Sunway Lagoon with Le Familia

Haluuu semua. Happy Monday ( blerghhhhh) Bila Monday je sakit celah peha  =.= memang anak Mommy tau masa yang sesuai untuk sakit kaki ye . erk baby pulak kena

Dah jadi macam favourite pulak masa peknen 2nd ni I dok berendam dalam air je. hehehe agaknya sebab nak puaskan hati si Abang kot. Nanti Mommy dah terkurung dua bulan. huwaaaaa. (read: niat di hati nak jaga pantang this time. so kekal awet muda gituh)

Gigih cakap bangun 7am prepare ( atau beli) breakfast, around 9am dah boleh gerak. cit. lambat jugak bangun. Mana taknya malam tu groceries shopping until 1am kat Tesco. pastu sambung lepak Danau pulak around 3am baru tidur. Lihin lagi dahsyat , 4am baru lelap.

So dah bangun around 8.30am sambil mengomel kenapa lah cuti cuti pun kena bangun awal, siap siap mak turun breakfast kejut laki poongpanggpooongpanggg almost 10am lah kelua rumah. Banyak kete oooo Saturday. sampai Sunway 10.37am terus beli tiket.

Harga Tiket
Adult (with MyCard) - RN 90
Senior Citizen- Free Admission until 31 December 2014
Below 90 cm - Free
Aeon Card ( Jusco) - 30%

So total yang I bayar yelah RM 168. Fuhh actually macam berpeluh jugak. Tapi mengenangkan quality time with family are more important I pejam mata je lah. Bukan selalu kan.

Kami kena lalu bahagian kids dulu yang ada kekuda bagai tu. Dari jauh Pumpkin dah tunjuk nak naik tapi bila letak kan dia nangis pulak. Actually dia buat perangai sebab tak cukup tidur tu. Bangun bangun je tadi pun dah nangis.

Lalu kat tempat cawan pusing pusing tu Husband I bising suh letak barang dulu. Maklumlah kami masing masing tak pakai backpack. Jadi masing masing dah macam baru balik Sale 100% dah bawak itu ini huwaaaaa. Kena beli! Kena beli!

Locker dia RM 15 tapi boleh bukak tutup. sebab kalau tempat lain macam Wetworld kan RM 5/ closing. Bila nak tutup tu kena pikir 10x takut nyesal. So mula mula I amek 1 locker. Sekali alahai tak muat masuk. perghh takkan nak jinjing je kan. So kena lah suruh mak amek lagi satu locker. haih. Tempat ni sangat tak selesa. takde ekon. kelasss tau Mommy nak ekon kat tempat locker. Lepas tu sempit pulak . Orang orang hotsentap ni selamba je tukar bikini kat situ. Janganlah jeles iolls, rasa nak cucuk je bijik mata ami ittew . shhhh jangan pandang. hahahaha

Standard Locker: RM 15
Luggage Locker: RM 30

Mulalah operasi tukar baju. I dah pakai siap siap dah. seluar gym cap Tesco kau muahahaha. Okaylah masa tu tak ramai orang. so cepat je family I dah siap. Tapi lalu depan toilet lelaki hancing toi. spoil oi. Cleaner kena bersihkan setiap 5 min kot =.=''


















Masuk je pool si kecik melalak. ya Rabbi. I lupa nama tempat tu tapi dia ada gelongsor untuk budak budak. Lepas tu I ajak pergi Wave Pool tapi dia still melalak. K Fine, apaknya dah tak sabra. Bagi kami, main attraction of course lah Surf Beach. Fefeeling hotsentap macam beach boy and beach girl je nak lepak situ sekali

                                                              Closed For Private Function

OH FCUKKKKK tak suka tau. Laki I dah bising kenapa dia tak bagitahu. I diam je lah. I rasa mesti ada tampak kat depan pun tapi sebab I dah meluru pergi beli tiket mana nak perasan semua notis kan. Haih. spoil mood and kecewa. Maka , menapaklah kami ke Wave Pool. Itu je kot yang okay.
















