Family Day 2017

Cuddlepuff demam meracau

Morning semua. wahh kejap je dah Rabu kan

Okay semalam around 5.30pm kot tiba tiba mak call dia cakap Lihin badan panas and muntah. I macam pelik lah sebab dia okay je before this. Mula mula I nak suruh makan ubat demam yang ada tapi mak macam sangat risau so I cakap takpela bawak pegi Dr. Ong je

Doc pun macam pelik sebab baru February dia food poisoning. Tapi kalau nak diikutkan kami memang bagi homefood je . Isnin malam jelah kami makan Pizza Hut and Lihin makan mushroom soup je. so doc kata maybe virus from outsider and jangkit kat dia. Berkali kali doc pesan jangan bagi Lihin dekat dengan Maira sebab Maira langsung takde ubat hurmmm

Dr Ong bagi ubat masuk bontot untuk demam and vomit half. boleh pulak half kan.

Oh sebab masa investigate I tu dia ada tanya ada tak bagi cake ke telur ke apa. so I tanya lah apa kena mengena cake, telur and toddlers , takkan tak boleh bagi? Dia kata there's 3 things we should avoid;

1) half boiled egg- mostly ada kuman. Telur yang betul betul masak takpe
2) cake yang ada cream.(melainkan cream tu homemade) sebabnya cream kalau simpan overnight dah ada kuman. ish padahal I baru je berangan nak belikan red velvet cake. 
3) chicken rice- selalu bila chop ayam and still ada darah, bahaya untuk baby sebab kat situ banyak kuman

ohh okay tapi ralat I terlupa tanya macam mana dengan roti krim. haih nak pergi balik kang dia charge consultation pulak =.=

Lihin dapat ubat muntah, angin and demam. ( ubat demam dia boleh dikatakan every 3 month ada. tapi atok buang -.-)

Ocin amek chance timbang Maira. berat dia 7.5kg and she's going to 5 month . Lihin 13.5kg untuk 22 month. wow. Berat Maira untuk 7 month babies and Lihin for 3 years toddlers. ohh total bill= RM 79 . not bad for PAED kan?

Mak cakap tengahari Lihin bangun and ngigau

"Yahyah Nanny Momokkk"

dah sudah kenapa ada momok tu -,- lepas tu tidur balik. bangun petang yang badan tiba tiba panas and muntah tu

Update

I terjaga lepas Subuh. Lihin muntah. Mak cakap dia macam ngigau

" Yahyah duduk. Nanny ( buat tangan melambai)"

adoi risaulah dah kenapa dok nenekkkkk je ni , hurmm Ingat tak entry I pasal family day kat banglo P.D tu? ada kena mengena ke ? aiyoo

Ocin macam tak percaya sangat. Katanya "Abang penat tu". could be lah. penat pun boleh ngigau. Tapi entahlah sebab dia dok "Nanny" je I tak sedap hati. Plus, I sendiri pernah kena. I mean kalau orang tak pernah kena mungkin takkan percaya . I kena masa kecik sekali ( mandi kat Bukit Belachan) and masa high school sekali ( dating tepi kubur) dah apa jadah aku dating kat situ,. hahaha taklah. BF dan kawan kawan hantar I balik jalan kaki puku 2 am kot . shortcut lalu situ. terus demam . haih

I mintak mak abah bawak pergi Darussyifa' . I dengan Ocin still pergi kerja, bukanlah kami kejam. Tapi kalau dah urgent I akan blah jugak. tak kisahlah apa keadaan. my babies are my priorities.

hurmm.,

walaupun mungkin ramai kata demam biasa, but its okay. I dah bawak pergi Pakar, and I nak try ustaz pulak. well, no harm trying kan.  insya Allah

*Notakaki: I teringat masa peknen kan Lihin. masa tu 5,6 bulan kot. maklumlah tak kerja so lepak sampai 3,4 am. balik Ampang jap ( duduk Damansara) and Ocin ajak I lepak carpark kt bawah.jelas nampak dari tingkap umah I, selalunya petang petang orang main badminton and malam mat rempit melayu/india selalu lepak situ. tepi bukit and ada semak semak sikit. lepak kejap je ; sejam maybe. lepas tu tidur I mimpi ada nenek kebayan hulur tangan mintak something. Demi Allah macam jelas jari jemari nenek tua tu kat depan mata I. jari yang dah berkedut. ya Allah seram. masa tu I doa banyak banyak janganlah dia mintak kandungan I. sampai sekarang nak park kereta kat situ pun seram. 

Comments