Salun Du Chocolate: Sedap ke?

Daripada perut buncit lagi iolls dok mintak nak makan coklat banyak banyak ni, Curve ke Publika ke tak kisahla nama kedainya janji coklat. yelah kang mintak kat Godiva pengsan pulak laki iolls. Tapi tak pernah dilayan. Sama ada takde orang nak bawak, kekurangan fulus, etc.

Dah anak dua ni ha, angkut dengan anak anak tok nenek semua sekali pergi. wehuuu. 

siap kena letak dalam waiting list. Tempatnya kecik je

baby chair dia macam best,yang papan tu bila dibuka kekdahnya untuk makan ler. Tapi anak Mommy ni dok main bukak tutup. haih 10x datang sini tercabut lah natang tu

kedai sempit nasib baik dapat tempat dengan entrance. dapatlah letak stroller kat tepi je. Kalau tak , memang tak larat la pangku budak ni. Ni ha buat muka lak sebab kena tinggal hikhik

Ni lah sekali makanan tak sampai buat perangai. eh sebijik nya muka uolls. mommy yang teran kau, apesal muka sama dengan apak pulak

Atok bully. YahYah tu tak cukup tidur. 

haih favourite dia. Yahyah nak milkshake tapi cuma ada 1 flavour je kot time tu. so tukarlah mintak srawberry ni. Lihin yang paling suka. Langsung tak pandang lain dah.

I order Chocolate Crepe. ni macam benda wajib order kan. I order sebab tengok setiap orang yang datang akan order. so order ahh. see pengaruh alam sekitar. pada I sangat besar. stress macm mana pun boleh share 4 orang. erk

Mak Abah nak donut .tapi takde so I amek lah Waffle ni. I macam lagi suka waffle maybe sebab ada dark choc tu kot. terjilat jilat I. Itu half je . RM17.90 kalau Full RM30 rasanya. 

Ini Fruit Cup. atas tu Ice Cream , based dia buah la macam strawbery la kiwi la pisang la. err apa yang special ye =.=


Okay selain gambar gambar tu , kami order air mineral 3. tu pun habis semua. Nampak tak tahap kemanisan. 

Sambil makan, mak gelak gelak. katanya "nilah namanya ikut peredaran zaman" hahaha orang kata tak sesuai langsung bawak orang tu makan tempat gituh. semua manis. Tapi dah memang I nak kan, nak buat macam manaAlaa kat umah pun minum teh, manis. Milo tu manis, semua la manis
Tapi Crepe tu memang takleh habis. I cuba untuk paksa makan pun tak dapat jugak. haih. Kepala I dah start pening pening. Loya pun ada. Actually semua tak breakfast lunch kot. Cuma I dengan mak je pergi birthday party anak jiran. Tu pun I makan seketul dua naget je sebab Lihin buat hal

Apa yang best kat sini? Makan coklat lah tu aje. Macam Magnum Cafe jugak. and kalau nak datang sorang sorang jangan buat pasal lah. berdua? order satu share berdua. kalau yang I oder macam ni, 4 orang yang tengah lapar pun tak boleh telan. hahahah melainkan uoll memang manis gituh, taktahulah

So total bill: RM 102.20

Actually I taktahu apa yang lebih. kebanyakkan yang update blog pasal makan kat sini bill RM60+ je. Maybe sebab air strawberry and fruit cup la kot

Balik tu sesat. sesat di carpark. dok ingat level berapa, tak ingat tiang mana. hahaha macam lah ada 1 lift je kan kat situ. lama dah tak main sesat sesat. dulu selalu sesat di Midvalley

Comments