Family Day 2017

'mini zoo' di Taman TTDI

you all yang tinggal Ampang mesti tahu pasal Taman TTDI kan? alaa tempat tengok monyet. Bukan takat monyet je tapi dah ada babi hutan, burung , monyet, babun. ahh lengkaplah. macam mini zoo pulak. anjing pun ada , either yang comel nak mati tu atau pun guard dog yang menyeramkan tu. Tapi tu orang bawak jogging la

semua tengah tengok babi hutan. korang nampak tak? aiyak dia lebih kurang dengan batu je kaler dia

lepas tu orang orang kaya ni murah hati betul. dorang bawak roti burger tu sepaket besar bagi babi kat sana makan. I geli nak muntah tengok. taktahulah nape. sebab bulu dia licin kot. My mom gelak je. dia kata kalau babi pink tu lagi menggelikan sebab dia lagi licin

Tetiba teringat zaman sekolah ada lah sorang pompuan junior I. nama dia Nasuha. dia menggedik dengan boipreng I. masa tu I taktahu nak marah, nak jelaous, eerrr taktahu jugak kot. So i lukis muka dia umpama babi dan semenjak tu I terpandang muka dia macam babi je. ahhahaah kecik kecik dah membabikan orang

Dulu Ocin taknak bila I ajak datang sini. Tapi semenjak tahu apa attraction nya dia pulak suka ajak Lihin. dia suh beli roti mahal tu. hamboi kau, aku nak makan pun jimat nak beli roti mahal pulak

Sini kawasan rumah orang kaya, ada yang baik ada yang macam lahanat. Terus terang I suka omputeh kat sini. sangatlah friendly. senyum, tegur good morning. cina yang bawak anjing pun baik. kalau anjing dia nak datang kat kita dia marah anjing dia. melayu? hurmm masa tu ada melayu bawak kete besar. besar tu maksudnya besar macam van la. bukan velfire , apa entah. mentang mentang kami naik moto dia honk kuat kuat. calarkan kete kau baru tau. entah entah driver je T_T hahahaha 

Tapi ada pencemaran berlaku. apabila mat mat rempit dok ngeng ngong ngong kat situ. siap bawak awek tonggek tonggek. dia nak nonggeng ke apa ke suka hati la tapi bila dorang buat pencemaran bunyik tuh, nanti semua motor akan dituduh rempit. padahal I suci je bawak anak jalan jalan. haihhh


pakcik baju biru tu lah dia bawak sepaket roti burger. btw pic ni I gelak sampai kuar air mata, Tu si ocin macam orang asing je sebab angle gambar dia

I paling risau Lihin kena gigit. adoi. Mommy dah nyorok awal awal

sekarang bila tanya 'macam mana monyet makan', dia akan buat gaya macam tu. siap buat gaya amek(kutip) pastu makan macam tu. Tapi paling tak patut dia panggil monyet tu adik. ahhahaha menjerit atok


nampak tak macam mini zoo? ni hari yang lain, I bawak Lihin jalan naik motor. Sabtu kot. Ramai kan orang

Comments