Lepak Di Taman Metropolitan Kepong ( Taman Layang Layang) 080215

Assalamualaikum W.B.T

I selalu rasa Ahad tu macam family day. even dulu I kerja weekend, I tetap rasa I kena spend time dengan family. Rasa macam biadab sangat orang kacau during weekend ni. haih. apa nak buat, dorang dah kena buang family/ buang family sendiri lepas tu kacau family orang. eh. emosi lak Mommy

Okay nak cerita hari tu first time pergi Taman Metropolitan Kepong.Asalnya ingatkan kat Selayang. Tapi apa pun tetap jemmmmmm , nasib baik lah tak jammed melekat. actually yang buat sesak jalan belok ke kiri, kan musim Thaipusam ni. Tak silap I seminggu kot dorang kat situ. kan?

Pusing tempat parking 5,6 kali. tak patut tau. taman je besau tapi tempat parking  =.= actually banyak je tempat parking tapi buat niaga. terpaksa parking luar, nasib baik tak jauh sangat.

kemain nyenyak tidur . 


sampai je, landing kat area playground. Actually before this I selalu teringi nak photoshoot atas rumput yang menghijau tu. tapi panas hadoi. I tak suka la tiak peluh ni. huahuahua.

terkengkang kengkang anak Mommy . 


Kat situ macam macam ada. tapi ramai bawak tikar, kami je tak bawak. hasben suruh la beli. erkk . hadoi berapa entah harga. ada tikar macam mengkuang Thailand punya ada playmat. tak silap I playmat tu RM10, tikar pulak RM17 (tapi konon dia bagi discount jadi RM16, ala cakap je la harga asal)

ni lah tikarnya . cis lepas ni kena pergi picknic selalu la, kalo tak bazir je beli . hikhik alasan Mommy nak jalan lettew


Time tu la Maira bertuah ni nak berak. so Nanny dengan Ayah pergi cebok kan dia kat toilet ( kami jenis tak suka sangat guna wet tissue lagi lagi berak, selekeh =.=) Atok pergi jalan jalan. Mommy dengan Abang apa lagi selfie la sambil makan Double Decker. Jajan peberet Abang


                                            [ picture remove due to xxx reason]


Atok ajak Lihin main tapi jap je lah. ramai sangat, mana cukup. lagi lagi mostly budak dah besar. anak iolls ni kan terkedek kedek manja manja gituh. pastu Ayah ajak pergi tengok basikal sewa pulak

suka makan . Ayah dia risau dia obesiti. ish takde la. umur macam ni memang lah. nanti dah 2,3 tahun pandai berkawan lari sana sini kurus kangg


Gulp! I dah 12 tahun tak naik basikal rasanya, nampak basikal jenis tinggi pulak tu ( bukan macam basikal gegirl ayu ayu) Atok taknak, Nanny pun tak bagi takut laki dia terjun tasik kang hahahha. Jadi kami kena menunggu basikal. Ayah amek basikal yang boleh carry tu. Mommy amek basikal biasalah. belakang boleh carry orang jugak tapi takde tempat sandar lah.

Nanny tak bawak spec. so dia main snap je lah =.= inilah hasilnya. sian pale Ayah hahaha
                                  [ pic di edit menggunakan paint. harap maklum]

Rate Bicycle Rental
RM 10/ 1 hour
RM 20/ 2 hour
RM 30/ 3 hour



ha sampai situ je. agaknya takde sapa nak rent lebih dari tu kot. hahhaha. basikal ni dorang jaga la bab tyre, sampai je dorang check angin, pam blabla. tapi huduh sungguh  karat karat loceng hilang ( ke orang cabut). kot ye pun bang, dapat mesti ratus ratus, tuka la basikal baru

gambar romantik naik basikal takde. monopod tak bawak. handphone pulak dalam handbag. memula nak bawak tapi macam diva gituh tau cycling bawak handbag. tu pun nasib baik I tengok Ocin pakai sports attire. kalau tak memula I nak pakai dress flora fauna, bajet taman bunga. muahahaha

memula susah okay nak kayuh I tolak je. orang dok pandang, nyampah tol, tak pernah tengok orang tolak basikal ke ? Masa mula mula I kayuh agak huyung hayang. ada orang tu siap melompat ke tepi lagi, takut kena langgar la tu. lama lama dah sampai jauh sikit tak ramai orang jalan dah. siap ada track untuk basikal lagi

nasib baik sesat 1 pic tu pun guna camera 2mp. nasib baik terang clear cantik berseri. muahahahaa




