Pengalaman Bersalin Czer: Part 2

Assalamualaikum W.B.T

born born born
Part 1 <- bagi yang missed ( or lupa part 1, sila click link disebelah)

Part 3 <- next part

Part two ni kira Day 2 lah ye . huahuau (tiada gambar ye )

28hb November
Tidur kan memang tak berapa lena. so dalam kul 5.30 macam tu dah terjaga. Call Abah bagitahu nak czer pagi ni, mintak dia ampunkan , doakan. haish sebak lagi. masa pregnantkan Lihin memang 'panas' betul dengan Abah. maksudnya ada je benda yang tak kena. Istighfar . haih

before 7am nurse suh siap siap. katanya 1st slot dah bersiap nak kena panggil dah. erk -,- biar betul. before mandi call mak, Ocin tidur lagi. Okay tapi memang dah paksa dia 9am kena ada kat spital. sebab czer tu proses dia cepat. lepas tu dah boleh keluar

Kan masa beranak Lihin, I kena jahit kat OT. keluar tu dorang dok panggil waris. 2,3 kali, tapi laki iolls takde. laki orang lain ramai lah nunggu bini. sebak uolls time tu. so I requestlah I nak dia ada. nak buat drama sikit nangis nangis macam dalam drama Filipino tu. oi tolonglah sebak.

Lepas mandi I terus pakai baju OT. I ada bawak Mathurat, so baca apa yang dapat lah. tetiba dia kata dah nak kena panggil.erk. masa tu baru 8am kot. zzz. I dah tergamam. woi I nak dengar suara Ocin dulu. tapi takkan nak cakap cenggitu kat nurse, kena pang kang.haih

I call few times tak angkat. dalam hati memang dah geram. haih sabra. dahla nak berjuang, takkan nak marah marah suami pulak. I msg dia kelam kabut. tak ingat ayatnya dah-,- lebih kurang la 

" Bee, I nak kena pergi OT dah. doakan I selamat ampunkan dosa dosa I, halalkan makan minum dengan handbag and purse baru I. sayang you blablablablablablalaaa. I nak besarkan adik dengan you blablablabla"

sempat tau cakap pasal purse dengan handbag ahhahaha . and and yang blablabla tu tak ingat dah . tapi panjang woahh msg gua.

and the journey to OT beginnnnn

dalam perjalanan tu sempat lagi dengar dorang bebel

Nurse 1: eii lajunya . yang 1st slot dah settle ke ni?
Nurse 2: rasanya dah nak habis dah tu yang dia panggil yang kedua.
Nurse 1: Doc mana buat ni ?
Nurse 2: Dr Siva kot. dia yang incharge hari ni
Nurse 1: oh patutlah. dia memang buat nak cepat je. kita ni ha yang penat pergi balik nak amek nganto

I dengar perkataan '...nak cepat je..' I macam risau. biar betul. selalu orang yang buat nak cepat je ni kerja dia tak bagus . hwuaaa janganlah buat cincai. ni melibatkan kehidupan ku di hari hari seterusnya T_T

sampai satu tempat dorang tinggalkan I. dalam hati sempat lagi; ohh besar nya spital ni. dia macam pusing mana mana entah tetiba sampai. yelah dorang ikut laluan khas la kan. lepas tu ada few ppl datang kat I and Tanya Tanya. ceh few ppl kau. yela I tak tahu nak cakap doc bius ke bedah ke nurse ke. dorang macam sama je. dah la pakai mask =.=

pastu dorang tolak I and masuk kat satu pintu ( situ ada banyak pintu) and tinggalkan gua depan pintu. cis. pastu ada orang nak masuk and terkejut. I sebenarnya taktahu apa motif I asyik kena tinggal. huwaaa .

lepas tu datang lah dua gegirl ni. nurse ke doc ke taktahu. nak panggil apa pun taktahu. sorang tu prac kot. lepas tu dia suh la yang prac ni CUBA masukkan Urine Tube . I kalau bab bab mencuba I seram uolls. yelah pahamlah yang kalau takde 1st time macam mana dia nak belajo kan tapi entah la, mungkin kalau I tak dengar conversation tu I akan lebih lega kot. and yang senior tu Tanya

Senior: ni first time ke?
Prac   : haah
Senior: Ohh masa xxx ( gua tak ingat dia sebut apa) tak pernah buat?
Prac    : tak pernah. ni 1st time.

