Paranoid Seorang Mommy-To-Be

Bila dah sarat ni, dah startlah perasaan awas takut terbabas dan berjaga jaga tu muncul. Apa je kita buat kita akan terasa seperti itu. Masa awal awal 1st pregnancy dulu, I thought I am the only one. the one and only . haa sodeh tau. sobs sobs/ Tapi sebenarnya tak. Sebab bila I google, baca blog, forum ramai lagi Mommy-To-Be macam tu

1. Toilet
Perasaan takut nak pergi toilet macam macam mana kalau terberanak dalam toilet nanti. Selalunya orang yang dah sarat ni akan bawa handphone sekali. mana lah tahu tetiba terkeluar kepala senang lah call sapa sapa kan. Nak call sapa? Kalau call laki pun japgi dia tolong menggelabah sekali. muahahaha, baik call ambulan terus . Muahaha and kalau toilet yang ada privacy, maksudnya kat rumah kita ke tak payah kunci pun takpe. Jangan pulak kat toilet KLCC. Yang tu memang saja carik nahas. hikhik

2. Cirit/Sembelit
Kedua duanya walaupun berbeza situasi still akan membuatkan rasa paranoid. According to doc, ianya ialah penyakit normal untuk orang mengandung dan dah sarat. Kalau sembelit memang susah tapi janganlah teran. Tak berani aih kang teran teran terus poop dalam jamban muahahah.Lagipun memang meneran ni tak bagus ye. Tapi bagi I cirit tu sangat menakutkan sebab masa previous pregnancy I terkena cirit yang teramat teruk ( mak cakap kuah cucur udang yang I makan ada cuka) memang lemah segala anggota badan, memang stok masuk toilet tak tutup pintu punya. Pastu jumpa doc I siap tanya " doc, macam mana nak bezakan berak dengan nak beranak? Kang duduk lelama kat jamban tetiba keluar kepala ke tangan ke". Tergelak lah doc tu =.= Dia kata " this is your first pregnancy right? Its not that easy tau. However , you kena monitor your contraction / baby movement la. thats the only way. You kena alert jugak kalau ada keluar tanda apa apa"

3. Bersama -sama 
Ha kemain bersama sama gituh. Yang ni malu aih nak cerita lebih lebih. Tapi hasil I Google dan jugak forum ramai yang takut sebab imaginasi akan tercucuk kepala baby la apa lah. No No. Baby kita selamat dalam kantung dia. Panjang mana pun takkan tercucuk. Dia selamat lagi. Sakit ke tak? aik err . But ofcourse kita akan rasa something wrong ler lagi lagi bila perut mengeras kan. Benda ni kena discuss and balance kan sendiri. Mesti you all pernah baca salah satu cara 'bukak jalan' ialah dengan melakukan aktiviti gituh kan. natural way gituh Jadi jangan takut takut, Takdenya terketuk kepala si kecil tu

4. Imaginasi
Imaginasi ni lagi teruk tau. Macam mana boleh terimaginasi ni? Yela gigih sangat Google sana sini . Nanti mesti ada yang cerita pasal kena gunting lah, lepas tu kena jahit lah. and start lah bayangan kurang professional kita tu =.='' Macam I dulu, meleleh air mata depan lappy. sampai husband bising
" ko dah kenapa? jangan lah dok baca blog orang je" . hahaha yelah sebenarnya dengar macam seram  , tapi kalau tak buat lagi seram. Dulu I seriau betoi dengan kena gunting. I doa siang malam pagi petang sampai dalam FB pun I doa janganlah kena gunting. Ha, Allah S.W.T makbulkan. Memang tak kena gunting tapi rabaknya Ya Rabbi Tuhan je lah tahu. Kalaulah I tahu takmau I doa bukan bukan ni.hish. Jadi Mommies semua, doc/ nurses semua tau apa yang patut dibuat. Cuma doa jangan dapat yang grumpy udah ler. hehehe

5. Gomen Spital
Yang ni sebenatnya penambahan baru. Kenapa? Sebab semalam I Google sana sini tetiba terkeluar satu thread dalam forum ni ( rasanya semuanya lelaki kot) Mamat ni dia cerita yang financial belum stabil, pastu wife dah peknen. Problemnya wife dia nak beranak kat private ataupun apa apa melainkan gomen, medical centre ke apa ke. Masalahnya lepas bajet itu ini , bajet untuk bini dia beranak hanyalah 2k. Lepas ke? ehh opkos lah tak lepas. Bukannya boleh tentu kita beranak normal. second, kalau normal pun mana kita tau takde complication lain kan. expect the worst la. sebab tu kalau private ni orang sediakan duit beriban. Kalau dapat normal dapat lah 1k+/Dah kalau dibuatnya kena duduk seminggu, mana nak carik duit kan

I pun macam tu jugak sebelum ni. Bukan apa terpengaruh dengan cakap cakap ( and tulisan) orang lah. I tak pernah dok spital so bila orang kata makanan entah apa apa lah, lepas tu staff sangat pemalas lah, yang kat labour room garanglah blabla I merayu rayu kat husband nak private. Teringinnnnnn nak Prince Court kononnya. Sebab I baca satu blog ni dia kata nurse tolong urut kan dia lah apa lah. sapa taknak layanan macam tu kan. I geli nak share toilet ramai ramai, nak yang satu katil punya.Pastu I nak layanan manja manja gituh. ( I syak wife mamat ni pun macam I kot)

I tahu husband memang tak mampu. Kami memang tak berkemampuan masa tu. Bajet akhir untuk duit hopsital ialah RM600. baju baby kami sediakan 5 helai je.

Lepas I menyerah jugak kat spital Ampang,ha amek kaww. Memang I dapat apa yang I nak.akibat tearing yang teramat teruk ( nak sangat keluarkan baby tanpa gunting kan) masuk OT, masuk Recovery Room, Observation Room. dari satu ke satu katil, nurse yang angkat. Lepas tu siap tolong tukar pad, tukar baju, bedsheet, segalanya. memang betul betul macam yang I mintak kan =.= husband siap perli " fuyyooo bilik sorang lah. macam Prince Court ek" Jamban =.=''

Tapi layanan Alhamdulillah okay. Tipulah kalau takde yang busuk kan, mesti ada yang cilakok sekor. Tapi trust me when you're in pain you wont give a fuck at all. Bila dah balik rumah baru I teringat balik, eh nurse tu macam jamban lah. and makanan dorang sangat awesome, ada puding lagi okay. yummy,

So moral of the story , janganlah dengar cakap orang. pengalaman setiap orang berbeza, cara layanan tak tentu sama. Kekadang kat private pun ada yang buat muka mintak penampor. Itu ialah budi bicara setiap orang. maybe education level budi bicara dia tahap tu, nak buat macam mana kan?

so sekarang ni memang I tak teringin nak request. I tak google pun experience orang beranak private. Bior ler. =.=

wife mamat tu mesti dah beranak. thread tu pun tahun 2010 . Tapi kalau ada lagi yang paksa paksa laki cenggituh, ha jangan buat pasal, Jadi macam I kang . ngeee



Comments