Aku Menggatal kat Laki Orang

Happy Monday. 

you alls, nak cerita ni. Last weekend I pergi wedding my ex boipreng tau. huaa orang dengar kompem gelak. apa entah kelako. Alhamdulillah dah kahwin. meriah nau majlis beliau. yang tak best bila si Cuddlepuff mula buat perangai. dia dah pandai guling guling dah lately ni. malu iolss tau

Memula ingat nak pergi Jusco carik baju Maira. Lihin dok guling guling kat lantai lantas kami pun balik. haish kalau tak sabau rasa nak piat je budak ni tau. nasib baik susah teran hahahaha

Pergi Carrefour cari barang dapo sikit. masa kat bahagian babies tu, I tengah busy la cari baju basahan. I ni kalau baju dok rumah memang sangat particular. I tak suka beli mahal tapi buruk/ kat tempat murah. maksudnya kalau orang tanya beli kat mana? jawapannya kat Carrefour. so nanti mindset orang 'Oh barang murah' even kita beli RM 40> . -,- cenggitu mindset I . jhahaha ye lah kan. kalau harga macam tu baik I carik kat H&M terus. alang alang. 

so I ni kalau tengah bandingkan harga, memang kecoh. yelah dulu zaman makbaapak bayo dok campak campak dalam troli. bila dah anak sorang jeling jeling jugak price tag. ni dah anak dua, harus sangat compare harga. 

so al kisahnya tangan kanan I dengan handphone sebab tengah mintak izin laki beli barang. tangan kiri I pegang katalog. mata pulak melilau tengok harga. I perasan jugaklah ada 2,3 pompuan dok lalu lalang depan I sambil tengok tengok tapi I buat derk je. lantaklah maybe I extra vogue gituh, maklumlah baru balik wedding dengan baju gemerlapan. japg lepas baya kat kaunter baby tu, I perasan orang yang sama ( but this time I tengok betul betul muka depa) . ada 3 orang; sorang tu pakai denim top dengan leggings and mata dia berair macam baru lepas nangis. sorang lagi makcik, mak dia lah kot and lagi sorang muda, maybe akak dia .

yang i dengar dia cakap ," ni ha depan ni ha... buta ke dah ada anak tu... mengendeng ngendeng.."

itu je yang I sempat tangkap. I macam blur. time tu baru I teringat dia dah 3,4 kali pintas depan I since I tengok baju tadi. apehal minah tu

dia jalan laju terus ke depan,.mak dia tu macam terkedek kedek ikut dia tapi jarak agak jauh, mak dia stop an dperhatikan I. I toleh kat lagi sorang and dia buat buat tak nampak I =.= i pergi kat dia and tanya

"apahal dia tu?"

budak tu sengih sengih sambil jawab

" herrmmm taktahu lah dia tu"

okay pening. I syak dia marah sebab laki dia. tapi tone dia macam marah kat I. mana ada I ngendeng kat laki you. takde masa . iolls 2 anak dah. and I pun tak perasan ada ke jantan ngendeng kat I =.=

My mom pun dengar . dia kata "hish kalau aku, dah kena dah pompuan tu"

muahaha kaki gaduh betul mak gua. patutlah abah setia. hahahaha. 

I senyum je. malas nak jawab. I berdiam, sebab I sedar I pun perempuan. mana lah tahu sooner or later. ahh dunia ni bulat la. bila bila masa je I boleh berada di tempat pompuan itu. kan?

*notakaki: tapi wahai perempuan di luar sana, kalau laki hang yang menggatal maki lah laki hang dulu KECUALI perempuan tu yang bagi response. call call ke, tengah malam buta whatsapps ke. itu baru BIADAB

Comments