Family Day 2017

tentang baby dan mak yang langsung tak suka budak kecik

Hi.

shhhh....
                                   

Lately ni macam macam pasal baby keluar kat news kan. Rasa buang buang tu dah biasa sangat. Tapi yang I tak boleh hadam tu bab kena kerat. hoi. aku nak kerat ayam pun takut, nak potong ikan; uwekkk. pastu nak potong sayur kena fikir 10x ( tu nama kau pemalas Cici) inikan pulak potong manusia. haduiiii

macam rambutan -,- macam Maira hahahaha
                                             

yang pasal video I guess tu old thing, I boleh ter-click pulak. macam shit my day betul. berair mata I . Maira, kalau tengkuk dia tersenget sikit masa tidur kat bahu or maybe masa letak dia kepala jatuh(atas tilam) dulu I dah rasa macam "woii anak aku, patah weh tengkuk dia, kang terseliuh blablabla". Yang budak tu boleh buat macam roti canai =.= ....hadui . memandangkan baby tu dah selamat di bawah jagaan orang yang waras, Alhamdulillah. semoga dia membesar dengan penuh kasih sayang tak kisahlah sapa pun jaga. tak semestinya makpak je yang boleh bagi kasih sayang, ye tak? tapi tapi I cakap jangan marah ye, kalau I nak blame lelaki boleh tak? sebab kenapa dia jadi macam tu? kenapa dia stress? mesti lah sebab laki dia,kan? ke ada yang tak setuju dengan I?

awwww handsome boy


 Come on, they are innocent. Meh ha I nak mumbling kat sini. I tak pernah terfikir nak ada anak tau. I am the only child in my family. I tak biasa dengan babies, kids etc,.. memang I am all alone la. even pergi rumah relative pun , I takkan main main dengan anak kazen I ke apa ke memang takde. kalau visit sesiapa beranak; nak pegang? jangan harap.

My closed friend semua tahu yang I tak suka babies. once after class, we went to Ikea for meatballs of course, lepas tu ada lah 1 Chinese lady, bawak babies I think below 6 month kot. duduk dalam stroller and mak nye pulak dok borak dengan kawan. anak dok uweek uweek. I macam bengang la, How come you can happily chatting and gossiping (i dont know if it is business talk)tapi your baby tengah uweek bagai? I tak senang langsung nak makan. then after that, my friends talk about how cute the baby is with her scarf but quite funny sebab ada wig dah la baby botak. then my friend said they can see my face berubah macam benci sangat dengan budak. macam "ishh kenapa lah ada budak bising kat sini"



macam ni lah babysitter yang betul. ni sorang kena jaga 3,4 budak -,-


Tapi what can I say is, I seorang yang bertanggungjawab. why? because I pernah tinggal satu tempat for few month yang menyebabkan kami kena bergilir gilir jaga babies. (babies belong to few kakak di situ lah) orang yang mengaku suka baby semua terlelap why budak semua crawling all over the house. for me its a no no thing. what if budak tu tarik wire kettle ke, termasuk dalam bilik air and its slippery ke. what if? so I memang takkan tidur while jaga budak. each of us kena jaga 2,3 baby. I rasa macam I jaga satu rumah. I proud of myself. I am a responsible person. sebab tu I tak heran bila orang dok cakap they love babies blablabla . its not about how big you talk,. its about how you show it.

okay back to the main topic, I tak pernah terfikir akan ada anak. well, I selalu cakap nak kahwin awal. zaman sekolah dah cakap nak kahwin apatah lagi lepas I jumpa Ocin which I've decided he is the one ( nak muntah jejauh pls , jangan muntah depan PC). I memang berangan nak pakai wedding gown since kecik kecik lagi. period pun belum dah nak pakai baju pengantin. teringin sangat . nak sangat. TAPI I tak pernah terfikir akan ada anak. dah lah tengok meneran tu susah. lepas tu nak jaga . and come on, I kena bawak someone dalam tummy for few month? I kena share my foods, my love semua nak share? erk =.= tak mau lah.

Tapi bila talk about future , konon plan nak kahwin. nak  namakan anak , sapa nak jaga anak. I macam ada lah fikir ohh kahwin takde anak nanti orang cakap apa pulak. dah normal kenalah ada anak. okay I fikir I akan ada anak after 5-10 years kahwin. but I need to ask someone to jaga, I mean I akan beranak and I akan suruh orang tu jaga until certain age and I akan amek. or maybe kalau I ada rumah besar, I akan panggil nanny untuk tinggal together ( of course she have to be25 years older than us nanti dia ngorat Ocin kahkahkah) but for sure I akan dapat baby girl and I akan dress up dia macam Barbie, I akan blablabla and nama dia please lah mestilah nama mat saleh sikit lepas tu nanti dia kena masuk dance class dia blablablabla. I nak sorang je anak, nak bagitahu orang I can beranak. ramai ramai buat apa kan/ nanti pergi mana mana kena berderet deret. Lepas tu fikir balik, okay I nak dua lah sebab dulu I sangat teringin nak abang,konon ada someone protect kat sekolah. Okay kita ada dua anak. first after 5 years kahwin,. second after 10 years . tu je kot lama betul aku hidup. konfiden sangat

young pregnant lady


end up? lepas habis class, kahwin, pregnant, konvo =.= and and and beranak. sapa sangka Cici ada anak? semua terrkejut sebab tau I memang tak suka budak. pastu after 8 month ada pulak no 2 =,= okay laju. eh tapi sonok sebenarnya beranak. seronok jadi orang pregnant . layanan special. ahahahha

