Family Day 2017

Team Work dan Wanita Berkejaya

Hui bangun bangun je , eh eh, Friday. wehuuu

okay hari ni nak borak pasal team work. Yelah kalau baca apa apa job requirement mesti cakap nak yang boleh team work, mesti cakap perlukan team work untuk build up company lah apa lah.



Masalah berlaku apa bila kita dah bagi sepenuh team work, tapi one of our team buat donno je. Macam kita rasa ditindas gituh

Contoh kalau dalam 1 team ada 5 orang. kena gilir gilir cuti. so ada dua Malay kat situ. maknanya kalau Raya kena lah sorang je cuti sorang mengalah.

So takkan lah yang dah cuti Raya Puasa pastu nak jugak cuti Raya Haji. Alasan? sebab Raya Puasa balik umah mak dia, raya haji kena balik umah mak mentua kalau tak mak mentua merajuk sebab dah 2 tahun tak balik/ dah sign agreement masa kahwin kena balik jugak walau apa terjadi.

waddehel mennn.

Pastu ada yang bagi alasan "alaa aku ada anak. budak budak ni nak holiday. Kau bujang takpelah, takde mak mentua nak bebel, takde anak nak layan. Takde laki nak bising. Aku kalau kena kerja overtime , ngamok laki aku weh. Dia siap cakap kalau aku kena overtime dia suh aku benti. Tu aku taknak benti tu"

halaamakkkk, benti lah =,= Laki kau tu ugut je. Kalau betul lah dia stable sangat kenapa dia nak kau kerja at the first place? Kenapa bukan dia tanggung family sorang? Ingat senang ke ada anak ni nak main lompat lompat kerja lagi lagi yang dah umur nak masuk 4D  ni?

very rude youalls. I memang tak suka kalau bab kerja orang masuk campurkan dengan laki/ anak. Dulu masa bujang I pun pernah kena macam tu. Akak tu taknak nightshift sebab ada anak. tapi shift petang pun taknak takut balik lambat. Pastu shift apa dia nak ? Buat kerja pun ala kadar =.='

Sebab I paling muda, freshie gituh baru keluar dari freezer takkan lah semua I nak kena beralah. ahhh

budak lagi kan tak reti nak bersuara. takut  Hormat dengan akak senio gituhh

Tapi kalau orang tu ( refer tu our team) baik dengan kita, kita pun tak sampai hati nak susahkan dia. Contohnya as a front desk, kami tak boleh short handed. lepas tu kekadang anak I tak sihat. I bukanlah nak pentingkan orang dari family tapi sebabkan yang jaga adalah my parents so I percaya lah depa. Kalau demam biasa biasa I akan pergi kerja jugak. Pernah laki I cakap I pentingkan kerja . fuhhh bergenang air mata you alls. Rasa nak jawab,"ehh kalau you bapak yang baik,you lah amek cuti". hewhewhew eh tak boleh , tak jumpa syurga kang.

Bukan apa, reception ni sebenarnya busy. Walaupun orang dok cakap kerja front desk ni jawab tepon and melawa, otak hang lah. aku mekap pun kat reception. ada masa busy nak mampus sampai nak kencing pun terlupa. tukar pad pun terlupa tau. minum air? habiskan roti breakfast? hampeh lagi lah lupa. sebab tak cukup tangan. Orang yang cakap front desk senang lenang tu masa dia lalu tang tang tu la reception tengah ketawa lah, tengah pegang phone la, tengah hirup Milo la.time nangis sebelah tangan lipat surat sebelah tangan jawab call mata check incoming doc ada orang lalu and observe? takde kan

okay macam dah hampir keluar topic. i nak cakap pasal team work je, Ye betul family comes first. Tapi first thing first orang dah ber family nak janganlah amek kesempatan pada yang bujang. Dia bujang dok sorang parents jauh atau pun anak yatim sekali pun dia tetap manusia yang ada kehidupan sendiri. Mungkin sekali dua boleh lah beralah. kalau berkali kali. One more thing kalau pada sesiapa yang ada problem suka cuti menyusahkan team tu janganlah bawak perangai sama bila dah kahwin. ada anak ni memang sangat selalu perlukan emergency leave. bawak bawaklah bertaubat dan simpan cuti tu, sayang oi.budak ni kekadang sebulan sekali boleh demam. kekadang tengah malam buta demam. Takkan kita nak tinggal macam tu je. Cuti lah bila perlu. dan ber team work lah anda supaya orang tak jelik

Kalau sesapa yang suka bagi alasan laki marah laki itu laki ini please its your husband it is your responsibility lah untuk explain apa job scope lah apa lah. janganlah ajak 1 company untuk memahami laki you tu, Orang lain pun ada laki nak kena jaga. Nama pun team work, hari ni aku beralah, esok lusa kau pulak lah. Kalau laki tu tak boleh paham jugak suruh dia kerja sorang, ko dok umah goyang apa yang ada

haih. bye



*notakaki: Kalau Ocin suh I dok umah, uihhh 24 hours notice terus. hewhewhew Tapi bee, sudikah anda bayar compensation?  Diploma boleh framekan, tunjuk kat anak anak nanti

Comments