Family Day 2017

lu sembahyang ka

Semalam nampak ada orang share kat newsfeed pasal sorang ni dia mintak kerja kat KLCC kot. lepas tu orang tu tanya dia sembahyang ke tak? Lepas tu bila dia kata Yes, orang tu cakap yang dia boleh bagi keluar sekali je. Kalau solat sampai 3,4 kali. 

=.=''

pastu of course la ramai yang menghentam

Tapi pada I, takde lah I berniat nak sokong bangsa lain ke apa ke kan. Cuma sikap orang kita sendiri yang solat Zohor sejam =.= Asar sejam. Maghrib sejam. erk

Bila boss tanya mana si polan si polan serba salah nak jawab, Takkan nak bagitahu yang kita memang solat sejam. Paling best jawapan I ada dua

1) dia baca panjang
2) dia pergi masjid ( kalau kerja KLCC , ada surau kat bawah tu. kejap je solat situ. kalau jalan ke masjid ye lah jauh)

Nasib tak pernah dipertikai kenapa dia baca panjang , kenapa you baca pendek =,=

Kalau beza jantina boleh la cakap "ohh surau laki penuh tadi"

Surau penuh pun salah satu kemungkinan juga. Tapi  haih sekecik kecik surau kat shopping mall tak pernah lah penuh. kecuali bulan Puasa. 

haaa tu je ...

*notakaki: tapi tak patutla kalau sembahyang di jadikan issue. memula tudung. lepas tu solat. lepas ni apa? 

Comments