 Kami bawak bag baby je. Dalam tu ada pampers, wet tissue and napkin dia.just incase dia sejuk ke apa ke kan. Susah betoi jumpa tempat duduk kat dalam tu.Dia macam dah start selesa dengan air. splash splash. Tiba tiba hujan pulak T_T okay fine dah kena redha sapa suruh pergi musim hujan kan. Kami berteduh kat satu tempat ni. Entah apa namanya . Sesambil tu I intai lah, sebelah tu ada 5d Waterplex tu. Tapi panjang lah pulak beratur


Waktu tu kemain ramai tourist. Rasanya dari India kot. Diorang siap ada buffet lagi. Nasib baik makanan tak sedap =.= capati, dal. kalau chicken chop I dah join beratur dah. muahahahah

Bila hujan Nampak reda I dengan Ocin  lari balik masuk pool. Ha Nampak tak sebenarnya makpak yang lebih eksaited. maklumlah tiket mahal noks.kenalah enjoy. erkk tapi tak enjoy sangat bila nak pergi Wave Pool tu lalu depan kedai snack yang ada ice cream, naget , fishball semua. bau menusuk kalbu.



Masa kecik kalau pergi theme park memang mak dah gigih sumbat makanan heavy heavy , main air sampai lapau lepas tu balik. Tapi la ni memang tak boleh nak tahan lah. I cakap kat Ocin I nak heavy meal jugak. Mana boleh light light. Perut iolls memang tak kenyang kalau makan secucuk fishball tu. harga? fuhh semangat

Coke: RM 5
Fishball: RM 6
Burger : RM 7
Rojak: RM 9

so I dah bajet nak makan Marry Brown je. yelah dia mesti dah ada set. Tetiba hujan turun selebat lebatnya. Kami pergi balik tempat tadi, berteduh. Perut krukk krukk. Okay takleh jadi. redah jugak.
I pergi locker balik, amek purse. Tu lah bagusnya locker boleh bukak tutup ni.

Marry Brown kemain ramai orang. I Nampak lah satu macam café ni. jenis open lagi. Station One tak silap nama dia. Tengok macam not bad lah, harga standard KLCC je. I Nampak chicken chop RM 20, Curry Mee RM 9. okay so kami pun serbu lah sana. I amek 2 air je , share =.= kedekut ke I? ahhahaha

Mee Sup   : RM 9
Laksa           RM 10
Bolognese   : RM 10
Chicken Wing: RM 9 ( 2 pcs)
Burger Cheese: RM 15 ( tak ingat full name daaaa)
Mineral Water : RM 4
Ice Lemon Tea : RM 5

tepat RM60. Pastu orang tu Tanya " Miss you want to pay by cash is it?" I angguk. Then dia kata , "Oh we don't accept cash here. You have to reload at the counter over there". errk

kbai. Padah tak baca awal awal. Cis.

Chicken Bolognese

Laksa and Mee Sup ( Curry Mee habis)

Burger Charcoal Cheese apa entah and Chicken Wing dalam bekas tu


Nasib baik tak ramai orang. so tak payahlah susah payah nak beratur balik. Tapi tak child-friendly lah. takde baby chair. So Pumpkin merayau rayau lah. Dia dah lah jadi peramah sekarang ni tegur semua orang. GRRR Lihin berapa kali Mommy pesan, sombong lah sikit. Macam Mommy. Less friends, less problem TAPI berbuat baiklah pada semua orang :D

Sambil makan I survey lah jugak pasal Waterplex tu. Dia macam tengok wayang tapi ada splash air bagai. isk bestnya. Google google orang cakap Best tapi nak luruh jantung sebab goyang kuat sangat lah, bergegar lah, bergoncang lah. errk. Macam tak sesuai je untuk orang boyot. Jadi memandangkan masih gerimis mengundang, takde benda nak buat, I suggestlah family I pergi tengok wayang tu, biar I jaga baby. Lihin bila dengar duduk dengan Mommy, muka dah lain macam. ahahhahaha

Tak silap I sekali masuk dalam 30 orang kot. So beratur tak lah lama. Dok melayan Lihin berdansa kat situ tetiba semua dah keluar dalam keadaan lencun. errr dah kenapa ? Rupanya they all cerita kena simbah lah, kena goyang sampai nak jatuh lah. Jalan cerita dia sama dengan 6D kat Wangsa Walk tu kot. Tapi yang ni naik gelongsor air, pastu tetiba penyambung dia hilang. Lepas tu jatuh menjunam lah.  My mom yang dah sememangnya penakut tu memang taknak bukak mata. Tapi dengor memang seronok. Nanti kena dating balik lepas pantang ni. Insya Allah ;D

Hujan dah reda. Teruskan berendam di Wave Pool tu lah apa lagi. Orang paling suka duduk bawah baldi air. I yang penakut ni pun nak mencuba. I memang takut air ( macam kambing bunyinya) sebab I akan rasa cemas bila air menutupi paras dada ke atas. Macam nak lemas, mencungap. Padahal hidung boleh sedut udara lagi. =.=












Pastu ada satu sungai tu , entah apa namanya. orang kalau amek float seronoklah berduaan beromantik an. Yang kekonon happening tu pulak sorang naik lagi sorang tolak macam orang gila tak tengok orang depan.Yang kami ni bawak si kecik tu lah terapungan keliling sungai.






