Minyak Pengasih | Random

Penerimaan Abang Terhadap Adik


050215 ni cumalah lakonan semata mata sebab Abang tengah tidur. Tapi bahaya jugak. Lihin tidur lasak
I taktahu nak selami hati Lihin. Kekadang kesian pun ada. He still a small kid Very very small. Tetiba kena berkongsi kasih sayang. Kalau one of us tengah dukung Maira, Lihin dari jauh ( tengah main etc) akan pandang je. Pandangan mata dia buat I sebak. Pandangan yang macam "sampai hati pegang orang lain"

Lihin sayang ke Maira?

I pun taktahu nak jawab. Dia dah pandai agah adik dia. tetiba datang sengih sengih, buat bunyi mulut. Sebut nama ( he sebut Melaaa) . Kalau tengok macam alaaa sweetnya Abang dia sayang Adik. 

Awas, dalam masa sengih sengih orang puji puji, papp !! tangan dia singgah kat pipi Maira. I rasa Maira pun dah terbiasa. kalau dia tengah menyusu, kena debik sekali kalau tak sakit sangat dia cebik and sambung minum susu. kalau sakit sangat baru dengar suara melalak

Kekonon nak dukung Adik macam kita dukung. 

kesian tau. Dari kecik lagi kena lepuk macam tu. Nasib baik tulang dah kuat kalau tak confirm ada bentuk tapak tangan kat pipi dia. Ohh pernah jugak Lihin cakar Maira =.=

banyak tips I cuba carik untuk satukan kasih sayang antara mereka. tapi satu pun tak berjaya. macam sama je. Mungkin dia tak faham lagi. Atau sememangnya dia taknak paham. haiyooo

tu ha kesan cakaran abang. Mak cakap masa mula mula tu lagi teruk, Berdarah
Sekarang kami cuba jauhkan. Bukan apa,sian Maira asyik kena lepuk je. and dia pun macam dah pandai takut. Sekarang dia becok bercakap. dengar je suara Abang terus senyap . tegak je dia. Tapi Ocin nak jugak erat kan ikatan mereka =,= lepas tu dah kena lepuk marah Abang pulak. haih

Me or Ocin ? erk -,- adikkk bila rambut you nak tumbuh ni. Takpe you tetap cantik macam Mommy. err kbai



Comments