Family Day 2017

Tempat Lepak Best Bawa Anak-Anak

Kawan kawan yang anak dia baru nak pandai jalan mesti eksaited nak bawak anak keluar kan. alaa tak payah tunggu pandai jalan lah, rasanya bila maknya dah boleh sarung seluar ataupun duduk kangkang tu, kira dah eksaited lah nak bawak anak jalan

pastu ramai yang tanya I , "babe, bawak anak ke sini sinun takpe ke? tak bahaya ke?". err actually I pun tak paham bahaya dari segi apa . I tak bawak ke tempat race pun. hehehe ada yang risau anak terkejut ke apa ke. Yang ni my mom pun ada pesan tapi so far Alhamdulillah kami bawak Maira mandi sungai dia okay je. Oh dia tak mandi ye. anak anak I tak suka air sejuk. hewhewhew. orang kaya sangat tau

Meh I list kan tempat yang I selalu bawak anak I. Manalah tahu korang dapat idea. Tempat yang murah dan menjimatkan

1) Dataran Merdeka

ni pic last month rasanya
Yang ni sesuai lepak malam rasanya. Kalau petang taktahu lah sebab tak pernah intai. Malam memang meriah lagi lagi malam cuti. Tapi semalam I pergi (weekday) pun still ada families bawak anak main lari lari.

Seronok lepak sini bentang tikar letak makanan ( bawak jajan ke atau beli celup celup area Sogo) and start lah berlari. nanti ada je lah orang datang promote mainan ke bubbles ke . I memang letak ball dalam kereta so senang bila tergerak nak singgah. Oh layan kuaci pun sedap

Yang Tak Best: ada jugak part tak best. First parking. bila mana orang parking melintang. macam side parking tu. err masuk lah betul betul gila. Kau ingat kau sorang je ke nak park. Maybe dia ingat weekday takkan ramai kot. Another thing ialah macam semalam banyak pasangan memadu kasih. ish, I bawak parents so I macam segan lah jugak walau parents I tak cakap apa apa. Pastu kalau anak dah pandai cakap mesti dia akan tanya macm macam kan. Kebanyakkan macam romantika gituh. baring baring atas peha, pegang pegang, peluk yang macam nak patah tengkuk member tu. Ish takkan la orang dah kahwin macam tu kan. hahaha lantak la dorang tapi kalau Lihin tanya nanti apa nak jawab daaa =.=. takde lah I bukan lah nak tunjuk baik. Cuma nak peluk stok patah tengkuk tangan di dada tu buatlah dalam bilik. haih =____=

2) Taman Metropolitan Kepong ( Taman Layang-Layang)

maaf lah edit huduh. ioll kejar masa ni


kat sini I pun tak sure bukak pukul berapa tutup pukul berapa. Tapi kalau anak you all dah pandai duduk tanpa huyung hayang dah okay lah kot bawa naik basikal pusing taman.Datang kena awal untuk rebut parking. Lepas tu untuk orang takut cahaya mentari macam I ni macam tak sesuai je. hahahah kami tak duduk tempat layang layang, kami dok kat playground tu. banyak pokok and redup. yelah katt tempat main layang layang mana boleh ada pokok, habislah sangkut.

Sini sesuai sangatlah nak bentang tikar, bawak jajan. Goreng Mihun dari rumah ke apa ke. Aktivitinya macam berbasikal, main layang layang, pastu boleh sewa natang yang macam skuter tu(boleh carry anak jugak), jogging, evening walk, pastu sini banyak mainan. kalau anak dah pandai mintak sila lah sediakan duit je

Oh kat sini I taknampak lah orang memaduk asmara . maybe sini ramai family, nak kena baling dengan ais krim pasu agaknya kalau peluk lelebih tu hahaha. Paling romantik pun ada mamat ni carry GF/ Wife dia. cis cis  I is jeles sebab Ocin taknak carry I. haih

