Perampas Laki Orang

Happy Friday peeps
Oh Finally its Friday

Semalam kan malam Jumaat kan. nak cerita hal laki bini. Eh tak bukan hal I. ni hal orang .

I baca viral kat FB pasal pompuan yang bangga jadi perampas tu. Apa kisah penuh dia uolls? Maklumlah I dok hutan line tenet slow. Dapat tengok newsfeed 4 hours ago dah macam bangga dah. haihh

I memang tak dapat baca kisah dia, tapi I baca jugak comment comment dia. Ramai macam hentam pompuan tu kan. I nak join jugak tapi sebab I tak tahu kisah penuh kang I kena hentam balik hahahahha. Tapi sebagai isteri , sebagai wanita yang ada suami, sebagai wanita ada anak anak. I rasa sangat terhina dengan statement sebegituh

Tak kisahlah apa saja masalah rumah tangga dorang, memang laki bini tengah gaduh ke memang dah lama plan nak cerai ke tapi kot ye pun awak jangan lah buat statement gituh. Tak baik tau. Macam awak suka sangat meruntuhkan rumah tangga orang. Ramai yang di tempat ketiga ni akan cakap dah jodoh. ye kalau ye pun jodoh hormat lah perasaan orang.

Ada yang I baca update status ( ni cerita lain) konon pompuan kalau taknak suami diambil orang kenalah pandai jaga suami, luaran dalaman kena jaga, perasaan nafsu suami kena jaga, makan minum pakaian blablabla. ish perempuan yang cakap macam tu pada I ada 3 sebab

1) perasaan dah mati
2) dia tengah bahagia tahap babi hutan
3) dia tak kahwin lagi


Tapi I macam terkilan lah jugak. sesungguhnya sebagai wanita kena ada telepati sesama kita. Kita sepatutnya boleh merasa apa yang wanita lain rasa ( kenapa gua guna wanita. macam tua sangat daaa) Sebab entah esok lusa kita yang kena. sebab kitaran hidup wanita ni kebanyakkan nya lebih kurang sama

gadis- kapel-tak tentu kahwin dengan orang yang bertahun kapel-kahwin-ada anak

ahh, lebih kurang lah

Berbalik pada cerita yang viral lah. Kalau I lah jadi pompuan tu. I nyorok dulu. Biarlah jantan tu settel cerai ke apa ke dengan bini dia baru lah senang hati I nak berkepit. kenapa? supaya takkan ada orang boleh cakap I perampas nya. takkan ada orang boleh cakap I jalang. takkan ada orang boleh doakan yang takbaik untuk hidup dan keturunan I . haihhh

Tapi setakat ni I masih tak dapat terima bila orang cakap "dah cinta". erkk ni disebabkan pilihan. if you say that you dont have any choice , means you choose to not to have any choice. Kan? Tapi kalau takdir , tak boleh nak cakap apa. Tapi janganlah asyik guna perkataan takdir tu, Kau yang menggatal lepas tu kau cakap "dah takdir kami bertemu"



Ha cakap pasal ayat tu " dah takdir kami bertemu". actually adalah minah ni guna ayat tu. No she's not in my friend list. ish. gila kau. Dia ni baya I olls la. makpak kat kampung. Dia dok Damansara nunnn. uihhh. kemain selalu marah marah kat status. I ni kalau orang buat drama I suka lah nak tahu kesinambungan dia so i selalu lah stalk dia.yelah dia pun tak private kan maknanya dia memang bagi lah hikhik

Dia selalu meroyan katanya ada orang stalk dia. pompuan tu stalk dia sebab laki pompuan tu rapat dengan dia. Pastu maybe dorang gaduh laki bini kot ( istighfar) startlah dia meroyan

"apahal kau nak marah laki kau kami berkawan? mehla berhadap dengan aku"

" kau nak salahkan sapa ? dah takdir aku dengan laki kau"



huii kak yonggg. takut iolls. and and I tak suka perkataan takdir disalah guna pakai di situ. haiyooo. dalam cerita ni jangan lah uolls nak cakap I salah faham ke apa. I kenal perangai minah tu jugak. dia memang jenis ajak jantan masuk rumah. isap batu semua. apa daaa

eh ni bukan cerita I ek. kalau dia tujukan status tu untuk I, I dah post gambo dia kat sini. huahuahua

Okay sampai disini saja. kepada perempuan yang ada dara/ tidak/ yang belum ada sijil nikah, janganlah asyik pesan "pandai-pandai jaga laki". awak sendiri kena jaga diri and tak tentu lagi berlaki

yes esok sabtu

*notakaki: huiii jadi dulang girl PNN. i nervous uolls. haih. I ni kalau dengar orang nak kahwin I yang macam eksaited. I kahwin kan cam koboi. takde itu ini. so kekadang ada la berangan nak pakai baju pengantin semua. Pastu hari tu terkeluar ayat,"bee you tak teringin pakai tengkolok tu ke?". Pastu ocin cakap,"haa, nak. nanti awak tolong kipaskan". I macam blur. Ohh ko nak kahwin lain. sepak kau laju laju kang. hikhik




Comments