Family Day 2017

nak hina luaran orang

Semalam I baca lah orang share kat newsfeed I pasal luahan hati sorang ibu pasal anak dia yang ada taik lalat kat dahi kot. tengah tengah. kata ibu tu, orang cakap macam-macam termasuk lah bawak sial. istighfar. apa mulut orang ni? macam mana dia tahu budak tu bawak sial? apa yang di sialkan nya? haih budak tu umur 3 tahun tak silap I

Sebagai mak mak, I sebak sangat baca luahan hati ibu tu. anak tu tak bersalah. macam lah orang yang cakap tu boleh lukis / gambarkan muka anak dia masa peknen. dah ada taik lalat nak buat macam mana.

Actually I pun pernah kena benda yang sama. zaman sekolah rendah lah. dorang ejek "ehh kau ni Melayu ke apa? kenapa ada xxxx" ( I tak nak sebut takut orang sensitive. Tapi I takdelah nangis. sebab I memang kawan baik dengan kaum lain. I tak pernah ada kawan baik Melayu masa kecik so I dapat rasa I dengan kaum tu macam family dah)

Pastu masa high school tu I penah kapel dengan mamat ni, masa first time jumpa sibuk dia tanya apa benda kat dahi I. ya Rabbi bodoh ke apa -,- hahahaha pastu sibuk nak tahu I pakai baju brand apa . bodoh. nasib baik tak kekal

I rasa orang yang suka bahan fizikal seseorang ni ada masalah peribadi. contohnya dia kurang kasih sayang. atau pun dia loser, tak tahu nak borak/ berkawan. alaa orang cakap attention seeker. dia saja nak perhatian lebih. nanti dia rasa "wehh ramai reply/respond comment aku"

dulu I teringat masa zaman sekolah, bila balik je I akan cerita lah apa yang akan terjadi. Kawan I suka sapa, dia bahan sapa dengan sapa, sapa kena gelak, sapa kena puji, sapa dapat surat cinta. so one day I cerita kat my dad," abah tadi kat sekolah kan, ada kawan akak ni blablabla dia ni pendek tau blablabla

Lepas tu bapak I tak gelak langsung kat apa I cerita. dia cuma cakap " orang pendek jangan dihina. dia pun manusia jugak". I terus terdiam. I jenis tak suka di tegur. macam malu. macam tak puas hati.

Lepas tu sekarang laki I tak cukup tinggi pulak. hahahaha kbai

*notakaki: pastu I ada baca pasal orang comment anak artis tu. ish mulut orang. Tapi I pun kena . Masa Lihin baru lahir, doc doc cakap "ish hidung diaaaaa". Tapi takde unsur kecik hati pun. sampai sekarang bapak dia sendiri cakap pasal hidung Lihin. hahaha tu kan hidung keturunan. Maira pulak sebab rambut kembang and jendol dia. Walaupun I jenis tak kisah sangat orang nak cakap, tapi kalau orang cakap jugak I tetap anggap dia biadab. jangan menegur tak kena masa. sibuk nak judge orang. orang macam ni I nak komen je suh dorang tengok cermin. haih

Comments