Family Day 2017

Family Day CIMB di Teluk Kemang

Last Saturday I join family day office husband I. Haaa ni baru lah nama family day semua bawak family sayang. kalau semua bawak girlpreng/ bawak badan tu bukan family day ye . macam kat Penang dulu tu muahahaha

Ni actually first time kami bawak Cuddlepuff jauh jauh tanpa Atok and Nanny =.= Ya Rabbi, risau macam mana lah nak handle budak bertuah ni. Silap silap berhenti tepi jalan lepas tu nangis. Tapi Alhamdulillah semua okay. si Abang grumpy sikit lah sebab kena kejut around 7am kan. tapi nampak je laut fuhhh terus panjat sana sini.

 Banglo tu CIMB property tak silap I. Tak tanya pulak macam mana payment .And kami tak confirm lagi nak tidur. bawak je segala baju.

luasnya , macam dewan


Sampai je, wahhh kemain besar banglo. berangan jap kalau lah rumah I macam tu. Eh taknak ler nokk, rumah besau ni menyeramkan puloks.Pattern dia macam English Style zaman dulu kan? tengok bentuk rumah, pintu semua.

kat bilik ni lah. haih nasib takde penampakan =,= tu kalau kat bilik hotel dia buat macam tu terus Mommy checkout okay

Sampai je, Kami tinjau lah rumah tu. I dengan Ocin macam tengah kagum gila sebab bilik dia besau besau. Kalau lah kami dapat bilik, memang angkut mak abah Maira semua. satu bilik 3,4 katil weh, memang cukup lah. Ocin tengah baring baring I tengah nak snao gambo lah tetiba Lihin bersuara, "Nanny..". erk dah sudah, Nanny mana ko nampak ni Abang oi. I dengan Ocin suh dia diam , pastu terus keluar perg breakfast.

cantik nya kitchen cabinet dia. ada fride semua tau. takkan nak snap pic fridge kan hahaha


Balik dari breakfast dorang still siap siap lagi. I macam awkward lah =.= sebab macam I sorang je family yang pakai T-shirt CIMB  ceh . semangat sungguh. I join lah budak budak tengok kartun. Lepas tu yang kelakar, Lihin trying to be friendly la. Budak ni nama Firdaus rasanya. Dia dia je (maybe sleepy la. muka monyok) Lihin pulak sibuk nak berkawan daripada duduk kat lantai sampailah duduk atas kerusi. dia pegang pegang lah, tarik tangan, tarik ibu jari kaki. budak tu masam. ahaa I risau kalau lah budak tu melalak tak pepasal




makan mee goreng kosong, mee goreng lauk sambal sotong, teh o ais, teh tarik = RM 7.50



Intai pantai kejap. Subhanallah. cantik sangat. ada banana boat. erk cukup lah sekali I naik before kahwin. kenyang air laut. bersyukur hidup lagi =.= I teringin nak naik Donut Boat ke menda tu dengan speed boat. hahahah. taktahulah bila boleh dapat naik. I tak sanggup nak minum air laut lagi . sekarang boleh bagi alasan kat diri sendiri yang takde sapa jaga Lihin, sian dia

                                      

lintas sebatang jalan kecik, terus sampai laut

bawah tu ada family picknic. alaa terus rasa nak balik KL amek mak abah =.=

kemain tengo 'Uaa' ( laut) focus tau

Subhanallah cantik sangat


kekonon focus la tengok kartun

konon friendly lah. ahhaha sian adik ni

dok tarik tarik, picit picit. 

macam belek anak patung. teringat adik kot hahahahha


Dorang siapkan 3 pool untuk budak. sebab nanti ada game untuk staff so kira yang ni supaya bebudak tak kacau mak/bapak la. Start dengan game untuk budak iaitu kutip gula gula. alaa yang tabur gula gula and kids akan berebut sapa paling banyak dapat tu. Yang kelakar Ocin cerita Lihin jalan, cangkungm kutip sebijik and tunjuk "Yahyahhh". ahhaha tergelak I. anak I jujur , naif , sopan ,blablabla ada yang nak buat menantu tak ?


ni kalau buat wedding kat sini takyah sewa kemah dah kan


Lepas tu kids semua siap dengan swimming suit. Lihin macam biasalah dia tunjukkan sikap friendly dia, tapi masalahnya dia tu sangatlah err I cant find good word to describe him. dia tak lembut okay -,- cuma bebudak lain ganas kot. asyik kena tolak, kena kaki, air terpercik kat muka dah lemas rimas. ahhh he just like me. he is soooo me. Sebab bebudak lain maybe ramai siblings, dah biasa wrestling tak pun ramai cousin. Macam Lihin dia memang dengan kami je. Macam mana Nanny jaga I sampai I membesar dengan manja, macam tu lah dia. sebab tu kena tolak sikit dah mencebik *sigh*

suka pool ni. kalau lah rumah I ada space memang dah beli dah

bukti anak I anti social kekadang. hahahaha




I jauh 2 langkah dah nangis. lepas tu dia suka main kat luar pool , macam basikal lah. bukan dia naik, dia suka main roda, and yang ni dia dok gosok pool macam orang basuh kete. penat lah brader sorang tu tolong masukkan dia. still nak keluar. bila orang ramai himpit dia, dia takut. lepas tu orang tadah air bagi penuh, dia pergi keluarkan.  Ada main nak pegang tangan. Lepas tu ada boy tu dia pun nak jugak pegang tangan I. dah sudah ('', menjerit abah  dia, " haa kau jangan nak ngade ngade"

