Statement Bank atau Transaction History

Dulu I teringat masa heboh nak loan kereta, I sibuk log in Public Bank Online pastu dok print segaala benda. Bila statement cantik rasa bangga. Yelah time tu tak banyak sangat pakai duit, cantiklah statement nok, semua pakai duit laki. Konsepnya , pakai duit laki sampai habis baru sentuh duit bini. and tu untungnya laki gaji awal. Hikhik

Tapi sekarang I dok korek korek website tu tak dapat pun statement macam dulu tu . hummmpp

I siap gigih nak amek statement kat Bank. dah pesan dengan colleague dah nak pegi bank lunch hour kang. eh yelah kena pesan. mana lah tahu jadi apa apa, sampai 3 jam tak balik office boleh lah dorang pegi carik I. hahahaha paranoid sungguh.

Pastu sebab bengang tak jumpa I pegi la Google sana sini. susah betul nak dapat yang pakai bank sama dengan I. tak famous ke? semua dok cakap pasal bank rimau ja

Okay pastu I email la cust service cakap before this I boleh dapat statement online, now takleh. nak buat macam mana. blablabla. dia mintak acc number and contact number. around 3.30pm macam tu I dapat call dari Public Bank Internet Banking Customer Service. haihhh cepat betoi keje dorang ni.

Dia kata " based on you IC number, you never register for any online account statement". I cakap lah dulu I boleh je? Dia jawab "ohh maybe that one is transaction history".

Pastu dia pun ajar cara nak buat. actually sebab page dia dah baru and button semua berubah.Tu buat I confuse tu kot.
dah masuk homepage , click kat acc number

nanti keluar macam ni, masuk kat transaction history

kat sini boleh pilih bulan apa. 

macam semua orang dah tahu. Tapi takpe, sebab CS tu ajar I, I ajar uolls jugak. Tu ha button print

Pastu I tanya lah kalau I nak buat loan dengan sapa sapa, and orang tu mintak bank statement, boleh ke I bagi transaction history? dia jawab tak boleh.memang tak sama sebab yang ni cuma history je

Pastu I tanya lagi boleh ke I mintak statement kat nearest branch? Pun tak boleh katanya. Kena pergi kat tempat kita bukak buku So maknanya I bukak kat Brickfield dulu, so I kena ke sana lah. Bayaran request statement ialah RM 10. each statement dia caj RM 10. so kalau untuk 3 bulan -> RM 10 + RM 2x 3= RM 16 la . haih  and proses mengambil masa sehari waktu bekerja. maksudnya hari ni buat, next day collect. hadoi

*macam bank paling mahal je setakat ni =.=

I baca kat forum, orang dok kutuk kutuk la pasal kebanyakkan bank ni. katanya nak print kertas pun lambat. pastu ada yang cakap siap jumpa superior la. ada yang mintak extra charge. ada yang lepas dah ngamuk ngamuk baru nak kuarkan statement.

err I no comment. Memang ikutkan hati macam bengang jugak . Yelah kita amek cuti la EL la sebab nak buat semua ni. Tapi ni semua prosedur. Bukannya individu punya cara. =.= Janganlah ngamok kat banker tu. sian dia. Seram I orang suka ngamok ni =.= salah orang lain, front desk jadi mangsa. SPA lambat siap, receptionist jadi mangsa . apa kena mengena duh =.= so nak ngamok, carikla orang yang betul.

and and, yang statement bank tu bukan guna kertas biasa kan? dia macam kertas typewriter tu ek? aalaa yang macam payslip tu.

*notakaki: tapi taktahu la, takleh cakap lagi sebab I belum beli rumah kan. hahahaha mana lah tahu nanti I lupa diri lalu ngamok paling teruk. hahahaha . Okay xoxo


Comments