relationship goals bila nak kahwin


Recently kan macam banyak 'Relationship Goals' kan. At first I rasa macam sweet sangat , macam ahh this is what I want. OMG seriously I want this kind of guy. God pls I need this kind of relationship. and blablabla lah . Tapi for God sake, lama kelamaan I rasa annoying gilos.

Kenapa ?

Okay jangan cakap I terlalu matang or tua for all this . It just that I realized it doesnt exist.

mesti ramai awek gamers mengharapkan boipreng dia ajak main game cenggini, tapi hakikatkan bf kau gi cc main dota and tinggalkan kau. kahkahkah. okay girau
Tapi japg ada yang bertegang urat leher cakap "eh kak , boipreng saya memang cenggitu. walaupun main game kat CC dia tetap akan peluk saya blablabla" Oh okay okay good for you , DEK!

Kebanyakkan Relationship Goals ni sememangnya impian setiap gegadis atau mak mak budak . bila tengok orang share ke kat timeline mesti macam terawang awangan jap. But back to reality, nan hado. Yela lain orang lain cara menunjukkan rasa cinta kasih sayang dan juga goal kan?








I pernah tunjuk ocin yang ni , dia gelak kan i , ceh


badan kau cekeding boleh la dek

hiks
                                   
Apa keperluan nye relation ship gols ni? Pada I takde apa apa keperluan pun, sekadar suka suka je nak berimpian. tak salah berangan kan. jangan menyusahkan diri sendiri sudahlah . 

Kita kena tahu sapa pasangan kita and takat mana kebolehan dia menyempurnakan kehendak kita.kalau dah tahu gaji dia RM 1500 nett, janganlah expect kita nak surprise tetiap bulan. surprise mahal pulak tu . Jangan ingat dia takde tanggungjawab lain. mana kita tau expenses orang macam mana? daripada dia buat surprise kat GF baik dia beli pinggan mangkuk Corelle untuk mak dia ke, songkok untuk bapak dia ke

gambarajah dari Google

nampak tak perkataan GF tak tersenarai langsung? so tak payah nak expect apa apa dari sang boipreng ye. biarlah dia simpan untuk menghalalkan hubungan you alls. kan ke lagi berfaedah tu.

Kalau ada kengkawan yang bakar api ke bakar sampah ke, jangan pedulih. boh layan je . tak bawa sebarang faedah . Kalau teringin jugak nak dapat surprise Iphone 6, pegi lah carik orang kayo dan berjayo. kan

I tetiba nak buat post ni sebab ada one of my friend ngadu . dia gaduh dengan boipreng. ingatkan pasal apa. laa, sebab takde hadiah masa birthday. Boipreng dia ajak g makan kat TGi je . pastu dia harapkan ada surprise tapi takdok. so dia panggil boipreng dia sebagai boring and bendul. kahkahkah

Untunglah kau makan TGI. Dulu birthday I , after class makan mekdi je . pastu pegi movie .sesungguhnya takde beza dengan date lain. dah kahwin lagi lah best . balik umah tidur, kihkihkih best tak bunyiknya?

Kita sendiri kenal siapa pasangan kita, kita kenal dia lebih dari orang lain. so kalau kata cinta, tahan je lah. kalau memang goal dalam hidup kita ialah meniru segala relation ship goal, konon nak manis dalam bercinta je then cariklah orang yang mampu buat kan semuanya .

>,<
Lepas tengok pic di atas mesti ramai nak kahwin kan. mesti macam ahh nak tawen nak tawen sonoknya kawen. okay sabau. masanya akan tiba.

Kekadang macam annoying pulak tiap kali jumpa je mengeluh tanya nasib bilalah aku punya turn nak kahwin like why so desprate .(READ: tanya and mengeluh different okay) benda ni kan ketentuan Allah. so nak cakap apa ?takkan lah 10x jumpa dok mengeluh. fed up. kata soalan bila nak kahwin tu sensitive tapi ni diri sendiri yang menimbulkan soalan dan men-sensitif kan diri. hadoiyai. doa lah banyak banyak bukan komen banyak banyak !

Comments