Family Day 2017

Event Drypers @ Sunway Pyramid ( M.O.M - Mom of Malaysia)

Hari tu I ada register kat Drypers Club untuk event apa entah. saja je letak nama. sekali terpilih la pulak. i memang plan nak datang weekend. Mana lah tahu dapat diaper murah. sekali dia call kata ni ekslusif event - 23rd April. halamak dah lah kames. Tapi kebetulan tarikh tu jugak my mom memang suh amek cuti pun sebab dia nak pergi checkup . Takut my dad tak boleh handle both. kan dorang tengah tak sihat.. dok crancky je. so I macam , ahhh cuti je la.

I pun lupa consider as EL/AL. ahh lantakla . I dah lah jarang cuti. grrr

So pagi tu mak pergi klinik. I kekonon suri rumah berjaya lah. siapkan lunchbox laki, lepas tu masak mee goreng as breakfast. kemain sombong tak bagi Abah beli kata bawah. sudahnya hurmmm

kosong.kosong

I letak semua; sos tiram, kicap manis, lada putih, blackpeppper, oregano serbuk. pastu paling tak kelakar, I tertumpah segenggam Oregano kot. erkk -,- Abah dengan terus terang cakap "Tak sedap". pastu mak cakap " Jangan bagi Lihin makan. takut dia sakit perut". pffft fine mak FINE!!!!!

tengah hari kami gerak ke Sunway. event 2pm kot. ala Sunway dekat je kan. sekali, hazab ko carik parking! macam apa je . Ingatkan office hour tak seteruk tu. ke memang semua pekerja retail bawak keereta =.= I rasa parking murah. hurmmm. I rasa nak jockey je.even nampak penuh jugak tapi lantaklah kau nak sumbat kete kat mana janji dapat parking. Tapi lepas keluar park tu susah pulak nak masuk jockey. kena pusing balik dan semestinya JAMMED. so Abah parking area shop lot , mamak tu and kita menapak laa.

Berpusing I carik tempat tu. ohh orang tu pun dah tahu I  mencari event Drypers. Nampak muka mak mak sangat dah ni hahahha. Sampai je belum start lagi. La Malaysia tak punctual.
dapat 2 popcorn and 2 gula kapas. habis melekat lekat kat rambut gua. Lihin taknak

orang eksaited nak belon, dia eksaited nak tolak kusi . hadoi

geram tegok kaler balloon dia

yummy yummy

utk game ni kena 3 years + and berat tak lebih 25kg. alaaa tipu umur takleh ka ? ahhahaa

kemain clown ni datang sebelah Nanny . dok panggil Lihin nak buat magic. Lihin takut. cis

I rasa I makan gula kapas tak kecik kecik pun. ceh. last last bungkus and buang

kesian Nanny. Mommy focus

Ini orang Drypers. sapa entah nama dia. 

Lihin dok ngintai . Chinese family depan ni baik. agaknya dia macam I la , laki susah cuti, takleh drive sendiri, dia bawak makpak dia sekali masuk event. rugi I tak register for Abh and Maira. Ingat takleh bawak reramai. ahahahah . rupanya ramai bawak baby siap stroller bagai

Ni pun orang Drypers. I tak ingat lah nama. Takleh focus sangat

Ni maa celebrities nak pergi merasmikan event ni

Ni la atok Chinese family tu

malasnya nak bangun

Elaine cerita experience dan expectation dia

kemain vogue tau. I masa peknen Lihin, Ya Rabbi =.= tak macam manusia. Masa Maira boleh tahan la, kata pun gegirl kan, Plus, kan I kerja. takkan nak pakai baju kelawar g office kan

dia interview celebrities , both dah ada dua anak. Aishah Sinclair and Dr Jazmine. (wife Harith) macam mana entah eja nama dia

I rasa Elaine tak patut tau duduk macam tu. sebab dorang atas stage, menghadap audience. pihak penganjur pun tak sediakan bantal ke apa ke . haiyooo =.=


Ni bukan event yang grand nak mati nak kena anak behave bagai. I rasa during talk / interview by Elaine ramai dah blah. anak cranky kan. dorang cakap macam macam nak jadi supermom la , Elaine tanya kat both them macam mana dia manage jaga dua anak and jaga diri semua. 

Hurm pada I dorang memang cantik pun. Plus ada duit semua jadi kan. Pastu Elaine tanya jugak dari pandangan doktor perlu ke nak jaga confinement semua ni. Wife Harith cakap apa orang tua pesan / suruh minum or makan ikut je selagi tidak memudaratkan kita. see. see

And yeah, katanya Harith yang buat all dirty job masa anak dia kecik. hahaha see wahai suami ku, bukanlah kau sorang yang tukarkan pampers anak. jangan lah merungut

Lepas tu dia suh pergi Hi-Tea. hahaha kemain macam memaksa. I dah kata nanti dia suh jugak. agaknya nak buat press conference kot. tetiba Abah and Maira ada sekali. I suh la Abah tunggu jap Pastu orang Drypers kata semua boleh join, OKAYYYYY


sedap. sumpah sedap
weh kek dia sedappppp. nak datang lagiiiiii

banyak makanan sedap, tapi Lihin cranky tak habis. sebab nap time kan =.= grrr geram. Mommy is lapar tau
                                         
sebelum dia mengamuk hahaha Alhamdullillah kenyang jugak

                                     

Pastu kami pegi Diaper Room. Ya Allah sumpah lawa. lawa sangat. I dah masuk Curve/KLCC/Cineleisure/IKEA/Jusco and I still rasa this is the best, dont know why. hahahahah sini ramai college student masuk je amek air panas.

Ohh ye dia ada sediakan hot/cold water. senang tau. Sebab flask tertinggal dalam kereta so sepanjang I kat event Maira dah penat melalak. ajajajaj sian dia. bad Mommy.  dia berak pulak. habis seluar kena. tak bawak spare pulak. siap buat susu. persiapkan Abang pulak. Tapi sesungguhnya kami tak larat nak angkat Abang ke diaper changing table tu . so tukar pampers sambil berdiri je lah. lap lap sikit pakai wet tissue. nasib jugak dia tak berak hahahaha


don n donts

sibuk nak main air

tukar pampers sambil berdiri. macam iklan -___- hahahha

tu bilik menyusu. siap ada pintu. okay lah kan sebab kekadang suami akan tolong tukar pampers,

air panas siap dengan safety feature. Lihin dah sampai kat muncung dia, nasib lah untuk hot water kena press button atas tu

sian adik takde seluar

tunjuk sana sini

orang suh posing, dia cangkung, sapa lah ajar. Btw masa ni ada sorang bangla amek gambar dia sekali. hurmm terus terang I tak suka. macam mana lah nak explain. 

dapat bunga ni kalau post pic dengan hashtag ke apa tak ingat . Tapi mak dapat for free . hiks 

wah banyak jugak. paling suka towel tu. bath robe la kononnya .entah bila nak pegi pool lagi
                                   
macam Kluang Man dah anak Mommy ni hahahahah




  Thanks for the opportunities Drypers Malaysia. Buat lah selalu. Lagi lagi tang makan tu. sonok hahahaha                                                            

Comments