S850 Camera Best



Assalamualaikum W.B.T

Nak pergi kerja,( gua dah lah masuk 8.30am. time tu dah 8.26 am. yeah saya memang pekerja berdedikasi sebab tu bonus 13 bulan. -,-') cari handphone Ayah tak jumpa. haih.

I pun bagilah husband pakai handphone bau kedai I. aiyoo I ni jenis takde handphone boleh meroyan sikit, handphone lah teman I bosan, teman I nak stalk betina, teman I nak shopping, teman I masa makan, teman I bila jalan . kekonon macam 1 dunia pandang so dengan handphone takde lah awkward, takdelah I nampak forever alone kan. eh lama tak guna ayat tu huahuahua

Before beli handphone ni penat tau I google sana sini. I nak bandingkan dengan Note . err Note 1 je pun. I takkan tukar selagi tak jahanam. kau gila, handphone tu la yang jadi photographer I convo, I nikah, majlis kahwin,I boyot, masa kekurangan duit dulu I dengan Ocin share handphone tu;pergi kerja dia pakai, balik rumah I pakai,Lihin membesar dengan handphone tu, handphone tu lah dia gilakan pastu dia campak, pastu beraya dengan handphone tu,boyot Maira pun sama, Maira lahir pun sama etc  haehhh

punyala sentimental value. walau dah buruk sebab calar balar sampailah sekarang bateri problem. rupa huduh boleh tolerate tapi bila bateri problem , haihh susah. so I pun ternampak lah handphone Lenovo S850 kat Lazada. boleh tahan tapi harga pelbagai range pulak. different supplier kan. ada promotion boleh dapat RM400 tapi no warranty and takleh COD. eh tak caya lah I. tapi camera gempak. depan 5mp. belakang 13mp

decided nak survey kat Low Yat. first kedai kami pergi Malay Guy. dia bagi RM 550 AP set.kalau tak faham apa beza AP dengan Ori boleh Google. I jalan ke Sg Wang, kat sana lagi cilakok. kedai first dia kata RM560 AP.

kedai second I pergi dia cakap RM580 . I mintak discount dia cakap "okay you mau pink kan? pink kita bagi harga ni ( ada harga pulak padahal bukan limited edition) dia tunjuk RM 570 Ori Set. pergi mana mana tak boleh dapat harga ni". huh biar betul Ori. tapi I macam tak percaya sangat. sebab dulu I beli phone apa entah I mintak Ori set cina tu gelak je. dia kata kalau kedai kedai biasa jangan percaya yang Ori. dia boleh je cakap benda tu Ori padahal tak. takpun dia dah keluarkan barang kat dalam tukar dengan apa ke.

Tapi Ocin memang suh amek Ori. I rasa nak balik kat Low Yat Ocin suh amek jugak. okay lah I pergi withdraw. tapi I macam was was lah. orang yang jual tu macam bodoh je. I dah tahu handphone ni takde memory card, bergantung kat RAM je. tapi I saja lah tanya " boleh ke masuk memory card"
and jawapan dia "bolehh". pastu I tanya camera. "camera dia 5mp" . see konfiden sangat. lepas tu entah apa dia check and cakap bahasa dia dengan kawan dia , baru dia sedar dah salah bagi info.

lepas cucuk I pergi kedai tu balik. tetiba kawan dia cakap,"miss, itu RM570 actually AP. kalau Ori RM 670. beza seratus je". cakap sambil sengih sengih. haih I dah tak berkenan dengan kedai tu. I cakap terima kasih and blah je. I ingat nak beli kat lowyat je. On the way naik atas, ada Lenovo Center. I tengok lah kaler pink dah tentu Ori RM 629. I ajak Ocin naik atas tapi dia kata better amek situ. dah terjamin tak takut kena tipu. beza berapa je pun. okay dah suami cakap macam tu. I pun turun balik.

sekejap je, handphone tu jadi milik  guaaa. waa happynyaaa

I baru seminggu pakai . tak tahu nak bagi review apa . so far camera memang cantik tapi takde image stablizer pun. I try joget suruh Ocin snap , still gegar. hahahah harga macam tu what to expect kan. Tapi camera depan sangat cantik. muka flawless, dah tak main la 360 huahuahua. rambut ku pun nampak kepuk cantiik je padahal dah macam tak sikat setahun dah. tapi I tak berkenan bateri dia. macam tak tahan je kena charge 2x sehari. ke memang macam tu =.= sebab masa mula mula pakai note I tak de mobile data. tahan je. dah setahun pakai smartphone baru lah I start pakai mobile data . hahahaha and baru start charge 2x sehari.

Ni ha pic camera depan


pic selfie di dalam pantry office terpaksa di re-move dan diganti dengan selfie dalam rumah. harap maklum.
pic selfie di Taman Layang-Layang terpaksa di re-move dan diganti dengan selfie di Taman TTDI. harap maklum.
pic selfie di Dome KLCC@ 6pm terpaksa di-remove dan diganti dengan pic selfie dalam kereta@ 5pm


ni pulak camera belakang

dalam rumah .malam ni so memang depends kat lampu rumah je.  erkk rajin laki gua susukan Maira. btw maafkan baju yang tidak dilipat

dalam rumah.  ahaa ni Lihin tidur. kalau dia bangun. Lari Mairaaa lariii. Run for your lifeee

taman layang layang @ 6.45pm
taman layang layang @645pm


cantik kan kan kan? jangan lah bandingkan dengan Iphone korang tuuuu. untuk handphone baru bawah RM 700 memang berbaloi lah.

S850                                             = RM 629 * free casing. charger and earphone memang dalam set lah kan
Tempered glass screen protector = RM 59

Dia ada suh tambah RM 59 untuk extend warranty setahun (1+1) or RM 99 untuk extend 2 tahun (1+2) tapi taknaklah, biar lah warranty setahun ni je. lagipun bukan semua benda boleh guna warranty pun. Insya Allah I jaga elok elok


Sekian


Comments

  1. There's a chance you are eligible for a complimentary Apple iPhone 7.

    ReplyDelete

Post a Comment