Family Day 2017

Pengalaman Bersalin Czer di Hospital Ampang: Part 1

Pengalaman Bersalin Czer Hospital Ampang Part 2

Pengalaman Bersalin Czer Hospital Ampang Part 3

Assalamualaikum W.B.T

ha kemain gatal nak ber part part kan. muahahah  entry beranak Cuddlepuff dulu I pun tak ingat dah settle ke belum. dah kot, tapi dalam blog lama lah.

Okay seperti yang semua sedia maklum I bersalin elective caesareans. Mengapa? sebab kekoyakan yang dialami. Walaubagaimanapun, ianya ialah doc advise. kalau berkeras nak normal pun boleh. Tapi I gatal mintak czer. hamek kau

27hb November
Admit ward 10am.biasala I ni kalau janji 10am, 10am tu la keluar rumah. Ha amek kau =.=' sesampai je Ocin suh I check in sendiri. ada ke patut. sebab minyak kete dah nazak sesangat. Yela I request utk dia pergi balik pergi balik amek mak and Lihin.

Actually I nak suh mak and Lihin ikut. Tapi tak pepasal Ocin marah. katanya apa kejadah kau nak bawak budak semua. takkan nak tunggu kat bawah lelama bukan boleh masuk pun
haih, kalau ada yang nak tahu perasaan apakah yang dialami? sodeh laaa. dulu masa nak bersalin angkut 1 rumah. ni nak kena tinggal. macam alaa sedihnyaaa. kalau tak dapat jumpa lagi macam mana?:( sobs

I kan sibuk nak request 1st class ward. masa Lihin dulu memang financial problem. La ni gua dah pesan kat Ocin awal awal, sila menabung. Tapi hampa , Hospital Ampang takde 1st class ward utk O&G erk. kekonon dah bajet nak suruh mak and Lihin bawak comforter. muahaha kau ingat apa? 1st class ward kat private ek ? maka request lah 2nd class. tak kisahlah. janji ada class. eh silap. I nak toilet private sebenarnya, mindset I; orang yang mampu berduit ni biasanya pandai jaga kebersihan. kan? eh jangan marahhh baca dulu

sampai je dia bagi I bilik hujun, no 27. sekali tengok , erk Bilik Pengasingan. La apa jadah . macam orang berpenyakit je. Dalam tu ada dua katil. tapi 1 tu takleh dipanggil katil kot kecik sangat. habih tu nak panggil apa =.= entah la kalau katil kecik tu takde boleh la dipanggil 1st class ward . ala ala 1 katil je gituh. toilet memang puas hati. tapi actually seram jugak. yelah hujung sekali Nurse ada bagitahu katil yang I punya tu rosak takleh turun tapi dia kata kejap je kot malam kang dia pindahkan I. dia nak suh I duduk katil kecik tu panas la pulak. betul betul sebelah tingkap




(read: I pernah baca dalam forum. hasben dia kata takmaula masuk kan wife dia bilik kelas 1 lagi lagi kalau takleh tunggu. bukan kedekut tapi macam mana kalau malam malam ada nurse masuk, sekali bukan nurse . erk)

see okay kan? kalau bukan sebab ekon warm and katil tu takleh baring , memang I tak kisah lah dok sini


Dah siap salin baju bagai, macam biasalah check heartbeat baby,haih sedih teringat masa Cuddlepuff kat Bilik Pemeriksaan kat bawah tu. rindu rindu. Ocin masuk bawak harta benda I. pastu dia slumber duduk. err agaknya dia taktahu lah tu yang takleh tunguu. ahahaha nasib tak kena marah dengan nurse.

graf . siap record lagi tau.syahdu betul

see see belum habis pantang hari tu dah start rindu perut. huwaaaa T_T





dia balik amek mak and Lihin. I dah pesan make sure tepat 12.30pm dorang dah ada. I taknak lambat seminit pun. waktu amat berharga tau. yelah I nak pergi berjuang. tapi dalam 12.15pm dorang panggil katanya doc bius nak jumpa kat Tingkat 3. laa apa kejadah. ada 3 orang elective czer. sorang cina, dia tu dah anak no 3 .before this tak bukak jalan rasanya and yang ni pulak dia ada tyrod.I baru tau ada kena mengena.

pastu kemain lama nak tunggu. bukan kami je jumpa doc bius , budak budak berkhatan pun sama. so tunggulah turn. dalam tu pulak takde line. ahh I keluar je dok berdiri kat pintu luar. dengan kain tak reti ikat, perut boyot I tegak je gigih nak wassap ocin. rupanya Ocin kata baby takleh masuk. so dia dengan Lihin kat bawah. mak carik I. I pun call la mak suh turun bawah.

