Family Day 2017

Pengalaman Bersalin Czer: Part 3

Hi semua

okay before Maira genap 6 bulan better I siapkan semua entry -,- fuhhh

Boleh refer Part 1 & Part 2 ye



"okay puan nanti sambung menyusu kat ward ye, Doc pun dah nak siap". eh cepatnya.

Lepas je macam tu I macam blur. I sempat jeling jam. Oh sangat cepat. sangat okay macam tak sampai sejam je -,- erk biar betul. bedah cepat, keluarkan cepat, jahit pun cepat. I bersyukur sangat sangat dah selesai semuanya.

I disorong ke satu bilik. masa nak pergi tadi pun ada. Ni kat level operation la ni. masa beranak normal tapi kena jahit kat OT pun I ada 'bersinggah di sini. Dorang akan panggil waris rasanya ,and macam tahun lepas , LAKI AKU TAKDEEE

weh emo tau. haih . dia panggil "waris Cici .." hahaha panggil nama penuh la. tapi memang takde. hurm. sedih, sempat lagi tau nak sedih.dia tolak I ke 1 wad - Recovery Room. kira sini memang persinggahan lepas keluar oepration room. sebab nya nak monitor kita betul betul awake. Terinat balik 17 bulan lepas, beranak kan Lihin. I betul betul nyawa nyawa ikan kat sini. betul betul bertarung nyawa. Memang memamaikan. This time Alhamdulillah better. Kat sini memang takde visitor boleh masuk. rasa macam sejam kat sana . entahlah. I ada jugak nampak staff dukung baby ( bukan newborn, toddlers maybe) ke sana kesini. macam tengah calm kan budak tu. tetiba teringat Maira . Allah sedihnya. but im very sure dia tengah bahagia di mandikan

Ditolak masuk ke wad. I rasa dia masukkan wad lain-of course yang lepas beranak punya. gelabah jap I, eh barang I macam mana 0.0 , dia letak kat Wad biasa. Kelas 3 lah tu. hurmmm pastu I nampak yang operation dengan I. semua okay je siap baca magazine. Okay I pun diamlah. Pastu ada nurse sorong baby. Ya Allah rasa nak gomol. tapi takleh gerak lagi. Nurse tu cakap," saya dah sorong baby ni kedepan , tapi bapaknya takde. jadi bapak dia belum tengok lah ye"

I macam geram je. Mana laki aku!!! ada jugak orang baru lepas beranak tak kisahlah normal ke czer ke laki dia menonong datang hantar baju. bukan nak ngade ngade I nak suh dia Qamatkan and amek barang barang I. hurmm

Nasib ada 2 practical student ni macam peramah. dia senyum senyum. dah alang alang tu I mintak tolong nak pinjam phone dia. I mintak msg je ala which ever murah. takkan I nak gayut.Tapi dia kata "takpe kak , call je lah". Ocin kat bawah masa tu. 





Dia sampai and tengok baby. kemain eksaited. Lepas dah Qamatkan , 2,3 nurse datang tolong I BF baby. ya Allah, the feeling. the awesome feeling.

Ocin amek barang and datang balik dengan Ibu ( my MIL) Ibu tolong siapkan Maira sebab dia berak .Time tu I tak fokus nak borak dengan Ibu sebab rasa sakit mula datang. come on, it just 11.45am i think. takkan dah sakit . grrr.


her first Boyfriend. Mommy's last love. ecececehhh


I sempat jeling jeling akak lagi sorang (sama czer) , okay je dia potong buah sendiri, erk, I diam kan dulu. Siap pesan Ocin bawak mak datang. macam macam lah I pesan. Time tu perut I pun dah masuk angin dah. I nak makan. Actually dorang suh start dengan plain porridge ke tapi I minum seteguk je


masa tu sakit makin teruk . Ya Allah tak terkata . berdenyut denyut.  Ocin tolong tukarkan pad sebab lencun dah. hurm tapi perasaan sakit dia macam contraction kot. before 2pm habis visiting hours Ocin balik. dia janji bawak mak. before balik dia pesan dia suh I kuat. sedih pulak time tu. huwaaaaa T_T tapi sakit ya Allah -,- macam mana ni?



