bersambung sambung tak sihat



Last Friday I dah apply annual leave. Konon nak babysit Maira sebab mak abah ada hal nak balik Klang. pastu macam tak jadi , I pun eksaited lah nak cancel. save leave la. precious thing okay. Sekali Lihin pulak demam. taktahu lah kenapa. Kamis petang tu Ocin bawak jalan jalan naik motor ke Bukit Belachan. mak cakap sebab asyik terkejut. takpun macam biasa lah superstitious thingy lah. tapi scientific nya I rasa dia jangkit dengan Maira . Kan Maira pun demam hari tu

Lihin ni jarang demam. Tapi semenjak dah dua beradik ni dorang main jangkit each other. nak kuarantin pun macam lah rumah I besau sangat. nak pegi toilet pun kompem selisih bontot. so it could be on of the reason la

I is eksaited la cedokkan Ocin punya bekal. Yela benda ni lauk semalam dipanaskan aje.So takyah lah pikir nak masak pepagi buta ke apa . Mostly orang semua pelik kata family I awal gila masak. I macam eh, korang memang tak makan lauk semalam yang dipanaskan ke -,- korang lah pelik oi. kahkahkah. 


Jimat ke bawak bekal babe?

alamak I penah dapat soalan macam ni. I taktahu motif pertanyaan. well it depends la kot macam kami ni masak sekali banyak (for 4 adult) and ianya ialah dinner malam and tapau paginya for me and Ocin, Kalau korang seketul je kat umah pastu nak masak ayam seketul memang agak bazirlah melainkan kalau nak sekali masak tu 2 ketul untuk lunch box and also dinner.depends la kot

in term of perbelanjaan ye. I kena spend lebih untuk beras of course. lauk pun sama. tapi I rasa berbaloi lah sebab boleh makan ulang ulang. Ocin bukan jenis suka benda yang sama. tapi kalau dah lapar ngap ajelah. bapak I jawa. Jawa kan jenis suka masak 1 kuali besau. Dulu bapak I macam tu jugak. dia tak sedar agaknya kami ni keluarga kecik yang jenis tak banyak makan. Kalau kat hometown dia bolehlah, lagipun rumah sedara mara dekat. so boleh hantar rumah kiri dan kanan. ni kami nak bagi sapa semua rumah bertutup je. eh eh bajet duduk kondo kan. hiks

Monday macam biasalah pegi keje. Pastu before lunch I start seram sejuk. Kak Mimi pulak start bersin. Gurau gurau pasal MC la konon tapi I gelak je sebab I ni kalau demam jarang MC. entahlah doc yang taknak bagi. I pemalu bab mintak mintak ni. Kecuali kalau diarrhea memang I yang mintak. selalu demam I amek panadol je tak pun biar baik sendiri. lagipun since lepas beranakkan Maira, I realised that I akan demam each time nak dekat 'bulan mengambang'.waduhh. kureng vitamin C kata doctor, 

Balik tu I balik rumah Damansara. nak dekat sampai hujan selebatnya. berteduh kat bawah flyover nak masuk Penchala tu. dah terasa sejuk mencucuk dah. tak penah I rasa sejuk macam tu hokayy. sampai rumah, kak Ipar I buatkan teh O suam, lega sikit boleh warm kan badan. sampai rumah I pulak terus sakit perut macam gastric. ya Allah sakit sangat tak terkata. pastu sakit macam nak diarrhea tapi takleh keluar pulak. alaa senang cerita sakit nak meneran beranak tapi tak bukak bukaan lagi. ha macam tu la. sakit sangat. dengan demam, gastric and sakit macam tu imagine la menangis nangis I kat bilik air. 



mak I dah risau suh I pegi clinic tapi I memang tak larat jalan. mata I macam berpinar. Kat toilet tu pun I macam terlelap lelap. around 12am I ajakla mak and Ocin pegi clinic. nasib bebudak dah tidur time tu. I kena pergi Mediviron Ampang Point sebab situ panel. Nanti MC tak diiktiraf pulak.sampai pulak, Ya Allah ramai orang. 

I pun taktahu apa I tulis kat attendance list tu sebab I mamai and tangan menggigil. jalan huyung hayang and sempat terlelap kejap. Actually one of my fav doc kat sini ; Dr Adam Leon on duty pagi tapi I tak larat nak tunggu dia. yang I jumpa ni Dr Thomas. masuk je bilik doc I macam tak larat nak explain apa apa. hoepfully dia fahamlah apa I cakap. I rasa I cerita tak ikut urutan, dia macam blur. dia check temperature 38. berapa entah, pastu perut which part sakit then dia cakap akan bagi ubat sakit perut, pain killer, fever and antibiotic. kalau tak baik kena refer kat hospital takut kencing tikus. 



masa tu memang lah I angguk je , tapi bila dah sober ni macam blur la, seriously boleh terjadi. I tak pergi mandi sungai pun. Balik tu I tidur, bangun around 3am and makan ubat before meal (tahan muntah) tapi kepala I berpusing so I terus tidur. bangun around 11am makan lagi ubat before meal and ikutlah segala urutan , tak sampai 5 min muntah. petang tu benda yang sama. oh shit. what happen to me. I give up. malam I amek ubat fever je sebab nak reduce body temperature but still muntah. Before off to work tadi I tak makan ubat apa apa. taknak lah I muntah kat office. Now just finish my lunch, nasi with ayam kicap . still huyung hayang, but better. Alhamdullilah. hopefully takde apa apa lah lepas ni. I pun malas nak follow up hospital. hurm



I bukanlah nak cakap tak percaya kat doctor. well, dorang ni human being jugak.Kat klinik yang sama, dengan sorang doctor young malay guy. I cakap I pening bagai. dia kata "ohh its because of haze". simply assume tanpa check apa apa. dia bagi I ubat migraine yang paling kuat. I makan sebijik je tapi still tak elok and tak sedap hati I pergi another clinic. doc tu senyum je and suh buat pregnancy test, see, nampak tak different tu? and tak boleh persoalkan I taktahu sebabnya I ni peod tak betul. 

haih macam macam lah. doakan I cepat sembuh ye. I pun doakan awak semua sihat sejahtera dan selalu berada di bawah lindunganNya . amin

*notakaki: seksa tak sihat ni, anak dok main lompat lompat. tengah sakit perut pun dia nak ikut masuk jamban

Comments

  1. Salam, alahai siannye you..tp skang ni pun, rase kesihatan merosot lah..keluar rumah mmg jrebu gila, plus asap banyak..hadoi...sesak nafas..hope u cepat sembuh okay :D
    part doctor tu, i setuju...kesnya i kena kencing xlawas..pegi klinik ni, dia ckp ada kuman tp sikittt je lah...so kasi ubat bkenaan kencing xlawas...but xbaik2 jugak...g klinik lain...dia bagi ubat sembelit, sbb dia ckp i sembelit sbb tu kencing xlawas...mmg Alhamdulillah baik lepas tu...klinik2 ni kdg2 malas nak cek dan cari punca sebenar...yg melayang duit, kiteeeee jugak..hampeh!

    ReplyDelete

Post a Comment