Family Day 2017

boleh ke kahwin semasa mengandung dan baring semasa azan jenazah berat?

first page screenshot
Hai korang semua. sabar ye. bukan niat nak tunjuk pandai tapi I macam tak tahan tersangat pulak. Banyak kali dah nampak orang repost pasal ni. I diam je. pastu nampak lagi. pastu tenggelam. lately muncul balik kat timeline. siap caption serious seperti 'take note', 'sebagai orang Islam kita kena tahu' and macam macam lagi lah.

Okay UAI dah explain dengan jelas dan terang. tapi bagi yang malas nak masuk Youtube tu, meh I pendekkan ye

Kita ada 4 mahzhab kan kawan kawan. Kita ikut mazhab Syafie. Ikutkan mazhab kita , perempuan mengandung boleh kahwin TAPI jika kandungan LEBIH 3 bulan tak boleh di bin/binti kan dengan si ayah. Clear?

sebab kalau tengok ramai yang confuse. Ada yang repost sambil bagitahu yang dia pernah baca somewhere katanya wanita pregnant lebih 4 bulan tak boleh kahwin and balbalbla. 

Kalau pasal bin/binti , kita takyah pening. pergi JPN and serahkan surat nikah and dokumen kelahiran anak. pandailah dorang buat. dorang akan decide boleh ke idok. Im helping few friends and some of them memang tak dapat nak bin/binti sebab kahwin dah lepas 3 bulan. Tapi one of my contact dapat bin kan dengan ayah si baby sebab masa kahwin tu kandungan 2 bulan lebih

simple as that.

frankly speaking. I bukan orang pandai agamalah. kekadang belajar agama pun kat facebook , pada I tak salah but you have to do some research. kekadang sakit hati bila kita Google sana sini, semua benda adalah copypasta je . ceh. kalau benda tu tak betul, habislah semua orang share benda yang sama.

I bukan nak merendah-rendahkan orang. Tapi I pernah berada di satu kem/asrama for few month and kat sana memang diterapkan belajar agama. dalam satu kelas, ustazah cerita la pasal haram menikahi wanita mengandung. pastu ada budak ni tanya "habis tu ada makcik makcik yang kahwinkan anak dia tu?". Ustazah tu jawab, "ha menjawab lah dia dengan Tuhan"

I tumpang sedih lah bila dengar tu semua . kesian orang nak buat baik, nak halalkan hubungan jadi macam tu. tapi sebab masa tu I takde anak , dan tak tefikir nak pregnant I buat derk je lah, after few month I dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus then baru lah faham. statement ustazah tu betul tapi tu mazhab lain. jadi kita kenapa nak ambil pusing mazhab lain. so I amek positive, maybe ustazah tu study oversea kot dulu. arab ke mana ke . hiks

Kalau lah haram . dah lama sesapa yang kahwin masa pregnant kena tangkap/ hospital buat report ke or maybe JAIS datang serbu perkahwinnan ke (ya Allah)

Yang tuan empunya post tu pun , dah ramai orang share posting dia. pastu ada yang tegur kat komen dia, still dia tak remove. ke dia tak tahu remove or maybe dia rasa tak penting untuk update balik benda macam ni? takpela dia as long I try my best to make it clear dengan friendlist I

BARING SEMASA AZAN JENAZAH JADI BERAT

tak jumpa pulak pic orang baring. kang main amek je kena saman lak kahkahkah

Okay ni lagi satu. Jangan baring masa azan nanti jenazah berat. yang ni pun bersepah orang share and masa I kat dalam kem/asrama tu pun kecoh macam ni. seperti biasa I amek positive side maybe dia taknak budak/pelajar malas lalu tertido kot. haih.

UAI ada cakap pasal ni jugak. takpe je baring sementara tu. Yang membuatkan berat kalau sampai ke sudah tak solat solat.

 mari rajin kan diri kita buat research sebelum share kat orang. semoga semua dapat ilmu yang bermanfaat eh eh awkward nya gua kahkahkah


Comments

  1. Salam, hahahaha nice sharing girl!
    Yup, xsalah pun amek tau cuma masa nak share, mmg kna lah research dulu tgk dpd beberapa sumber kan..kdg2 tgk kat FB punya ramai share benda yg sama, pdhal kt komen ade somebody yg dah explain bgtau benda tu mgkin salah ke apa..tp org kite malas membaca, dan suka percaya bulat2..haha susah haih~
    keep on sharing good thing, aku pun kdg2 nak share benda baik cm awkward weh..hihihi

    ReplyDelete
  2. kankan. facebook ni tempat menyebarkan ilmu sebenarnya tapi tu lah ada yang salah guna. kena selalu berhati hati . pastu kalau nak cerita penyebaran kat whatsapps grp mmg takkan habis lah weh >,>

    ReplyDelete

Post a Comment