DOCTOR PONDAN

Dalam pada menahan sakit bergenang air mata syahdu tu doc buat round round. ala apa kenama entah round check ke ? Tapi ni I tak rasa pakar, sebab pakar selalu awal pagi kan? ni doktor pondan namanya . sebab dia memang macam pondan

cara dia cakap , kasar kemain macam cakap dengan orang tak pelajaran . I selalu baca orang cerita doctor berkasar dengan orang wad kelas 3 tapi I tak percaya and I tak salahkan wad. I salahkan doctor tu sebab dia bangsat . dia bangsa takde belajar sivik. takat amek ilmu doctor


Doc: Anak pertama umur berapa ?
Me: nak masuk setahun 6 bulan
Doc: aih cepatnya. awak tak amek perancang ke apa?
Me: urmm tak ( I menahan sakit)
Doc: breastfeed anak?
Me: tak doc, dah putus since he 's 5 month macam tu kot
Doc: kenapa ?
Me: susu takde
Doc: mana boleh susu takde. susu hanya akan berhenti apabila awak berhenti bagi susu
Me: ooo ( babi aku tahan sakit, bergenang air mata. agaknya dia ingat I sedih sebab kena marah ke)
Doc: You kerja tak?
Me; kerja ( actually I thought dia tanya sekarang. kan masa beranak Lihin I tak kerja, benti terus)
Doc: pam susu tak kat opis?
Me; pam ( sumpah I malas layan. sakit tak terhingga mencucuk)
Doc: bagi dia minum? ( mestilah bagi bodoh. kan ke pam untuk bagi -,-)
me: bagi
Doc: bagi pakai apa ?
Me: err bottle ( I dok fikir, apa lagi nak pakai?)
Doc: patutlah dia taknak menyusu badan.(start buat muka and tinggi suara) awak kena bagi pakai sudu. kalau pakai botol dia akan stop susu badan. dia nak botol je.
Me: oh
Doc: so lepas ni saya nak awak susukan dia sampai umur 2 tahun. takde alasan. kalau awak mengandung lagi lepas ni, saya akan marah awak. kalau tahun depan saya tengok muka awak lagi kat sini, saya akan ambil masa setengah jam untuk marah awak.
Me: oh. k 

I sakit campur geram campur nyampah campur sedih. kenapa bodoh sangat doctor. Im using branded bottle for my baby tau. kan tu macam boobs-look-alike. plus boleh guna otak tak, Im working. sapa nak layan nak suapkan susu pakai sudu? ramai je working mom semua pakai botol

mungkin itu fakta,. tapi dia takde hak nak marah I macam tu. babi. nurse sebelah dia senyum je.senyum kesian ke apa ke taktahulah. tapi doc tu memang babi. aku sumpah kau tak kahwin doc. bodoh

I dont have problem with government hospital, tapi benda macam ni dah melampau T_T dia ingat i budak tepi jalan ? nak main cakap macam tu? course medic ni ada amek public relation / communicaton, belajar how to communicate semua.  I bukan pembunuh nak cakap kasar kasar. tau emosi orang tak. bangang lah. 

I lupa nama doc tu. Aidil ke? yang I ingat dia pendek . dia bangang. ahh dia lembut . lenggok dia bercakap macam pondan. ahh I ada kawan pondan. tapi 100% better. mulut pondan kita dah tahu macam mana. ni mulut apa pulak entah. puaka? jahanam? the only bad n( worst) experience with hospital Ampang so far

I request painkiller. dorang kata takleh bagi sebab awal lagi . sepatutnya 8 jam lepas czer. takut I overdose. ya Rabbi i betul betul sakit. sesiapa je lalu I mintak. kebanyakkan ayat dia 

"alamak puan , saya department lain. nanti saya bagitahu dengan orang incharge ye"

ada jugak dengar sokseksoksek dia nak painkiller-eh mana boleh dia baru je operation-sokseksoksek
tapi nobody comes to me . hurmmm -,- 

Takpelah I bukan anak raja kan. so i mendiamkan diri. sampai lah around 5pm ( seriously guys I tak ingat mana family i masa tu , belum datang maybe) ada sorang nurse datang pam darah ke apa bed sebelah . dia tegur I

"ya Allah dek, apesal serabai sangat ni"

my life saver of the day . Ya Allah, bagi lah akak ni naik pangkat cepat. 
of course lah ., I berdiam tahan sakit for few hours. I senyum kelat and jawab,"sakit kak"
Yelah I tak tipu . memang sakit what. lepas tu I nampak dia pegi ke nurse desk ( tempat nurse ramai ramai tu lah apa entah namanya) and cakap "katil no XX tu bagila painkiller, kesian budak tu dah macam apa entah" . dalam hati aku memang bersyukur sangat sangat . pastu ada dengar kawan dia cakap jangan blablablabl. adoi . I dah taknak amek tahu dah . pffftttt

Tetiba ada akak ni datang . painkiller dia masuk bontot kau. adoi tak kisah macam mana rupanya janji pain killer. lepas dia bagi tu... I rasa...

