Family Day 2017

Review: Mahkota Hotel Melaka -swimming pool

Assalamualaikum w.b.t

Bersambung dari entry Review: Mahkota Hotel Melaka I, ni entry swimming pool. saja je nak asing asing. lagipun macam panjang sangat pulak entry tu. kang berat pulak. Actually I ada video. tapi nanti lah I tepek ke sumbat entry lain ke. . ala video Lihin terkedek kedek dalam pool


malu malu nak swim konon

amek mood dulu la konon. 

okay dapat mood dah

see nampak tak ? yang ada slides and yang adult punya tu ( belakang Ocin) kena pakai propers swim attire. yang ada bumbung sebelah kiri gambar adalah jacuzzi. kanak-kanak haruslah berada di bawah pengawasan ibu bapa

dua dua amek mood. 

Lihin takut ngan menda ni. Kat Sunway pun dia takut

nampak bapak dia dalam usaha membuli anak

konon takut terpercik la tu

dah puas buat dia nangis, ni kira nak tenangkan dia la

konon ada super power. hahaha layankan je birthday boy ni.

"Ya Rabbi, ayah. whats wrong with you?" haa gteww

Ha tang ni tak sempat amek gambar, nak g slides tu.. ocin jalan dulu bawak Lihin. I memang terkedek kedek la. Atok konon nak sambut Lihin kat bawah la, sekali rupanya Ocin dah naik dulu bawak Lihin berdua. masa I sampai tu ngam ngam Ocin tengah turun slides. I tengok muka dia macam pelik, macam cemas. pastu sampai dalam air dia terus seluk tangan ke bawah and angkat something. Ya Rabbi, anak aku! rupanya dia naik dengan Lihin and Lihin dah tenggelam dulu. huihh gila kau. dup dap jantung. rasa nak terjun kolam dengan handbag sekali,. I carik bapak I tak nampak rupanya dia belum sampai. Lihin tercungap cungap and dia taknak ocin untuk few minutes. dia peluk atok je, I amek gambo pun kena marah. "hishhh'serious oi dia cakap macam tu =.=

muka marah plus terkejut

konon taknak ayah la, main tepi je . tengah trauma lettew
masa ni kami lapau betul. so around 6pm kot kami decide untuk naik atas, siap siap pergi beraya di Bachang. wehuuu

mommy pun kena possing jua. 

Rating
Cleanliness   : 5/5
Spacious      :4/5
Safety        : 4/5
Environment: 5/5

*notakaki: rating adalah based on personal opinion daripada tuan punya blog. jikalau anda pernah pergi hotel 10 bintang ke 15 binatang ke janganlah dibandingkan pulak ye. seperti I cakap di entry sebelum ini, kita kena bandingkan dengan harga jua. 

Comments