Minyak Pengasih | Random

Dilemma Anak Ligat , Active Atau Hyperactive ?

Salam,

semalam bawaklah Cuddlepuff pergi dinner kat restaurant ni. Ya Rabbi, lasak nya =.= dahlah poor service tambah dengan kelaparan and panas pulak restaurant tu. Gelas je besar tapi tak reti letak kipas banyak banyak. =..= mencabar kesabaran betoi

Borak borak dengan officemate pasal nak control anak kat tempat awam. malu uolls. eh tak tak bukan malu dengan anak but kita kan taktahu apa orang cakap pasal kita. meja kiri kanan dok tengok je. nak kata anak I comel ke, I gojes dengan rambut kapok kapok tak sikat ke tak tahu la kan =.= cuma mesti lah I taknak dorang pun rasa tak selesa. macam "pehal mak bapak dia tak reti control ke anak dia?"

Borak borak terkeluar perkataan Hyper. eh risau jugak. setahu I benda ni sesuatu yang kurang normal. kena refer kat psikatari la apa lah. eh risaunya. Terus I Google itu ini.

Ni antara yang banyak I jumpa la ( maybe sebab banyak di copy paste =.= )

CARA MENGATASI TANTRUM ANAK
Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.
Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:
1- pegang dia seperti dalam gambar ini.
2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak


LINK

I konpius betul lah. Boleh ke dia dikategorikan sebagai Hyper? atau nak sebut ligat / aktif sahaja?

Tapi cepat cepat I istighfar. Ya Allah , ramai parents kat luar sana risau anak pendiam/ taknak makan@minum/ taknak berkawan bagai tapi I pulak nak komplen mengeluh. haih.

Bukan apa , I taknak lah dia merosakkan harta benda awam lah, ganggu ketenteraman orang lah. Bukan semua orang suka budak . and I pun tak suka budak and I tahulah macam mana reaksi orang bila ada budak nakal nearby.

Ada jugak kata antaranya tanda anak hyper ialah

1) susah tidur malam
2) kuat memberontak
3) tak serik ( dah jatuh gedebuk pun nangis sekejap and sambung lagi)
4) mulut bising

dan sesungguhnya Cuddlepuff ada semua ciri itu. Tapi I taktahulah sejauh mana kesahihan, memandangkan semua ni I kutip dari conversation orang kat dalam forum je



1) makan makanan bergula yang tinggi. Yes, I memang dah start bagi anak I makanan manis. senang cerita adult punyalah. sebut saja apa lagi dia tak pernah makan. Kinder Bueno pun dah, Wall's Ice Cream pun dah =.=

2) Ibu Bapa memainkan peranan penting. Maksudnya kita taknak anak menjerit kita pun kenalah kurangkan menjerit. Tapi nak diikutkan family I memang cakap anjew anjew gituh mana ada cakap jerit jerit. Tapi off topic jap. Cuba tengok orang orang (mostly dok flat I ler) yang anak dia suka jerit macam tutt tutt tu.Kalau tengok makpaknya pun memang jerit dari tingkat 11 ke bawah =.= " banggg ooo bang. beli santan banggggg" yelah , dorang dah tengok perwatakan makpaknya dari kecik. Opkoslah akan terikut ikut. sedangkan atok dia batok pun Cuddlepuff dah start nak ikut

Tapi I masih lagi tak puas hati. Kebanyakkan artikel yang I cari tak menjawab persoalan I. dan kebanyakkan nya adalah entry yang sama =.= Boleh ke dia dikategorikan sebagai copypaste sedangkan dia baru 1 tahun 3 bulan? Kebanyakkan blog ( dengan entry yang sama ) suruh kita untuk displinkan anak tu,macam mana I nak displinkan dia dalam usia mentah, bercakap pun taktahu.arahan kita pun tak tentu dia paham. amek kunci rumah buang tong sampah, amek kunci kete masuk dalam mulut =.=

Ada ke orang nak share pengalaman?

T_T


Comments

Post a Comment