 Yang kelakar, mula mula ada motor berdesup kat sebelah. agak laju la macam nak kejar traffic light. sekali bila sampai depan, la DBKL Taman buat roadblock. kena saman. kahkahkah =.= tak sangka dalam tu pun ada roadblock kan. nasib baik yang naik basikal tak pakai helmet tak kena.kalau tak I blame orang sewa basikal tu. hikhi. Lagi satu I takut jugak dia tegur I kayuh luar track. see kena tegur pun takut. tapi nak buat macam mana, orang jalan kaki dalam track . dia lah salah kan.

yang tak bestnya tempat macam tu bila orang jalan terkengkang kengkang tengah jalan. slumber macam dia punya sorang je. kalau ada 10 orang,10 tu jalan beriringan macam pagar dah. dahla kat laluan basikal. kalau budak jangan cakapla. mak bapak slumber buat benda lain. dibiarkan anak. I bukan apa kang terlanggar aku jugak jatuh tergolek. pastu dia mesti salahkan orang yang bawak basikal padahal dia yang cuai

Besar betul taman tu. Selalu lalu I ingat yang depan tu je untuk main layang layang rupanya siap ada tasik sebesar besar alam.

Ada jugak layang layang atas kepala kami tapi tak banyak lah. kat bahagian padang tu banyak. tu pun si Lihin kemain eksaited tunjuk. 


Okay lepas tu snap gambar sikit pastu pulangkan basikal, cis , tak bawak monopod. Mak tak reti guna handphone bau kedai gua ni ahhahaha
beli air kat luar pagar. dia bawak dengan basikal sekali ahhahaha .

lepak lepak jap tak lama lepas tu balik. Lihin pun macam dah mamai ngantuk dah . pastu esoknya ( semalam la) dia demam =.= agaknya cuaca panas bahang and minum ais. ke orang buat ais guna air tak masak . huaaaa sian Cuddlepuff
punya lah panas 4 cawan air okay. Mommy yang tengah pantang ais kononnya tersedut sikit. Ayah mintak tanpa ais tapi still sejuk. erk



"ish, selalu jalan tempat sejuk. ni panas semacam. kat mana ni Ayah? boleh pakaikan Maira Sunblock dulu tak"/ muahaha eh ada sunblock untuk budak kan, I baru tahu



kemain girlish anak gua pun orang tanya laki ke pompuan. haih. sian muda muda mata dah camtu. 


lepas snap ni dia g baling selipar kat kepala Maira. haihhhhhhh kau ni kan. 


candid. Maira pandang, Ayah pun pandang. Eh, Maira ni dah nampak jauh ke? ke kabur lagi? maknanya dia nampak la Mommy joget joget depan dia selalu tu ek hahahah


ni memang dasar anak bapak. pegi mana mana takyah bawak birth cert la. dah sah anak dia hahahhaa


Okay sekian saja kali ini . Bytheway, di bawah ada perbelanjaan kami di sana

Double Decker + Rota           = RM 3.20 ( beli kat rumah siap siap)
Air Milo + Air Asam Boi       = RM 4
Tikar                                       = RM 16
Keropok Lekor                       = RM 3
Sewa Basikal X 2                   = RM 20
Air Tembikai + Air Bandung = RM 5

*notakaki: tak tahu lah nape air yang last tu mahal. nak kata sedap, idok ler jugak. biasa je. takkan sebab buang ais kot hahahah. semua kat situ guna cawan besau. and yang Milo tu bukan Milo =.= Koko kot yang takde brand punya. sebab nampak plastic dia kaler putih and besar pulak tu. macam plastic pasir tandas kucing pun ada hahahhaha =.=''. tapi actually tak kisahla brand apa. janji sedap :) 




Comments

  1. comel lah baby u ...tembam...teringin nak ada baby balik....

    ReplyDelete
  2. bytheway..i tingggal dekat2 area tam an tu..tapi jarang sesangat nak kesitu..huhu

    ReplyDelete
  3. Seronoknya.. Yg ade family mesti best gile kalau lepak sini. Huhu.. Btw mera dah follow cici semula. 😊

    ReplyDelete
  4. Sports betting system makes +$3,624 PROFIT last week!

    Z-Code System winning picks and forecasts for NFL, NBA, MLB & NHL!!!

    ReplyDelete

Post a Comment