I garang. I tak menyabo. I memang marah anak I. Lihin lah yang jadi mangsa sebab masa tu I memang meroyan. haih . kesian dia. I betul betul rasa bersalah. masih teringat mata dia terkebil kebil. manalah dia faham.I penat? dia tahu ke penat tu apa? dia tahu ke bila matahari terbit bila matahari tenggelam? dia tahu ke pukul berapa waktu dia menangis? dia tahu ke sakit tulang BF dia macam mana. tak. dia taktahu. yang dia tahu dakapan seorang ibu (halamak. mak mak sangat entry ni). Jadi sebagai seorang manusia yang ada otak dan boleh berfikir, yang mengaku insan bercinta dan pencinta sepatutnya kita kena ada sifat kasih sayang kat makhluk kecil ni

sobs , masa type entry ni teringat anak anak kat rumah. si Lihin dah pandai salam tangan Mommy Ayah tanpa disuruh. sedih bila waktu kita balik je dia dah ready dengan topi dia and cakap,"tomm tomm" (jom jom) . dia suka jalan. Tapi apa nak buat, ada problem sikit lately ni , takleh lah jalan bersuka ria macam dulu dulu. alaa dugaan kan. hurm.

Maira dah meniarap, dah pandai angkat badan macam nak merangkak je. Ya Allah next week dah start makan solid food. excited la Mommy. kesian Maira belum pernah mandi pool. babies, toddlers, kids ahh semua la suka air. nanti ye sayang. Mommy check in hotel KL je lah , janji ada pool

see, lepas baca semuanya . boleh nampak tak babies ni mengubah seseorang. I sendiri tak sangka I macam tu. Tak sangka I akan or mampu beranak and membesarkan anak. even bukan 100% but part of it lah.

one happy family
  


Janganlah sia siakan amanah. bukan selamanya pun. selagi ada enjoyyyy. yang buang masa dalam perut satu hal, yang dah susah payah teran pun tergamak nak buang jugak. come on lah sayang, rabak sana sini masa push, berpeluh keringat bagai. lepas tu buang macam tu je. tak kesian ke? taknak tengok budak tu membesar, family time is the best moment ever, family time even kau lepak kat mamak pun, asalkan beramai ramai tu dah cukup bagus dah. dah menggembirakan

comel sangat, tengok kartun pun dah comel. yang betul betul lagi lah
                                       

Tapi macam takleh blame 100% jugak kan. ada yang rahsiakan semua benda daripada mak bapak. kenapa? takut kena bunuh, katanya "kalau my dad tahu, dia bunuh i babe, you taktahu garang my dad macam mana".

stress punca?


hurm I macam jelak sangat. kenapa kau nak bantai tibai anak kau masa dah jadi? kau bangga sangat anak anak takut, tapi bila benda ni jadi jugak, bila anak kau boyot jugak maknanya kau punya garang/ketegasan/muka brutal kau tak de gunanya . kalau dia betul hormat kau, dia takkan lah buat macam tu kan? so? benda dah jadi. cucu kau sendiri kau nak buat apa ? haih. jaga maruah depan orang kampung, jiran jiran, nanti sedara mara cakap apa. depan tuhan?

Tapi yang sedihkan, bila jadi macam kes pembuangan ke apa ke ayat orang ialah,"mana mak budak tu?" . kenapa mak? bapak ? takkan mak dia main dengan terung kot jadi baby. pastu atok nenek? mungkin kes minoriti tapi ada je yang jadi dalang suruh buang anak tu. nak tutup malu punya pasal.tapi paling penting mesti nama mak yang busuk..

Benda ni semua kena main peranan. each of family members pun. Jangan kata makcik pakcik takde kena mengenalah. sama je. let say this girl nak kahwin, parents tak kisah tapi makcik pakcik dok cucuk parents katanya,"anak kau lepasan Uni, mamat tu takde apa. suh dia kumpul duit dulu. kalau dia betul nak mintak 12k bla bla bla"

kau ingat orang dah menyulam cinta , boleh tahan nafsu. unless both memang tak nornal, dah lah nak kahwin , dihalang pulang. apa lagi cara nak bukti cinta? main lah. beranak lah. dah takut, buanglah. kan? thats why in my opinion, makcik pakcik semua pun ada peranan

Ye betul, tu bukan tujuan kahwin. Ini sekadar contoh. banyak lagi contoh lain, tapi tu je I boleh fikir setakat ni. and yes , anak anak i kecik lagi. please remind me untuk tidak bagi pressure kat dia. semoga I akan terima sesiapa sahaja lelaki yang dia ingin kahwini, asalkan elok budi bahasa dan tahu agama, rajin and kalau ada rupa tu bonus, kalau ada duit tu extra bonus. kalau educated ? Alhamdulillah dah sempurna dah tu

I emo. I emo pulak sebab i pernah kena bebel sebab masa nak kahwin kami takde rumah takde kereta. ahh sukati la.  haih

*notakaki: tentang I tak suka budak tu, ingat lagi punya lah tak suka sampaikan bila girls talk cakap pasal dream wedding kan, no I tak minat garden wedding ke hotel ke. I suka kalau dapat pool party and please its a closed event. hanya orang tertentu je yang I jemput (means tak terima jemputan tu aku tak suka lah) and also budak sekolah rendah tak boleh masuk. tak nak lah nanti budak berlari lari. rimas =,= ahahhaha.and no worries I wont eat my word la. kalau nak pergi mana mana event yang I rasa tak sesuai, I memang taknak bawak Lihin=.= takleh kawal. and selalunya I tanya dulu boleh ke bawak anak I? takleh takpe ;) I pun takkan pergi lah, hahah dengan I ni jangan cakap belakang. boleh cakap boleh, takleh cakap lah tak boleh ;)


Comments