Yang Tak Best: sini kena datang awal seawal awalnya. Kalau tak, parking lah kau kat luar sejauh jauh mungkin pastu japg petang orang dah banyak balik kete kau jelah kat tengah jalan T_T. tandas kemain jauh ( anak anak I semua cebok air) pastu kena beratur and my mom cakap kebersihan sangat lah hampeh. haih I dah lah penggeli. nasib baik I berjaya tahan kencing hikhik. Oh lagi satu, nak datang/balik jemm ye sebab area situ memang selalu banyak kete. Lagi lagi pergi masa ada perayaan . erk sangkut

3) Taman Abang Haji Openg ( TTDI)

kebetulan ke laki aku yang bagitahu , jumpa family Ameer. Ameer ni bestpreng Ocin. so anak anak kami pun bermainlah. and and anak gua ni kedekut. Kakuan sepak bola, dia jerit Mommy Mommy pastu nangis =_____________= I is Segan

I tak ingatlah nama dia. Taman Wilayah Persekutuan ke apa ke. Tapi kalau nak Google taman Abang haji Openg pun dah okay dah. kat sini tak sebesar Taman Layang Layang tu tapi agak besar lah untuk I. Nak menghabiskan 1 pusingan jogging memang tak terdaya. Tapi Ocin dengan Ameer lek je =.=

Ada fountain , tasik ( taktahu buatan ke semulajadi) macam sungai kecik, ada nyetnyet.

Toilet dia okay lah. takde lah memuaskan hati sangat tapi so-so lah untuk public toilet

Tapi hari tu bentang tikar bawah pokok , kami macam gatal gatal. haiyoo . ulat bulu ke apa ke taktahu lah. Maira lagi kesian. dia macam tak selesa. maybe dia taktahu cakap

Jajan ke air ke dijual di luar pagar. macam ada lori kecik bawak segala apa makanan. kalau lori tu tak datang takde lah. 

Orang kata sini ramai artis. Taktahulah , tak nampak kot. Ke I yang tak kenal? rumah I kan takde Astro. hikhik

Yang Tak Best: Parking dalam terhad. berapa ketul je. Boleh je park kat luar tepi jalan. Kalau kena saman pepandai lah. hahahaha/  Toilet pun rasanya yang kat depan tu je. Pastu tak banyak pilihan jajan. 

4) Taman Tasik Titiwangsa

kami datang ni dah petang pun. pastu gelap. on the way nak pergi kete di bantai Hujan


Kat sini luas dan besau. Hari tu kami pergi bahagian belakang yang dekat dengan Restoran Nelayan tu. La ni kami pergi belah depan. Gila ramai orang. Macam pening kepala I jap. Kat situ ada buat sewa basikal, sewa bubble, sewa amenda yang roda dua tu, sewa kete budak budak, basikal/ scooter budak. crowd semua tertumpu kat depan tu so I memang pening =.=

Memula datang bentang tikar. kami bawak mangga epal dari rumah. Habis je makan dah macam bunyik guruh. Ocin bawak Lihin jalan jap. Mak bawak Maira ke bawah gazebo ni. I kemas dengan abah. 

Harga makanan? hurmm standard je lah kot. tapi akak yang jual kopok semua tu ( naik lori kecik) macam biadab je. I think she's not local. Indonesian kot. dia ada slang mana lah I paham. So bila dia cakap "enam, tujuk kak" ( she's counting tapi I ingat RM 6.70) so I bagi lah RM 6 and nak mintak 70 sen from my dad. And dia macam kuatkan tone dia,"Tujuh ringgit kak" sambil jegilkan mata dia. haih takpayah kuatkan suara. cuma belajar BM elok elok je. haihhhhhhh

Yang Tak Best: crowded. Parking tadaa. Kami parking atas divider tepi jalan ja

5) Taman Tasik Perdana

Yang ni takde gambar. Semua kat phone lama. and kami pun tak masuk sampai ke dalam. memang sampai dah senja dah. duduk kat playground. beli aiskrim. tu je. 

Tapi I memang pernah masuk lake garden masa buat assignment dulu. sini ramai buat wedding photoshoot. and rasanya kat dalam pun ada taman kot

haa takat tu je lah ye . ni semua tempat free, cuma bayar kos makan sendiri je




Comments