Dia dah macam tak selesa asyik tergaru garu je. I ajak dia naik umah. Bapaknya tengah main game tepung apa entah . dia tolong mandikan Lihin. Actually I pun macam tak selesa. uihhh baju kemain tebal,, rumah tu pun bahang even ada ekon. maybe angin laut kot yang bahang tu. taktahu lah. Lepas makan, Zohor berjemaah lepas tu I dengan Ocin jalan jalan pantai

Seriously cantik Teluk Kemang ni. sedih, I tak pernah sampai sini before. each time pergi PD kami pergi pantai lain. sebab sini selalu macam ramai =.=. lepas tu hotel pun jauh. kebanyakkan kat sini private bungalow macam CIMB, DBKL etc



conquer satu kerusi . anak bertuah

cantik tau siap ada wakaf kecik kecik untuk lepak, ada jalan untuk pijak pijak, ehh memang lah jalan untuk di pijak kan

see see. ocin kata kita feeling feeling Boracay , ohh yeke Bee, so kita takyah pergi lah ye? ish kedekut

I takthau apa motif. wakaf reflesologi? I terbayang baring

akhirnyaaa. nak air nak air. nasib Lihin tak pandai mintak bukan bukan

haiii kalaulahh tak panas. I dah berlari lari dah kat situ

takat PD pun i dah geram. kalau Boracay macam mana la. hahaha tak habis Boracay tau

I pulak terasa nak borong mcaam macam. Nasib dalam poket ada RM 15 je . 



On the way balik bilik Lihin dah lelap kat bahu Ocin. teruslah tidurkan dia dalam bilik. I pun tumpang tidur sekali. Dorang semua buat BBQ. dalam sejam jugak lah I tidur lepas tu Ocin suh I bangun. Legam laki I tau hahaha. I makan sikit je. Lihin pun ngamuk. bangun bangun, bagi susu pagi tadi lepas tu dia sambung tidur. 10 min je lepas tu I tengok jam dah dekat 5pm. ceh kena bangunkan jugak. Pukul berapa pulak nak main pantai nak balik lagi. I kalau boleh taknak la jalan malam. bahaya lah. dah lah malam minggu kan. 

Paksa jugak dia bangun. I pun bilas bilas badan. tapi tak rasa puas sebab gua mandi kena bawak anakkkkkkk =.= ceh betul lah quote kat Facebook ni dah ada anak memang takde privacy langsung. Lihin kemain suka tengok laut, tapi dia geli dengan pasir. hahahaha

I seboleh boleh suh Lihin pakai baju. gelap lah anak gua. Tapi apaknya nak dia jadi beach boy lettew

dia sangat kegelian okay

jauh sikit dah nangis. sebab dia takut nak melangkah

I love this pose. badan dia tu. 

Lihin: Yahyah you rasa gegirl tu lawa tak?
Yayah: err tak la lawa sangat. biasa je. Mommy lagi lawa *ehem*

see, he's so happy . and of course we are happy too

seronok tau dua beranak ni berendam. I tengah 'red flag' ni kalau tak I nak kecebur jua. and pegi mana pun muka I mesti takde dalam gambo. hahaha takpelah , kenala I selfie jugak.

Dalam 6++ macam tu kami angkat kaki. siap bilas badan and kemas nak gerak. punya lah kelam kabut sebab tengok langit dah gelap. tak suka lah jalan kat highway kalau hujan lebat. Alhamdulillah Isya' macam tu sampai rumah. all the way PD-Ampang memang hujan non stop. tapi KL tak heavy sangat, siap boleh lalu smart lagi

kan seronok dapat weekend getaway macam ni every weekend. ehemm. 

*notakaki: kelam kabut punya pasal, tertinggal baldi mak =.= mampuss. tapi sampai sekarang mak belum tanya lagi. hahaha dah la baldi yang tebal and of course mahal sikit dari yang biasa. tanya kawan kawan yang tidur sana dorang kata dorang tinggalkan je sebab taktahu sapa punya and bonet semua penuh. ohh ya baju mandi Lihin yang Tok belikan pun entah kemana. I sangkut kat penyidai lepas tu tengok dah takde . 



Comments