Penyakit Normal Orang Mengandung


You alls,

Ni pelajaran baru untuk I , so saja lah nak share kalau kalau you alls pun alami benda ni.

1) Bengkak di Bibir Vagina

eii tak suka tau kalau bab bab area tuttt ni sebab macam ehh sapa aku nak refer ni. Takkan nak tanya kawan kawan nak pergi kangkang depan semua orang kot. Last last Google. bantai je type keyword yang ada

Asalnya hari tu I diarrhea lepas tu dok pergi balik jamban. Tetiba I terasa something wrong kat situ. Tapi I biarkan je lah. Makin terasa pelik I amek cermin,Loh menda ni, Bila Google dorang kata maybe bisul lah, maybe ketumbuhan yang tak bahaya tapi perlukan operation untuk buang. sesetengah kes , amek antibiotic seminggu dah hilang.

Makin risau ler, apakah apakah. lepas pergi panel clinic mintak ubat diarrhea gigih lah pergi klinik yang buat monthly checkup tu. Dia dengar cerita I pun terkejut terus suh baring. lepas check check dia macam " yang mana bengkak?' . I tunjuk lah . dia cakap 'OOOOOOOH

Eeh panjang pulak Oh dia, kenapa tu. rupanya benda tu bukanlah Bartholis Cyst yang sampai kena operation bagai. bengkak sebab I banyak berdiri dan berjalan, Tak bahaya pun, dia akan hilang sendiri. sebabnya masa pregnant and perut membesar ni, saluran darah stuck sana sini. so ni dari kaki punya dia ter- stuck kat tempat tu. Tu yang buat dia membengkak. Cara nak hilangkan/kurangkan ialah dengan kurangkan berjalan/berdiri terlalu lama

Ohh bab tu memang tak boleh bagitahu Ocin ler. sebab ianya akan menjadi asbab utama dia taknak bawak I jalan . Oh tidak mana boleh. Bosan lah I dok rumah. Nanti mesti adik kaki jalan jugak. hehehe

Kalau kompius ke nak gambar ke boleh je Google sebab iolls geli ler taknak ler letak pic itu. muahahah, and memang masa doc check i punya bengkak tu dah beransur hilang

2) Sakit di Celah Peha

Benda ni rasanya tak ramai alami and I rasa macam berada di kalangan orang terpilih je alami sakit ni. T_T masa 1st peknen dulu takde pongg.

I taktahu nak gambarkan macam mana. Sakit macam korang naik motor dari KL-PD ? macam mengangkang lama sangat? ( tak kisahlah uolls buat apa pun muahahaha ) sakit yang macam detup detap krak krak tulang tu? Ada yang kata macam kena salai dengan api. tapi idok ler kot. dia sakit, bukan panas =.='

Hasil dari carian Google, dorang cakap sakit ni adalah akibat dari tekanan dari perut yang semakin membesar ( lagi) and ianya normal lagi lagi bila dah nak dekat bersalin. selalunya orang yang kena ni 8 bulan lah. tapi ada jugak dah kena seawal 4 bulan ye. depends kat perut lah kot. Selalunya pergi gynae pun dorang takkan dapat buat apa apa. takde ubat punnnn

mengikut pengalaman akak akak dalam forum, lepas beranak akan hilang lah rasa tu. andai ada rezeki mengandung lagi sakit yang sama akan berulang. sebab dah pernah kena kan. T_T and and and ada jugak yang cakap tiap kali period dia akan rasa benda yang sama. huwaaa

Macam mana nak hilangkan? kena jumpa pakar atau fisioterapi. ianya memang takde ubat. kena buat eksesais bagai . haih, nantilah , kalau nak jumpa fisio fisio ni lepas beranak lah. sekarang ni tengah sarat, pikir nak beranak je.


Comments