shopping raya dan makcik jurujual yang biadab

Morning you alls. Ya Allah lamanya tak update . Maklumlah I ni berpindah randah. lama dah tak jumpa PC and seat I kat tingkat bawah tu . sekarang I  duduk tempat lain and buat macam rete sendiri. boleh ?

Semalam pergi beli baju raya di Jalan Tar. Jumpa Mak Abah kat Sogo and terus menapak. Before this I dengan Ocin ada survey survey kat area Mydin lama tu, ada baju cantik, Ocin macam biasa lah berubah hati. memula cakap nak kaler lain, end up kaler lain pastu cakap kaler lain cantik la blablbalbla. I kekadang terpikir , masa dia nak kahwin dengan I dulu ada tak berubah hati macam tu . hewhewhew.


gambaran shopping raya. boleh? ishh rimas. tapi tu lah penanda nak raya . ahhahaha. kalau shopping Charles & keith macam ni kan bagus =p


Pastu dia nampak kaler turqoise katanya cantik . I pun berkenan. baju tu dalam RM 200. sampin? RM 700++ mak kauuu teletubies betul lah. rasa macam nak tanya,"swipe kad boleh?" . hahaha kang sekali dia kata boleh mampus. taknak I. sampin dah tentu pakai 1/2 day je ,. dah jalan rimas kompem la bukak. I suh Ocin beli je baju tu, sampin carik lain.I kan pakar mencari benda murah tapi ala ala mahal. ala bukan orang tau pun. Dia taknak . Nak pergi kat kedai kain 'X'. Okay I ikut je lah

No 1 dari kiri. kiri you alls la yang I maksudkan. betul kan turqoise? I colour blind T_T


One thing I like bout 'X' ialah dia ada aircond. selesa lah beli dengan bawak budak bagai. tapi yang tak selesa dia sales assistant dia lah. Tau lah dorang buat kerja and push commission tapi I fed up betul. I cuba buat derk lah pasal sales assistant dia ikuttt bontot orang ( sebab owner dia masuk tv hari tu and kata tu ala ala personal shopper kat high end boutique gituihhh. puii. kalau I boleh masuk dalam tv tu nak menyampuk I nak cakap "pakcik, personal shopper kat butik mahal tu dorang welcome kita elok elok pastu tak berebut rebut nak datang kat kita pastu dia takkan lah nak buat muka tapir kalau kita tak jadi beli"...)



gituhhh perasaan macam shopping kat high end boutique


so semalam yang serve kami adalah makcik tu, walau dia panggil I adik, dont expect I will call her kakak hokay. sebab I dah memang menyampah. Kami ramai, so berebut lah orang nak datang tapi semua cakap sorry bila tau dia yang attend kami.

cenggini ha muka mereka


Okay lepas tu kan 'X' ni famous dengan dua collection baju melayu. Ocin berkenan dengan satu ni. kaler biru. dia mintak XS. pastu makcik ni bagi size yang dia nak but from different collection and of course kaler dia lain sikit. cis. Ocin tanya I sama ke tak? I cakap lah lain,Makcik tu cakap "Sama je". Few times Ocin cakap lain, dia tetap jugak cakap sama. dia kata "takde beza pun,sama je" siap tone berubah macam orang tua cakap dengan anak cucu dia. eh orang tua dia. I terus blah pergi kat Maira. I cepat sakit hati. rasa nak cakap pakai kaki or nak mencarut. ohh tak . my parents taught me well so I takkan buat,Lagipun I ajar diri sendiri, 'Kalau anjing menyalak kita terus angkat kaki, jangan menyalak balik pulak,apa beza kita dan anjing tu?'

zzzz


Kalau ikutkan I dah blah dah, Tapi sebab memikirkan malas nak jalan jalan lagi kat area dalam Masjid India, and bila lagi pulak nak datang kan. rajin pulak nak datang berduyun duyun, Ocin beli jelah, Pastu sementara hubby and my dad try apa entah, I dukung Maira. Makcik tu sibuk promote "baju kurung taknak ke? kita ada baju kurung jugak" . I senyum je without looking at her face, Dok cium cium Maira,  you can say Im rude, tapi I betul betul menahan geram. Lepas tu dia suh tengok langsir la, and also baju Melayu for toddlers. and she thought Maira ni 1 year old todd. omg =.= I said ," perempuan lah". Lepas tu dia terkejut. and terus pergi tempat lain.

Mesti dia cakap I sombong kan. ahh makcik , kalaulah bukan sebab Makcik nak argue pasal collection baju Melayu tadi, saya lah orang yang paling hormat orang tua I tell you. Tapi I tak suka jenis orang tua cenggitu.

I rasa nak email complain. nak Google customer service email, tapi buat penat je I type they will just reply my email mintak maaf semua dah tu je lah. Lainla dia nak denda pekerja tu ketuk ketampi ke, I dapat shopping free setahun ke, atau apa apa berfaedah untuk I. Dulu I pernah komplen pasal cashier biadab, and banyak lagi . nothing happen. email pun i rasa macam auto replye je T_T takde keikhlasan betoi





Okay yang baca ni and tak mengenali I mesti terfikir how fussy I am. hard to handle and etc. no lah, I okay, I never asked for red carpet pun cuma sebagai orang yang pernah kerja jurujual, I sakit hati bila jurujual takde etika macam tu. company memang tak nak bagi cust service seminar ke sebelum mula kerja

I taktahu la, maybe sebab nak komisen sangat ke membuatkan dorang sangat pushy . dengan takde product knowledge nya . I pernah tengok dia advertise job vacancy . RM 1000 + OT + Commission.
basic rendah macam tu buat semua berlumba lumba nak dapat sales yang banyak. cuba kalau bagi basic 1500 without any commission. cuba.

pada I, perangai tu biadab . taktahu lah untuk you all macam normal ke apa ke

Tu je lah kot. Kang lelebih habis puasa gua,. dah la tak sahur. sobs sobs. nanti dok marah banyak guna oksigen, dah guna oksigen nanti lapo. eh boleh gtuh ? =.=


*notakaki: sementara menunggu tu , I terdengar ada coupel tanya kat sorang akak ni , differences between collection this and that. and akak tu jawab "ohh yang collection ni cutting  besar. yang ni cutting kecik. and fabrik pun lain". eiii kalau lah aku rajin, nak je I carutkan,"eii makcik tu tadi kata semua sama takde beza". hish malas nak make scene kan. Tapi logically of course la ada beza. kalau tak kenapa dinamakan collection and harga pun satu rendah satu tinggi


Comments