Family Day 2017

13 Fakta Suami

Hey you alls,

Hari ni makan gaji buta, eh idokler. laki kita pesan nanti perut buncit walaupun gua memang dah 9 bulan buncit ni. Takde urgent mail nak keluar so I cuma assist apa yang patut and menunggu panggilan telepon je lah. Tu lah namanya operator kan. Sesambil blogwalking Nampak lah entry meng-tag ni. Bagi mengisi masa lapang , mohla kita buat walau takde sapa tag. sobs sobs

1. First time jumpa with your hubby bila and kat mana?
We met each other at/from ermm ehem ehemm Myspace. Okay can stop laughing dearies. Ramai yang tergelak, apa yang kelakarnya taktahulah. =.='' Kan zaman sekarang ada lagu Cinta Muka Buku. dedulu kita buat lagu 'From Myspace to Myplace. eheh

Honestly, kawan Myspace I tak ramai pun. Ni 2nd Myspace I. yang first tu I rasa terlalu 'murah' accept orang , sampai ramai Mat Rempit lah, tah mana mana nigga pun ada jugak. isk. Jadi ni yang versi insaf lah. Mostly perempuan ( hormone aku ni memang suka kawan dengan pompuan cantik ni). yang lelaki memang tak ramai. and kalau ada pun mesti jadi kawan. maksudnya bukanlah yang jenis add lepas tu menyepi. Tapi yang ni I tak ingat sapa add sapa.

2. Love at first sight?
Err alaa frankly speaking I tak percaya lah love at first sight ni. Macam pandang paras rupa gituh. Masa mula mula memang tak terfikir apa apa. kalau tengok balik kami balas comment sebulan sekali agaknya tu pun takat cakap "Knock Knock" ( tu cara nak start conversation zaman Myspace, ketuk pintu rumah lah konon) dan sebagainya lah. Lepas tu dah tahu I study Damansara and dia pun stay area sana start lah tukar phone number lepas tu borak jap and terus couple. Express tak?

3. Who is he when the first time u met him?
He just err a gamers I think. borak sampai tengah malam sambil dia main Dota. =.=' lepas tu dia tidur gua yang tersengguk sengguk nak pergi class . cis cake. Tak, masa tu tak kerja. budak budak lagi kan. zaman melepak. Tapi entahlah I suka cara dia. Cara yang mana pun I taktahu, dah suka kan. nak buat macam mana.

Dia kurus tapi bukan kurus kering lah. Maybe sebab dia tak tinggi sangat. Orang suka ingat I ni kakak dia . jamban, dahlah waktu mula-mula college life I gemok ( sebab PLKN lah). and I suka pakai heels/ wedges. Lagi lah menambahkan ke-tua-an I di sisi dia.

4. How long it takes for him to ask u out for a date?
Macam yang I cakap kami ni express. I copy number dia dari inbox Myspace ( detail betul) pagi before off to class, sambil tu kami texting (mana ada whatsapps/bbm) lepas tu petang 7.10pm kot dah couple. Kapel hari Selasa kot ( ingat lagi sebab 1st presentation I untuk Islamic Studies) lepas tu Friday kami jumpa kat Cineleisure . and trust me he make me wait from 1pm - 3pm. and dia Nampak kesungguhan I kat situ. Jamban kau, patut aku buat macam tu kat kau. Tapi dia ada alasan, Friday prayers =.=

5. First place dating di?
Yang Friday tu, kami janji jumpa di Cineleisure. I sangat tak familiar area Damansara tu. Pernah datang sekali je itupun dengan family. So I siap suruh kawan I tunjuk macam mana nak tunggu bas balik. =.=

masa tu kat Garden@Curve. I Tanya bangla sapu sampah tu "sorry, mana Cineleisure?" . Dia buat muka pelik and tunjuk kat depan tu je rupanya, ceh. Dah masuk dalam, husband ku yang bertuah ni main sorok sorok pulak . Konon dia nak tengok I dulu. cis cis cis. I jujur tau kat you sampai hati you buat I macam ni

6. How he proposed?
Proposed apa? yelah nak couple pun orang panggil proposed jugak kan ;p . Kalau masa nak couple pakai SMS je lahh. Cis , ayat

" Baby, can I hold your hand? And after that can you promise that you will never let me go?"

