tuh

Tapi malam tu dah lewat, lagipun klinik yang I biasa pergi ty dah tutup. Esoknya I tekad nak pegi jugak klinik. EL pun EL lah. Anak lagi penting dari kerja nokk.

Sambil tu meh I nak perkenalkan klinik Dr Ong ni. I assumed ni memang specialist lah sebab I Nampak National Specialist Registered Certificate kat reception tu. I tau klinik ni pun sebab dok Google sana sini masa Lihin demam and tak dapat amek injection 2 month sedangkan dia dah 3 month. Klinik lain semua taknak buat maybe taknak amek risiko. I nak bawak pergi Jalan Ipoh sebab sana agak famous tapi tutup lak -,- last last bawak lah Dr Ong. Time tu nekad je lah berapa pun harga janji dia sembuh.

Dr Ong ni agak berusia, tapi dia sangat soft spoken. senyum je. and pernah my mom bawak dia tanpa I, doc tu berusaha jugak cakap in Bahasa. Okaylah kan, my mom risau jugak dia bantai speaking je kang.

Masa I bawak tu, doc kata kalau nak tunggu sembuh memang susah sebab dia takde ubat sampai umur berapa entah. so sementara tu dia akan bagi sejenis ubat ni, and boleh je amek injection. Memula I risau jugak sebab injection klinik biasa RM 110 , kat dia berapa lah ek. Tapi sebenarnya tak mahal pun. Lebih berapa puluh je.

So yang pasal kena cakar tu, Dr Ong pun terkejut. tapi dia kata luka dia taklah dalam sangat so takde lah risau. Apa pun kena pantau jugak lah just in case dia jadi merah merah dalam masa seminggu dua ni maknanya dah kena infection. Dia bagi ubat selsema ( Lihin memang dah 2 weeks selsema amek ubat klinik biasa tak baik baik) Antibiotik -makan 5 hari je lepas tu buang and cream sapu- selamat dijilat dan ditelan =.= .Total: RM 124 . muahaha I bajet RM 80 je . Tapi takpelah Lihin punya pasal. T_T

So Mommies, kesimpulannya nak bagi anak main kucing tu kenalah pantau. Biarlah orang kata kita menggelabah sekalipun. Kucing zaman sekarang macam manusia jugak, banyak virusnya. eh ;p

*notakaki: Lately ni, err semenjak umur setahun Lihin takut betoi dengan Dr Ong. Dulu okay je. Ni baru duduk depan Dr dah melala. sogan iolls. Anti social betoi anak I hahhaha. Lepas tu Atok lagi notty dia pakai glasses macam cara Dr Ong pakai lepas tu tunjuk pen kekonon jarum injection. Melalak lah Cuddlepuff tu

Comments