doc tu nak jumpa sebab nak interview blalbla , kita boleh Tanya soalan bagai. suh sign apa entah. Lepas tu I mintak simpati. I gastrik macam mana nak puasa 12am . dia kata okay lah disebabkan I ni second slot dia bagi kelonggaran sampai 2am. agak agak dalam 9am macam tu turn I. Dia kata nanti dorang bagi ubat gastric

settle semua I naik bilik, borak borak dengan mak. waduhh rasa macam nak comolot dengan mak. punya lah nerves and macam macam lah. Pastu ingat nak jumpa Cuddlepuff kat main door ward tu. Tapi Ocin cakap petang boleh masuk. tengahari tu takut ada kuman tak bersih amenda entah ( I menyampaikan ayat Ocin)

malas rotate. nak cepat ni . aaahahah


2.30pm visitor kena keluar. doc masuk lah nak amek darah bagai. Pastu ada doc ni entah lah pada I dia annoying. erk I tak kata dia jahat ye cuma cara dia. perli bagai dia suh baca surat apa entah paastu dia Tanya " okay ke BM? ke awak nak baca English?" maybe pada sesetengah orang takde apa tapi untuk I macam annoying =.=''

ni surat akuan dia, agreement bak kata orang. lahaiii seram la risiko. risiko ni dia akan cerita berulang kali


tetiba masuk sorang akak ni. mak aih perut besar. dia duduk kat katil kecik yang I cakap tu. I dok curik dengar, Ni anak ke 5 dia. pastu suspect besar gila. dia memang berkeras taknak czer. katanya "dulu pun sama cakap besar sekali keluar kecik. Saya taknaklah nanti dah keluar czer ,kecik, nanti saya menyesal" and doc annoying tu jawab," ha kami pun taknak nanti try normal sekali anak besar tersangkut bahu, doc pulak menyesal" =.=

pastu doc Cina and muda (Houseman ek namanya) amek darah, siap Tanya "kenapa ek you tak pergi government?" . I sengih je lah. Panjang pulak gua nak bercerita "ooo actually masa peknen tu I baru keje, probation lagi belum kompem . I nak tunjuk baik lah kang asyik pergi checkup je blablablabla I need permanent position blablabla"

Dulu I paling takut jarum. nak amek darah nak g PLKN siap nanngis nangis sampai kena gelak. ngade tau. lepas beranak Cuddlepuff dah sampai kat leher pun ada natang ni, dh okay dah. errr tapi taknak lagi lah.







Nanny dok melayan kerenah dia. Haih Pumpkin
4.30pm waktu melawat lagi. yeahhh . Dari jauh dah dengat Cuddlepuff membebel. tau tak apa perasaan dia ? macam dah setahun tak jumpa kekasih hati. hahahahaha. tapi tapi dia masuk masuk je bukan layan Mommy . dok main meja makan tu. pastu kacau kacau akak sebelah. nasib akak tu dah banyak anak. kalau yang jenis 1st time Mom tengah neves and tension maunya dia menjerit kang. Lepas tu si Lihin ni taknak duduk dengan Mommy. sampai bapak dia masuk jamban pun nak ikut. Ya Rabbi -,-
sibuk main natang tu. Mommy dia tak pedulik langsung

I suh mak Tanya bila nak transfer ke ward kelas 2. yela risau leher gua bengkok je tidur tegak kang. pastu nurse tu kata bilik yang I duduk kelas 2 and I was like errrr. sebab sebab sebab ekon dia takde kelas langsung. warm gituh. ke sebab ada tingkap taktahu lah, haih . tapi Ocin kata dia akan komplen kat bawah, at least tukar katil ler .

sayang benau dengan apak kau. YahYah YahYah. woi Mommy ni beranak kan koyak rabak tau T_T tak pasal pasal adik keluar ikut tingkap. huwaaa

part sedih bila dah 7pm. I siap hantar dorang ke main entrance ward . peluk cium. Cuddlepuff sungguh takde perasaan. mungkin dia tak paham lagi. Pastu I sedih jugak nanti kalau I tak dapat jumpa dia lagi mesti dia takkan ingat situasi peluk cium tu. isk isk Mommy is emosi. huahuahuahua

ni antara jajan Mommy. gigih g borong kat Tesco. nasib baik masa tu Ocin gaji 26hb. T_T


malam tu ada nurse tu panggil I pergi bilik apa entah.dah baring semua I macam tercengang la dia keluarkan something. errkkk I siap jerit ?' eh eh nak buat apa ni?' . dia kata "maaf ye Puan.Kalau kami tak buat nanti doctor kat OT bising". okay sapa nak teka dia buat apa =.=. shave kan gua. hahahaha hoi orang dah settle kat rumah lah . tapi actually dia nak pastikan segala bulus roma pun clean kot. T_T then balik dari proses pencukuran tu ( macam kambing biri biri pulak rasanya) baru lah dorang transfer kan I ke ward kelas 2. ya Allah, superb. spacious. ekon best. segalanya. Katil I berhadapan dengan cina yang I jumpa kat OT tu. sebelah I kosong and depan dia sorang akak tu dah lena tidur. malas la borak.

semua dok pesan makan makanan berat sebab nak masuk OT kan.takut lapo . I request lah kat Ocin nak yang best best, dia pun pergi lah Murni SS2 untuk I. macam sweet kan, huh sawit sebenaunya  sebab dia bawak kawan kawan dia pergi makan ; lelaki perempuan. cis cis. lepak tak ajak gue.tau what time makanan sampai kat I? 1.15am macam tu. makan sikit je la. muak.

pastu tidur. tapi macam biasalah, mana lelap. nurse ada lah datang bagi ubat

to be continued.....




Comments

  1. If you'd like an alternative to casually flirting with girls and trying to figure out the right thing to say...

    If you'd prefer to have women chase YOU, instead of spending your nights prowling around in filthy bars and restaurants...

    Then I urge you to play this eye-opening video to find out a shocking little secret that has the potential to get you your personal harem of hot women just 24 hours from now:

    FACEBOOK SEDUCTION SYSTEM!!!

    ReplyDelete

Post a Comment