Tak Faham Bahasa!Nak Menang Je

"ko kerja apa?"
"receptionist"
"apa tu?"
"alaa yang jawab tepon tu"
"huk olohh senangnya kerja kau"

sapa weh yang cakap kerja angkat tepon ni senang? sapa anggap macam tu I nak penggal je kepala dia dengan pisau tumpul mak I tu tau. haiyooo

I cant handle those ppl yang... yanggg . hurmmm

Memang kerja ni takyah belajar tinggi tinggi. Tapi ianya memerlukan kesabaran tinggi . mana nak gain kesabaran tu?

Okay semalam nak dijadikan cerita dua colleague I takde, mampuih, busy uolls. pastu ada caller ni ha

Caller: Hi saya ni Cik Jihan dari Afi XXX. Hari tu ada orang dari tempat awak datang office saya nak             tempah stamp chop. Tapi dia pulangkan lagi yang contoh saya bagi.
Me    : Okay cik, boleh saya tahu Cik liaise dengan sapa?

Caller: saya taktahu lah nama dia . Lelaki Melayu

Me   : lelaki Melayu? 

Caller: haah. saya datang tempat awak Sabtu lepas, Lelaki Melayu sorang, Pompuan pakai tudung
            sorang

Me    : err maaf cik. kami tak bukak weekend ye. Ni company XY & Z

Caller: Eh, betul saya memang datang sana Sabtu lepas. ada 2,3 orang pekerja. Sorang lelaki Melayu,
           lagi sorang perempuan muda pakai tudung

Me      : maaf cik, kami memang tak bukak weekend. Lagipun, lelaki Melayu kat sini cuma driver and
             despatch saja.

Caller : ha tu saya taktahu . Yang saya tahu lelaki melayu tu yang tempah chop dengan saya

Me      : ( aku pantang betul orang keluarkan ayat HA TU SAYA TAKTAHU.) okay macam ni cik
             Let me jot down your details, I will check who is that guy nanti saya suruh dia get back to u
             Cik.

Caller: okay okay ni details blablabla. Okay pass saya kat XXXX

Me     : maaf Cik. kita takde nama tu ye kat sini

Caller : ha takde? Ni XXXX & co ke?

Me      : heee bukan Cik. kan saya dah kata ni XY & Z.

Caller : ha oklah bye

okay tak ke bodoh. Kan I dah cakap nama company. nak jugak kata ye. Caller selalu macam tu. Dia tak sure pun dia cakap ye. Pastu nak marah marah.

I pantang betul lah orang cakap " ha tu saya taktahu". kalau lah I dah last day nak benti keje 24 jam I nak jawab je

   " sebab kau taktahu lah aku nak ajar kau bodoh"

haihhh

so sapa kata jadi Receptionist ni senang?

Sama jugak caller . Kekadang ada 2,3,4 nama yang lebih kurang. Kita bagi contoh

 Milly Ong
Billy Song
Dilly Kong
Lily Rong

So sebagai Receptionist kita akan double confirm. Dia sebut Song Kita dengar macam Ong, kita tanya lah Ong atau Song? Tetiba dia jawab Ong Ong. 

Okay

Salah transfer , guaaaa kena 

Tolonglah jangan amek mudah. kena lah confirmkan betul betul supaya takde sapa susah. Tak pasti cakap lah tak pasti. Jangan meng ia kan sahaja.


=.=. Gua macam ni ke ?



Comments