Pastu petang sikit tu kekonon ada pool party lah kat Wave Pool. tapi tak sempat nak amek gambar I tengah layan Wave dia. Dahlah bukak wave sejam sekali kot . start dengan Peacock Dance Performance. I nak joget dah tapi yang kedepan semua bangsa mereka je -.- okay. Pastu tarian api. rasanya masa I kecik dulu pun ada kot. and baru lah DJ keluar.

Masa baru balik Krabi hari tu, Dina ( dia yang pergi Krabi ye uolls bukan I) ada cakap dia Nampak orang letak iphone dalam plastic macam plastic ubat tu. Lepas tu snap gambar ikan dalam air. Kat sini pun I Nampak jugak. Ahh macam macam cara lah orang nak snap. Ada yang siap bawak monopod. isk. pastu ada takut jatuh siap lilit dengan getah tempe lagi tau.

Lihin macam dah kepenatan sangat. Atok bagi susu terus dia nak lelap. Pastu before balik suruh lah Ayah bawak dia naik gelongsor . Kang kempunan lak . Tapi dia macam tak happy. Yelah budak tu dah ngantuk kan. Amek amek gambar , sekali sebaldi air curah gua. Habis jemm handphone. Cis, rupanya kat gelongsor kanak kanak tu pun ada baldi air, tapi versi kecik ler. kecik kecik pun mampu jahanam kan kamera orang.

time ni dah lena dah

lepas gambar ni la kena siram cis




Kalau pergi waterpark I paling benci time tukar baju nak balik. Entahlah geli lah. sebab tiba tiba akan bau hancing lah apa lah. Pergi lah waterpark mahal mana takkan berubah. attitude orang kaya dengan orang kayap memang sama ke ? Tapi okaylah taklah seteruk mana. Cuma ketidak selesaan tu masih ada. Masa tu nak dekat 5pm kot. So ramailah beratur nak tukar baju. Sunway kan tutup 6pm. erk awak gila. dahlah bukak lambat.

Settle semua kami pergi lah souvenir shop. Lihin berkenan dengan patung singa. eh takkan nak beli. Kan kita ada rimau Ikea kat rumah . tu pun bukan dia yang main, ayah jadikan bantal. cis, Pusing-pusing dalam kedai tu, tak berniat membeli pun. Pokai dah. Kalau terasa nak , datang ler balik kan. Bukan jauh mana.



Pastu Nampak waterproof plastic untuk phone / tab tu. Lah, ada jual ke. RM 26.90. ocin suh beli tapi memandangkan banyak lagi benda lagi penting, takyah ler. Lagipun, lepas ni I wajib pikir pasal barang baby + pantang. bukannya bercuti. huwaaaa. Tapi kalau I jumpa masa awal-awal tadi I beli ler

.

I memang dah cakap nak keluar dari Wetpark awal sikit sebab nak jalan jalan kat Taman Haiwan dia. eh ada pulak nama dia macam tu ek. Tak glam langsung. Startlah kami tengok angsa/itik ( sampai sekarang gua tak reti bezakan) Pastu tengok buaya. isk, kalau jatuh dalam sarang dia sia sia je. Lepas tu naik atas lagi, I actually teringin nak tengok rimau kat situ. Tapi baru nak naik ada makcik arab tu cakap amenda entah pastu dia kata " ...all animal, not good for you"








Maka kami pun patah lah balik. On the way naik escalator nak pergi Dry Park tu, Lihin ternganga tengok ular sawa. adoi sian awak . Dulu Mommy nak belikan patung ular kat Ikea tu nenek tak bagi. Dia ugut nak pengsan . muahaha Nanny kau ni kan .

