Family Day 2017

Short Getaway: Le Village Resort Kuantan

Assalamualaikum W.B.T

banyaknya I hutang entry kan. aisyehman, ada ke orang baca? takpe tak kisah janji sebagai memory penting. hikhik

Kan tahun ni banyak cuti tindih tindih, fulamak seronoknya . cuti banyak lagi ni. tapi kalau duit tadak tak guna jugak kan.

so jalan jalan tahun ni dimulai dengan Pahang. yeayy. actually tujuan asal nak visit my Mak Lang, dia sakit tua and anak dia bawak duduk kat Pahang. lately ni dia macam sedih sedihseba tak dapat jumpa kawan kawan and adik beradik kat KL ni ha. mak memang nak sangat jumpa kakak dia tu. kalau nak balik hari memang tak dapat lah. lotih kau. so kami pun bermalam lah

Misi mencari hotel bermula. rumah cousin I tu kat Aspa Cottage, kemain besau rumah dia. siap ada dusun buah. dia kata zaman tu dia beli rm150k je. hamboi, sekarang harga tu dapat sebijik rumah flat tak bercat =.=

I berkenan dengan 1 ni; Le Village Resort. sebab ada pool and private beach, I tak harapkan apa apa lah untuk beach tu sebab air nampak macam coklat je haahahah. tapi I eksaited sebab ramai cakap kolam dia spacious gituh. kazen i pun cakap benda yang sama. second choice I Vistana, pun ada pool jugak. I memang nak walk in je kekonon takde bilik g la Vistana ( macam familiar jalan je)

sampai kat situ 2.10pm macam tu nak check in and dia kata "sorry Cik, untuk walk in boleh check in 5,6pm macam tu, sekarang kami buat untuk booking"

huh? pastu I nak tanya pasal rate chalet la sebab kat website and confuse sikit description dia. deluxe chalet la, two bedroom chalet amenda lah, pastu dia suh call. I pun dah kutuk kutuk lah dalam hati,"ish kang aku call, telefon kat reception, nape tak explain je".

I pergi jauh sikit and call. ceh betul memang kat reception. I pun kutuk kutuk lah jap, sekali tak hangup lagi . muahahahha jamban tol. pergi kat kereta, and I suh my mom call . Oh chalet rm200 =.= tapi sama check in 6pm checkout 12pm. hurm. rugi je, Plus I laki bini joget joget nak terkucil. nak carik Vistana macam tak sempat je ,

Tetiba I teringat la zaman keje hotel. ada guest tu nak murah dia booking Agoda depan depan kami. ohh so I pun apa lagi masuk lah booking.com and terus book 1 bilik, memang itu yang last. Ohh baru I faham.kuota untuk walk in dah penuh. dorang memang bahagi bahagikan kuota untuk setiap website. dorang ada agreement berapa bilik bla blabla tapi sikitnya =.=' Rceeption tu pun macam senang hati. dia kata "ha macam ni baru kita boleh check in terus"

I amek hotel room RM 127.50 . deposit RM100. G floor bagus , memang takde lift pun.

okay whatever. Gua nak terkencing tak tahan. satu bilik sumbat lah 4 adult 2 babies. err baby ke ? boleh la.

masuk masuk je bilik ermm . I macam taknak komen apa apa dulu. pastu bilik I facing chalet.ada sliding door lah. and tak kelakar chalet tu adalah chalet tinggal =.= rasanya maybe ada apa apa rosak kot. siap tampal kat luar "Dilarang Masuk."ohh sumpah lupa ayat dia. tapi memang ada notis tak bagi masuk la. sangat tak kelaka okay . tingkap chalet terbukak, boleh nampak dalam gelap je


kredit pic: Agoda
kami sumbat semua beramai ramai, untung dapat dua katil single. so abah dengan mak, I dengan Maira, ocin dengan Lihin kat ceruk bawah tu.

I tahan kencing dulu. Haih I nyampah kalau toilet takde water hose ni. kal( rasanya tercabut kot). dia sediakan gayung and baldi. haiyoooo.

au ada hand shower boleh la tarik. hampeh. kepala shower pun pelik

Shower dia pulak ada dua tempat pusing tu. pink untuk hot water and blue for cold lah. dua tempat pusing ek bukan dua shower

kalau toilet I bagi 1.5/5 star je lah. haa gituhh .

kredit.wego.com.my
cantik kan chalet dia, sepanjang perjalan ke kolam/ pantai memang akan nampak chalet macam ni. siap boleh parking depan pintu lagi. yang dapat dekat swimming pool lagi untung. Dalam taktahula macam mana


Ocin bawak Lihin pergi pantai and swim. tapi pelampung nya tak bawak. second round I pergi dengan my mom. okay pantai dia tak sama macam dalam Google. kaler air tu lebih kurang lah tapi kerusi pantai dia mana ada payung payung. I rasa tu untuk Swiss Garden punya. because dorang share pantai yang sama. ada semak samun. haih dorang tak bersihkan ke. rumput dah tinggi, gatal kaki gua. ke memang saja nak back to nature =.= no no. alasan yang takleh diterima

masa I pergi tu ombak and angin kuat. mat saleh, cina kebanyakkan tengah main ombak la. I taktahu natang apa tu. ala dia macam wake surfing tapi dia pegang benda layang layang tu. kira bergantung kat angin jugakla. benda tu jatuh, dia pun tergolek la

kredit: ms.hotels.com
I tak faham kenapa tiap kali Google akan keluar gambar ni. sebab memanglah ada kerusi pantai macam ni tapi mana ada payung bagai. I baru berangan nak pose ala ala hotstuff gituh. Tapi I ada nampak payung macam ni, milik hotel sebelah. =.= aiyo. ke dorang ada shrare?


