Beli susu banyak banyak.Panic Shopping ek?

Last weekend I buat shopping besar besaran. Orang kalau tengok trolley I mesti dorang ingat I buat panic shopping sebab GST tapi takde kena mengena pun hahaha. kebetulan lah kami nak urus financial bulan ni dengan cara lain pulak. Ada lah pikir nak buat panic shopping tu tapi gap gaji 2,3 hari takut emergency kang I pulak panic. haahaha

susu 10 kotak
Lihin minum susu tu sekotak untuk 3 hari. Anak you alls sama tak? anak I taknak makan nasi. dia prefer kacau orang makan and mintak susu. before this Step 2 kemain mahal uolls, last January sampai 8 kotak. 1 tu RM 50 ++ so pocket I macam terkejut lah jugak. Lepas tu selalunya I tengok packaging dia tulis '6 month- 36 month'. Tetiba masa tu '6 month-18month' tak silap I. ada jugak email kat page Anmum tapi no reply so I pun tukarlah Step 3. Kawan I kata anak dia minum Step 3 ni cirit. Alhamdulillah Lihin okay je

Selalu I beli kat Speedmart. RM 28 kot. Ni I tengok Carefour murah je. dalam RM26.90. Haih sejak jadi mak-mak ni memang selalu kena berjimat. I sakit hati kalau orang tanya 

"laa kan kerja dua orang, takde duit ke?"
"anak kecik pun dah macam ni. kalau semua dah sekolah macam mana?"

dan macam macam lagi lah ayat. I tak cerita pun bab takde duit ke sesak ke. Kalau cerita pun bukan orang boleh tolong kan. Tapi I macam kalau orang ajak vacation ke apa ke I cakap lah "ohh bulan ni tak boleh lah. ada problem sikit blablabla" tapi orang bagi ayat cenggitu. haih. pastu kalau orang nak pinjam duit pun sama. dahla nak pinjam duit, pastu nak pertikaikan kemana perginya duit orang pulak. haiyooo

Dulu I selalu buat kat mak I . "pffft mak. beza RM 10 je pun haih"

tapi hari tu I tengok kat Tesco pampers Maira RM 26.90. kat Speedmart RM 26.95 . I macam eksaited giler. My mom geleng kepala je. hahahha

There goes my hair treatment, make up and handbag allowance T_T tak cukup lagi tu. 

I eksaited dia pandai susun macam ni. Boleh la belikan block tu kan

runtuh. Pastu ngamok. haih baran

I suruh dia posing tepi tu. dia takmau lak ,

I belum shoppinh habis . Tak tahu mana nak cari pampers Abang.Tesco and Carefour dah takde size L. Manjaku ada tapi RM 34.90 haiyoo . pampers Abang maybe lagi 3 pack. Susu Maira pun lagi 3 boxes kot. I nak beli kat 99 sebab dia jimat singgit dari Manjaku. muahahaha

hoi jangan labelkan I kedekut. kalau kurang singgit nak beli aiskrim pun orang takkan bagi discount okay. Ingat pesan I ni




Comments