Family Day 2017

berbuka di Garuda bersahur di Danau

Assalamualaikum W.B..T

wahh kejap je dah penghujung Ramadhan kan. this coming Friday dah raya . so sabtu lepas konon nak bawak mak jalan jalan bazar Kg Baru lah. asyik tak dapat bawak mak je , sian dia, Abah dah kompem taknak ikut. dia lagi bahagia dok umah katanya , dia volunteer jaga Maira, so jangan cakap I yang tak bawak bapak I jalan ye

Pergi sana menguji iman. bukan uji iman tengok makanan tapi tengok manusia, and kereta kereta yang di park tepi jalan. sampaikan simpang nak masuk, nak u-turn  semua letak kereta .menyampah betoi. apa jadah entah. otak ada ka?

Punya la susah payah carik parking, sampai kat Tomyam 3000 tu full. cis, pergi sebalah dia , HR pun sama. lalu kat The Ship takyah cakap la . fed up. Ocin ni bangsa cepat fedup . haiyoo. bila dia dah start moody , I apatah lagi. tak masuk si Lihin yang tak reti dok diam. dok lari sana sini.

Last last, lintas jalan nampak Garuda Kampung Baru , kami pun masuk je lah,. awal awal signish dia takleh bawak makanan seperti nasi dari luar, k fine. ceh patutlah signish macam tu makanan dia tak menarik langsung. dia macam nasi campur biasa je . ke memang makanan Padang macam tu? taktahu lah. Ocin memang tak selera langsung, dia beli ayam goreng Uncle Bob je. I dengan mak amek lauk macam di bawah. 

daging seketoi rm5.50. I tak kisah pasal harga, taste dia penting, and and and......keras..... 

Tapi teh tarik dia sedap . kaw kaw pekat. kebanyakkan tempat rasa susu je lebih,. uwekk. ohh for those who wondering , I memang dah jadi mak mak dah dok minum teh tarik je kalau lepak ahhha , nak avoid ice la konon. yeahh

macam ni rupa je?

Look like a boss? No, because I'm a king 

Ahad, I konon nak masak Ketam Masak Telur Masin, sebab tengok orang post macam sedap je  . semangat nak beli ketam bagai . tapi Ocin taknak. seram katanya, ni semua pasak Siakap 3 Rasa tu la. I belum cerita ek ? ok takpe next entry lah I cerita

Pergi bazar beli benda sikit je . This year Alhamdulillah  I managed to berjimat . Maybe sebab dah matang kot =p atau maybe sebab 100% guna duit sendiri muahahhaha

masa buka tema nya ialah Ketam Masak Lomak Cili Api, sambal belachan, sayur kangkung, mee goreng for Abah, maggie goreng for Mak, air mangga . see Lihin kemain suka makan maggie goreng nanny. dia kebas banyak okay, 

muka suami happy makan ketam . erk ke muka tercekik tu

actually I dari last week lagi nak makan nasi lemak. tapi I tak selera lah nak makan yang bungkus biasa biasa tu. tekak ni ngade je nak yang ayam crunchy gtuh, pastu teringat Mali's Corner. boleh lah nasi lemak dia, paling dekat kan. I dok pantun sajak puisi kat Ocin, dari after Terawikh sampai lah 1am baru dia cakap 'pergi lah siap". I apa lagi melompat lah bersiap pastu siap pujuk parents I semua . lagipun Maira Lihin tak tidur lagi , I kena yakinkan semua orang bahawasanya I takkan singgah Danau. makpak I malas nak jalan.

see muka big boss. dia dengar lagu siap goyang kan kepala, ala ala enjoy the music gtuh, hadoi
Sampai sana Ya Rabbi ramai orang, nasib baik ada tempat .Orang KL ni memang suka betoi lepak malam ke subuh kan,  For me harga dia memang murah , sepinggan macam tu RM 6, portion just nice. ayam sedap. nasi sedap. sambal halus mulus, cuma bagi I satu je kekurangan ; ikan bilis keras nak mampus, entah lah pada I memana pun tu je masalahnya. ikan bilis memang jenis keras ke , jenis murah ke apa ke. mak I suh I bawak ikan bilis sendiri. hamboi mak, perli ke apa?

seronok, sampai umah 3am. esoknya terjaga 8.15am , masuk kerja 8,30am, cuba teka I mandi ke tak? cer teka cer teka.. ehemmm. mestilah mandi gilos. kalau takmandi pun takkan I nak cerita ye dok. kbai


Comments