Hish lagi la kecut. huwaa macam mana ni. I terasa macam sakit. lepas tu dia tenangkan I katanya kalau I bergerak gerak lagi susah. haih I memang cuba kawal diri I. kang budak tu menggelabah ke lagi sia sia I jugak yang bertambah sakit. dok menahan je. bila dah masuk, okay lega.

pastu I disorong lah kat meja siang ikan. erk

dah siap angkat I semua , bukak baju cucuk bius blablabla Dr Siva Nampak parut jatuh moto tu. actually Dr lain dah tegur dah lepas pasang UT tadi semua kata sian nya sian nyaa. =.= pastu tau Doc tu cakap apa?


"ohh so you rempit and jatuh  is it?"

Cis motor je rempit. muka rempitkah aku ini. tak suka tau.hurmm

Dr Siva dok renung je lengan. Iolls seram jugak apahal la doc ni, lepas tu dia suh apply cream Vitamin E. katanya baik untuk hilangkan scar. okay doc , I will.

sejukk. memang sejuk. I dah pernah masuk kan before this untuk jahit 3rd tear dulu tapi sekarang ni I sangat sedar. Dulu mamai. overdose Morphin. eh sesuka je. yeke yang sedut sedut tu jenis Morfin -,.- hahaha entah dengar orang cakap je. entah entah gua kena kelentong.

okay sambung

lepas cucuk tu, dia akan tanya "can you feel your leg?" . time tu start kebas tapi wait , I still boleh rasa. Maksudnya bius belum jalan. Automatik i teringat experience sorang akak ni share dalam magazine; dia dah cakap dengan doc sakit tapi doc still 'siang' dia jugak. menjerit jerit dia. I apa lagi kelam kabut lah, " wait, I still can feel my leg. tak rasa bius pun". hahaha gelabah betul. doc cuma kata okay okay and teruskan kerja. I bengang jugak nasib baik betul betul tak rasa. huwaa

Jumlah orang? alamak I tak sure lah. gedebak gedebuk lepas tu ada Chinese doc tu tanya "are you okay? you takut ke? relax okay". hahaha actually I boleh dengar heartbeat I laju gila debak debuk. yelah masa mamai dulu pun I rasa takut inikan sedar; 10x ganda ler derrr.

yang buat kerja dua orang. 1 doc Cina lelaki. another one doc perempuan Melayu. Dr Salliha.I suka tau dapat Doc pompuan Melayu sebab kebanyakkan akan baca Bismillah sebelum rodok/jolok dan sebagainya. Tak suka lah main terjah je :( kalau dapat non-malay nak buat macam mana. lepas tu specialist yang Doc Siva tu main pusing pusing je. la bukan dia buat rupanya. pastu kan orang cakap kat belah atas ada cermin kita boleh nampak proses keluar baby. I takutt tapi jeling jeling jugak kat atas tu, sekali laaa tu bukan cermin. dia macam aluminium foil. =.=  tak nampak apa pun. and memula kan langsir I tinggi gila sampai tertutup hidung gua . pastu Dr Cina perempuan tu betulkan. eh tensen la aku taktahu nama ni =.=

I terasa perut I digoyang goyang. automatic teringat kisah kisah yang I baca kat blog. dorang pun cakap rasa goyang dan gegar. Lepas tu rasa macam kena himpit =.= Actually Dr Salliha tekan perut I( bawah dada) Ko bayangkan la dik non oi kena tekan macam tu sakit sangat, takleh nafas, lemas terbenam semua ada. I dah bajet tak habis lagi proses menekan ni aku jerit je. hahahah pastu okay. lama tak lama lah, 20-30seconds. hoi.

dengar bunyik baby nangis. tapi I macam blur lagi. and Dr Salliha tanya ,"nak tengok?". eh ofkos la. cepat cepat angguk. dia angkat tapi dia lupa kot gua terhalang dengan langsir. nampak tangan je terkapai kapai. hahahah.

pastu entah apa jadi entah ada sorang staff bawak baby. dah siap balut and dia bagi untuk I kiss. rasa terharu sedih bagai. dulu masa Lihin I tak kiss, err goli den ingatkan lendir apa . jajajajaja bad mommy ever. lepas tu dia letakkan baby atas dada and tonyohkan nipple kat baby. tapi main tonyoh je , masuk lubang hidung anak gua. aahahah. I tengok je baby dengan penuh kesayuan. Then dia kata,
"okay puan nanti sambung menyusu kat ward ye, Doc pun dah nak siap". eh cepatnya.

okay bai baby . kita sambung part 3 nanti

*notakaki: omg keji tau anak dah niarap baru part 2 . actually part 2 ni dah draft lama dah hahahahha

Comments