Pergi Dry Park tu pulak I dah eksaited sangat nak pergi naik cawan pusing pusing. I lah orang pertama beratur tau. Sekali time nak bukak gate tu, budak tu kata " Kak, akak tak boleh naik lah"



Fuhhh tau tak betapa kecewanya mak noks.Punah harapan. Baru nak romantic romantic bersama keluarga tersayang main pusing pusing. GRRRRRR. Maka I pun duduk luar je lah. Nak snap gambar takde mood dah. hish



Ayah tetiba nak naik Tom Hawk tu. Yang macam kapal dia pusing 360 darjah tu. Pastu ada ke patut dia ajak Atok. eh jangan buat pasal. elok elok orang tua tu sihat takde penyakit kang. T_T Tak ramai pun, lebih kurang 5 orang kot. Yang lain tourist . Dari bawah dengar suara Ayah jerit. Rugi lah tak record awal awal. muahahaha kalau tak boleh tunjuk kat cucu cicit nanti.



Ada staff Sunway ni suka betul dengan Lihin, dia nak peluk, dukung, cium. Lihin kan badmood dia diam jelah. Entah lah sejujurnya I tak berapa gempor orang cium cium anak I. Lagi lagi strangers. kalau dah rapat tu lain lah cerita. Macam, entah. Pastu Ocin cakap " alamak, anak kita kena rogol" ahhaha. see see. Tu anak laki, kecik lagi tu. Kalau anak pompuan teenagers, entah macam mana lah I overprotective kan. Baru faham perasaan makpak .

I Nampak tangga pergi bridge. Alaa, jambatangantung tu. Memang dari berendam tadi I dok usha je. Macam best je jalan amek amek gambar. Tengah hujan pun orang jalan. dalam hati I, "gigihnya depa ni hujan pun nak jalan kat situ"

Naik tangga kemain tinggi pastu sampailah. waaa memang cantik. Tapi ada Arab ke Pakistan ke memang sakai. dok lari lari bagai. I paling tak suka orang lari kat jambatan gantung tau. Bukan gayat ke takut jatuh ke, tapi kalau aku tergolek macam mana? sapa nak sambut. Kang aku luka. hish selekeh toi. Ingat sonoklah tu. Kalau nak buat perangai macam tu tunggulah takde orang.

Sekali tengah nak snap snap gambar, tetiba hujan rintik membasahi bumi. erk, mula mula chillex lagi tapi makin lama makin lebat. Nak lari memang takleh, habis tersungkur. Kami memang fikir Cuddlepuff je. and Finally sampai ke penghujung. Rasa gigil gigil kaki ni. hurmm memang senang beranak betoi lah









Kami berteduh la kat tangga. memang betui betui lebat. Nampak jugak orang lain redah. tapi dorang semua gagah perkasa =.= Bila tengok dah teduh sikit kami tutup kepala Lihin dengan napkin and terus turun. kat flat I tangga 6 tingkat je. Ni entah berapa tingkat entah

jauh jugak nak berjalan. Actually ada shortcut tapi sebab kami nak amek barang kat locker. Kena jugak patah balik tempat tadi. Dahlah guna tag I dengan mak. So kami lah wajib ada. kesimpulannya next time biar lah lelaki yang gagah perkasa yang tag locker ye.




sampai locker fuhh lega. Masa tu dah 6pm tapi ramai lagi berlegar legar. Nak tunggu turn tukar baju lah kot.
Lepas tu Ocin ajak tengok gambar. Ohh memang mahal.

1= RM 35
3= RM 80

Kami decide untuk amek 3 gambar lah. alang alang kan. Actually nak lagi banyak, apa nak buat purse dah kosong. muahahaha. Laki I pandai tau dia pilih yang muka dia Nampak kekacakan je. Rambut gua macam tikus baru lepas berenang. hahahah nak kata cantik sangat gambar dia biasa jelah. alaa, mana mana theme park pun takde nya hire professional photog. Mostly on job training je. ye dok? gaya pose pun macam kat Wetworld hari tu. kena buat bentuk LOVE la apa lah

 Hujan macam reda sikit. Balik tu Ocin yang drive. Atok kepenatan sangat. Fuh lega lega. Jalan jemm sikit, kan Final JDT lawan Pahang kot. Baru ingat nak ajak makan siakap kat Kg Baru or ayam penyet Curve ( ngade tau siap bagi nama tempat), tapi Ocin dah warning nak makan dekat dekat je. Nak balik cepat tengok bola. so kami makan kat Asam Pedas Linda Onn. errr taste? biasa je lah. still takleh lawan yang kat Keramat AU2 tu.

*notakaki: entry ini telah diperap selama 2 minggu. muahahahhaaa


Comments

Post a Comment