anak degil ?

I baca blog Namee Roslan tadi . dia cerita pasal nak handle dua orang anak. Anak kami both sebaya rasanya. So si Abang dalam umur macam ni haruslah menunjukkan tantrumnya . dah  ada adik, lagi lah dahsyat attention seekernya.

susah nak handle

Tiap kali marah Lihin I rasa menyesal sangat. kekadang I peluk cium dia and mintak maaf. of coz la dia tak paham kan tapi entah rasa "bodohnya kau marah budak tak tahu apa apa".

Bukan sekali I marah dia. banyak kali. sebab kacau adik lah, kacau I tidur lah. I nak makan dia kacau jugak. nampak benau nak perhatian kan.

and yes, dia sangat hyper and tantrum ya Rabbi. dah semua tips dari specialist I dah guna contohnya jangan bagi makan makanan manis,. ah sama je. I betul give up. satu je I rasa Tuhan bagi ni sebagai satu ujian untuk I. sebab I kan tak suka budak. I menyampah betul dengan budak kecik lagi lagi yang nakal nakal, yang memekak. Ya Rabbi. I rasa budak macam tu ada masalah otak T_T agaknya macam tu lah pandangan orang terhadap anak i kan.:( Tapi i tak pernah judge orang yang tak suka budak. sebab I pernah di tempat itu. cuma dalam hati I berkata kata,"jangan takbur sangat, kau ada anak nanti kau tahu lah. atau pun kau takde anak langsung kang"

and all this while I keep asking myself kenapalah I beranak susah sampai koyak rabak. orang lain senang je. so maybe ni lah sebabnya. I ni jenis 'cepat mendidih' jugak. selalu bila Lihin cabar kesabaran I, rasa macam nak hantuk je kepala dia kat dinding( I know bad Mommy I am)  menggigil tangan I nak lempang dia . suara jangan cakap lah. dah terjerit jerit,. Tapi tiap kali pun I teringat macam mana I mengandungkan dia, masa I teran dia, masa I terkulai kat Observation Room, Recovery Room apa jadah tu. ya Allah. mungkin ni lah sebabnya. maybe kalau I beranak sesenang berak, maybe dah lama I hayun je anak anak i =.=

I dapat from Google

ada sesapa pernah amalkan?

ada jugak amalkan few things tapi I rasa macam sama je . Contoh yang suruh pujuk anak or peluk masa tantrum tu. Lagi dia hantok kepala dia kat muka I adalah. so memang sangat tak berkesan. hurmm. Ada mommies di luar sana yang mengalami masalah macam ni? boleh share ?

*notakaki: tolonglah jangan cakap macam "oh I daripada pregnant i rajin baca Surah this and that  so anak I Alhamdulillah semua baik, dengar kata, malaikat and blablabla". atau maybe " dia ikut keturunan kot. you masa kecik macam mana?" . sapa cakap meh makan tapak kaki gua dulu. haihh

Comments

  1. hmmm biasa lah tu budak-budak. Kecik-kecik memang nakal.
    Mak saya jaga budak, memang nakal. Tapi sabar je lah anak orang kan.

    Betul, budak kecik tak faham lagi, kena sabar je lah jawabnya.

    ReplyDelete
  2. hye...singgah sini nak ucap terima kasih sebab rajin baca entry and tinggalkan komen di blog Syira Lokman :) semoga murah rezeki ye :)

    ReplyDelete

Post a Comment