SAKIT LAGI-WHY-WHY-WHY

okay kesan dia slow. very slow. memula macam takde apa berubah. slowly dia macam kuranglah or maybe tu mindset I je ke ? ahh tak kisah lah janji I macam normal lah sikit hahahhaa
Pastu 2 nurses datang untuk bukak Urine Tube. Actually tak silap I procedure dia ialah bukak dulu baru pain killer. so bila dengar I dah dapat pain killer dia macam terkejut and marah sapa yang bukak tu. ahh lantak ko ler. lepas bukak, tukar kan baju. Alhamdulillah dia tegakkan katil  selesa la sikit. semua benda dia ajar kena pegang perut sebab taknak bagi tekanan kan. Im abit slow and akak tu macam tak leh sabar tapi okaylah dia baik. I keep saying sorry kak, sakit ... mintak simpati oi. 

I sempat tanya I memang kena push ke ? dia kata tak payah jangan paksa, buat setakat termampu je . tapi takde masalah untuk I bergerak dah . I tanya takkan terbukak ke? dia gelak. Dia suh I banyak jalan untuk pengaliran darah

Mak datang. yeayyy i taktahu pukul berapa. Actually I nampak kelibat budak pendek jalan terkedek kedek. topi pantai. yeahh LIHINN as usual dia macam takde perasaan terhadap I .Tapi takpe I love you very strong lah sayang ku, 

Mak helped me alot. sementara mak ada ni memang I nak dia pimpin I ke toilet. ohh please lah of course I need some on to pimpin. I jalan slow sangat sambil pegang perut. sangat sangat slow. nak duduk kat jamban rasa sangat payah, ahhh sakit. kencing macam biasa lah lepas bukak urine memang pedih sikit tapi its normal. Ocin beli instant bubur for me. and kene turun naik beli jajan Lihin jugak. haih budak ni. lasak betul.

Malam. ye malam. malam di spital sunyi bosan , ahh typical. malam di wad bersalin meriah. sorang baby nangis sorang lagi sambut, maybe dorang bertegur sapa dalam bahasa depa yang diekperisi kan dengan tangisan, who knows kan

Tapi entah kenapa tangan I sakit. bahu belah kiri. sakit nak mati. sakit gila. makin malam makin sakit. I try off kipas jugak. dah lah susah nak bergerak. hurm. Maira nangis, bahu sakit , czer sakit. semua jenis sakit berdenyut. semua jenis macam satu denyutan buat mata I terjegil. eh hiperbola benau gambaran I . tapi memang betul. 

I google kenapa ? tapi takde jawapan. tak tergambar weh denyutannya . I cakap sakit orang tak pedulik. I sedih. y e i tau dorang nak avoid orang mengade ngade tapi sumpah memang sakit. sakit semua . betapa tekanan nya I . hurm

sampai masa tu dah 4am macam tu . I betul betul tak tahan. ngadu kat sorang nurse tu. dia baringkan I dengan selesa. dia letak Maira di sisi I. bagi I painkiller and nak isikan air tapi tumblr I bersemut so dia pergi basuhkan. Ya Allah baiknyaaaaaaa 
I nak gambarkan dia macam ni, cantik, baik. tolonglah naik kan gaji dia. naik pangkat . naik bonus . segalanya


dia bagi I rasa selesa semua and dia blah. Alhamdulillah I lelap lah sekejap. terjaga sebab Maira nangis kot =.=

Lepas tu aktiviti pagi macam biasa lah dah breakfast dihantar. baju dihantar . tukar cadar. mandi? huwaaa i tak pernah mandi kat spital -,- okay abaikan . lepas tu Doc buat round check....... okay bersambung. serious dah lenguh.







Comments

  1. Assalamualaikum, lepas baca entri ni, betul2 nak komen. Hehe Em, serius sakit amat ke kalau c-zer. Kesian saya baca pengalaman awak.huhu Part yang sakit sampai tak tertukar pada semua tu, saya faham. Dulu saya bersalin normal, tapi buasir teruk. Sampai nak nangis. Duduk kat wad NICU yg katil dia, ya rabbi, katil lipat (katil persinggahan untuk mangsa bazir gitu, I guess) dan katil tu rendah. So, saya tak dapat jalan dengan betul sebab sakit buasir yg amat. Nak nangis pun ada sebab 2 malam kena bertahan kat dalam wad NICU. Bila teringat balik, masih trauma even anak da setahun setengah. Suka baca pengalaman bersalin awak. Hehe Kenapa Part 2 tak dapat buka?

    ReplyDelete

Post a Comment