Birthday Surprise for Pnn

Happy Birthday my dear PNN

kemain I dengan Ryna nak plan birthday surprise untuk PNN secara picnic. Tapi disebab kan I Ocin ada family day 11/4 tu maka tak jadi. sabtu lain Ryna busy pulak, maklumlah dia pun nak bertunang. haih kemain darah manis dua BFF I ni tau. you all memang plan nak kahwin together-gther ek. I je gelojoh dulu hahaha

Okay punya lah susah nak convince Pnn ni nak ajak dia keluar and I nak belanja. dia kata selalu balik lambat, okay takpe I cakap boleh tunggu. dia kata dia balik 7.30pm? apa ada hal I cakap lah Ocin balik 9.30pm . memang dia tahu pun I ni penunggu setia. Cuma peliknya I beria ajak dia lepak jap lah teman tunggu Ocin padahal before this boleh je lepak sorang. I cakap I nak belanja sempena birthday dia sebabnya I tak pernah bagi hadiah. okay la alasan hahahha

memang terkejar kejar, Ryna sampai dulu dia pergi amek meja kat Wonder Mama. Azam (tunang Pnn) dan on the way. I siap pesan kat laki I kalau sampai teruslah jumpa Ryna. bini mu busy nak berlari. I terus pergi Splendid beli sepotong cake (padahal Wonder Mama ada cake tau) and terus pass kat Ryna. Lilin I cilok lah dari mana mana yang dapat. 


Lepas tu I kelam kabut tunggu kat train station. si Pnn ni amek train from Jamek. kang berdesup je sampai. I cakap "take your time, I pun baru nak on the way, jalan slow slow sebab kasut licin"

macam tak kelakar langsung =.=' 


Ryna cakap semua dah sampai. Alhamdulillah, I risau jugaklah berselisih ke apa ke. I fikir macam macam bendanak coverline , mana tahu terserempak dengan laki I ke. kang eh kata balik lambat. hahahaa. and takyah I heret dia jalan jauh jauh. Pusing belah atas Avenue K je. lenguh kaki mak nokk

sampai je I bawak dia pergi farmasi; nak cari shaver konon. apahal entah dalam banyak benda I boleh carik shaver hahaha. paling murah kot mana tahu betul betul ada. Tapi nasib baik brand yang I nak takde. so kami ke toilet. make up touch up. sempat borak gossip. 

Yang Ryna pulak dok tanya kat mana. sebabnya each time I cakap nak gerak ( sebab I taktahu nak singgah ladies) dorang bakar lilin, lepas tu tiup. bakar tiup. ahahhaha. 



Bila dah betul betul gerak I wassap Ryna cakap dah on the way. I tarik Pnn jalan laju sikit sambil cakap lah 

" Babe, I nak belanja you ni. Tapi biar I yang pilih tempat.Yelah sebab I nak belanja kang you pilih tempat mahal mahal terkejut poket I"

okay seriously apa lah dalam otak Pnn time tu. dia punya lah belanja I Johny Rocket, and macam macam lagi.

Sambil tu dia ajak borak. I cakap nantilah borak bila sampai kat table. I dahaga. Dah nak sampai Wonder Mama I tunjuk dia video.

"babe, tengoklah apa Lihin buat kat Maira"

Like seriously guys, video tu bodoh je. nothing happen . Lihin macam mumbling alone depan Maira. Maybe Pnn pun tunggu apa yang bestnya video tu hahaha. I memang nak dia tunduk sebab wall situ banyak cermin. even duduk si sebalik pintu, tetap boleh nampak nanti. Alhamdulillah dia focus sangat. 

so...

Happy Birthday To You

blow the candle . wehuuu

Alhamdulillah everything went well. dia happy sangat. katanya tak expect pun . so kiranya menjadi lah surpise kami ek ? she said dia fikir maybe Ryna ada, tapi take expect Ocin and Azam ada sekali. alaa saja je babe, meriahkan suasana. and first question; mana dapat no tunang dia? huahuahua

Happy Birthday Kitty, PNN . May Allah ease everything. 

alamak, eksaited sangat sampai tak snap pic makanan =,= I pun tak makan actually. tapi teh tarik dia not bad la , sedap =RM 5.80. not bad. portion besar.



Comments