Macam tu lah kot ayat dia. ahahaha bila I Tanya dia balik lepas kahwin ni dia kata actually time tu dia tengah dengar lagu . Grrr.

Kalau proposed kahwin, errm entah lah. Memang nak sangat kahwin. hahaha I bagitahu semua orang I tak sabar nak habis study sebab mak boipreng I dah janji nak masuk minang lepas tu. muahahaha muka tak malunya akuuuuu.

7. Special date with your hubby?
Alamak apa yang special ek. kalau masa belum kahwin, hari hari muka kat Curve/ Cineleisure/ OU. Fav memang OU lah kot. BIL kerja movie, masuk free je. lepas tu makan Mekdi takpun main arcade. takde special sangat ler. anniversary celebrate kat Genting je. maklumlah takde duit

Kalau lepas kahwin ni, kami sangat selesa keluar dengan family. I kan anak tunggal. memang impian dan harapan I takkan tinggalkan mak abah walaupun dah berlaki. Alhamdulillah setakat ni dia macam tak kisah. and harapnya memang betul dia tak kisahlah. kalau nak pergi mana mana "ajak mak abah"

Maka kemana mana , berderet deret lah kami. Cuma my dad ni tak social sangat. susah dipengaruhi. hahahah. kalau nak bowling ke apa ke dia tak minat. kalau check in kemana mana tu okay lah .

so maybe itu lah special date kami kot ( macam pelik je. takpe kalau ada date atas gunung ke apa ke nanti I update okay)

8. Changes that he asked you to do?
Err alamak ni malu ni. Dia selalu suruh I kurangkan rasa cemburu. I pun taktahulah, cemburu ke I? I pernah baca komen komen dalam blog ni, dia kata kalau suami dia dengan perempuan lain dia akan tengok dulu cantik ke idok. Kalau dia rasa bukan lawan dia, takde lah rasa cemburu. Kalau tercabar baru lah perang. errkk boleh gituh

Pada I, asalkan ada P yang bawah tu namanya perempuan. harus dihapuskan =.= err over ke kecemburuan I ni? ahahahah

Insya Allah berubah sikit demi sikit. hanya untukmu sayangku. adoi. Lagipun bila dah ada anak, rasa macam anak tu lah penguat segalanya. penguat diri sendiri. :)

9. What is about him that you love so much?
.....5 min gua tercengang depan skrin jap. apa ha? nak kena specify ke? susahlah carik benda yang disukai , cuba suruh carik benda yang tak disukai , sekejap je. muahaha takdelah.

Kalau zaman bercinta dulu, I akan cakap I suka rambut dia. empuk je =.= tapi semenjak jadi bapak orang ni dah botak dah, dah lain. style matang gituh. I tak gomar sangat. tapi takpelah, biarlah rambut tu jadi kenangan. Kang ramai pulak budak budak tak matang nak belai rambut dia. cis

kalau sifat peribadi ke dalaman ke, err taknak jawab lah hahahaha

10. What is about him that u wish he would change?
Taknaklah, I takut kalau dia berubah nanti , rasa cinta pun berubah.waaaah gituhhh. entah lah tak terfikir pun

11. You will lose your mind n crack your head when he?
Menyepiiiii... tak balas SMS . Like, where are you bee? you kena kidnap dengan alien ke? Trust me dulu dulu I pernah buat dia bawak charger masuk dalam poket sebab I nak tahu dia dimana. hantar je lah 'A' atau pun 'Sampai' dah cukup bagus lah tu.  dia pun pernah cakap kat kawan dia  " dia suruh aku hantar mana mana huruf asalkan dia tahu aku hidup lagi"

=.=

12. You will smile tru your eyes for the whole day when he?
Bila dia duk rumah. Muahahaha. dia ni ada ramai kawan . and I pun tak tahu kenapa orang suka sangat kawan dengan dia sebab I ni jenis takde kawan.=.= Jadi kalau kelmarin dan semalam dah keluar futsal/badminton dengan orang yang berbeza tetiba hari ni ada yang ajak karoke lepas tu bila dia taknak orang kata takut bini -,- fuck off lah woi. kau ingat kau sorang je kawan dia dalam dunia sampai penting sangat nak hadap muka kau?

13. complete below sentences ....My love towards my hubby is as big as...
bigger than everything sayang. you can never compared .... erk. okay boleh muntah. gua pun dah loya loya ni. hahahahha
 
 
 
 
 


Comments

Post a Comment