kat situ jugak ada Sunday Bar. ceh bunyik macam chillex je . tapi lepak situ omputeh je. teringin gak nak merasa aiskem dia, takpela -,-

Pastu I tengok kolam dia. erk. sumpah tak menyelerakan. dedaun kering bertaburan. haiyoo. bab berpasir takleh nak komen la, rasanya kebanyakan hotel yang dekat dengan beach memang pool akan berpasir. tapi entahla. takla spacious mana pun. Glory PD lagi besau and selesa walaupun ramai orang.

kredit: Ammeo.com
hamboi cantiknya dalam gambo =.= and nampak besau kan? BTW yang bulat ni la babies pool dia. kecik sangat



malam after Maghrib terus carik kedai makan. lapau oi tadi lunch aje kat rumah kazen. I google, ramai dok puji Sara Thai. actually depan hotel seberang jalan ada je kedai ikan bakar, tapi dah alang alang kat sini nak jugak rasa Sara Thai . sedap sangat ke. tak jauh pun , less than 10 min maybe.

Kami ni jenis tak kuat makan. blur lah nak order apa. Ocin nak rasa Patin Masak Lomak, kan famous sangat . tapi situ Authentic Thai. mana ada benda benda macam tu, kami pun order

1) Siakap Stim Limau
2) Kailan Ikan Masin
3)Kangkung Goreng Belachan
4) Telur Goreng

hahaha kesian. meja kami je yang makanan sikit. nak buat macam mana masing masing tak kuat makan. tu pun tak habis. nape tak habis?

Siakap Stim tu la. dah la stim limau. My dad memang tak makan langsung. Ocin and my mom pulak cakap muak. I lagi lah takleh terima lagi lagi I minum teh tarik pulak ( masih pantang 100 hari) nak muntah okay

Maira is really a good girl. diam je. Lihin? huh habis sepah. masa mula mula dulu I macam malu and try kemas balik. sekarang ?lantak ko ler. yang boleh kemas I kemas la atas meja, sampai bawah meja tu =.=

Balik tengok Mentor. Oh lupa cakap TV dia tu jenis kotak,kecik and no Astro. Aircond dia tak tahu zaman bila yang on tekan hijau. off tekan merah. pastu kekadang buat magic berhenti sendiri,.Masa nak kuar makan Ocin dah on kan ekon kekonon nak sejuk sekali balik tu benti. Suspen betoi. I dah debak debuk. rupanya memang macam tu. and and noisy okay. oh one more thing dia pakai kunci ye bukan key card -.-

I dah la lupa bawak Yassin / Mathurat. usually pergi hotel I akan bawak lagi lagi ada budak kecik kan. tapi syukur takde apa apa lah. semua okay

esoknya terjaga 9am. terlajak oi. sini memang tak sediakan breakfast. so i terus ajak abah and Lihin pergi pantai. pagi tu tak ramai orang. ada pun jalan jalan kat gigi air main ombak sweet sweet gituh. angin memang kuat. ish ish kan best KL camtu. bawak Lihin mandi kolam. hurm sangat hampa. rupanya untuk babies sangat lah kecik macam kolam KLCC yang bulat tu. ada pulak anak anak orang ni macam nak buli buli Lihin. I dah suh abah bawak dia ke kolam sebelah ( untuk kids tapi dalam sampai dada abah !)tapi abah macam tak faham signal I. I nak elakkan Lihin kena bola. budak budak tu main ganas. haiyoo

kolam yang paras air sampai dada tu macam menurun. maksudnya makin hujung makin dalam. I basah basah kaki je. tak sampai setengah jam I ajak naik.

sampai je bilik mak pulak nak keluar +______= adoi bukan best pun nak pusing 2,3 kali. tapi takkan nak cakap macam tu kat mak. I pun jalan lah lagi sekali ke pantai and ke kolam. balik tu siap siap terus checkout

kesimpulannya? okay terus terang la. very poor hotel.ye murah. tapi kalau dia naikkan sikit lagi pun I dont mind la. kalau takat superior rm160+ tapi dengan kondisi dan environment yang okay, why not kan, I tengok tu kekonon promotion price, normal price lagi mahal. ish tak berbaloi langsung even below rm100.  and chalet pun takla murah mana. boleh dapat yang lagi murah kan. segalanya macam usang sangat T_T furniture. okay lantakla furniture bukan nak dok situ pun lama lama tapi bersihkan la area pool and jalan nak pergi beach tu T_T and and pls ppl mana ada spacious -,- tak langsung. huwaa nak nangis. sebab sedih tak selera mandi situ. dalam gambar lain. pandai ni edit contrast bagi nampak cantik and angle bagi nampak besar. and those yang comment spacious tu , haiyoo. and and kenapa ada chalet yang menakutkan tu semua =.=

tapi staff insya Allah baik lah. taktahula friendly ke tak I tak ajak borak. tapi dorang call I tak dapat sebab lampu kete tak tutup, dia datang bilik. (rasa mostly memang hotel macam tu) so boleh bagi 4.5 star la untuk staff. ermm extra 0.5 sebab panggil I 'Cik'/ huwaa.

lepas tu kami ke Teluk Cempedak

* Nota Kaki:  lepas amek deposit, lalu kat satu bilik ni. bilik kosong kot. tetiba si Lihin tunjuk 'MOMOK" erk =.= okay tak I tak kata tempat tu keras. tapi Lihin ni nampak bilik gelap dia akan cakap macam tu. orang pakai jubah and tudung hitam pun dia panggil momok =.= aiyoo



Comments