never complaint about their daily expenses. kau bagus sangat?

TGIM!

kemain tau. nak sedapkan hati sendiri sebab dah kena bersiap awal. okay ni entry marah tau. I nak cerita pasal makcik ni. jom kita mengumpat bercerita  pasal makcik ni



I kan hidup di flat pemindahan setinggan.tapi mentality tak payahla setinggan sangat. Tau tak masa I memula pindah dah kena kutuk. salah satunya sebab kami sefamily ni ada habit breakfast kat luar every weekend. eh sukati lah. my dad kerja Mon- Saturday. kiranya Sunday jelah family time. Yes , I memang di ajar family time semenjak kecik sampai I kerja pun, before off to work akan breakfast kat mamak. pastu orang cakap,"eh asyik nampak keluar je, tak masak ke kat rumah?". cit! Pastu I join dance class tau since Form 2 lagi. bila orang tahu dia macam,"nak buat apa masuk kelas tarian? bazir je, bukan boleh kerja pun". pui pui

Since ada anak dua ni, Lihin dah lasak Ya Rabbi, Maira pulak kenit lagi even she cant sit on baby chair pun I dah jarang lah keluar. seriously we cannot handle Lihin, dia sangat lah hyper. maybe normal for some people tapi tahap cranky dia Ya Rabbi. Tak tahan bab dia jerit sampai semua orang toleh, tumpahkan air lah, baling straw , ais la macam macam. since that memang jarang makan luar tapi ada jugak la once a month. Tak kerap macam dulu.

Lihin and Maira both dah lasak okay -,-


Semalam my mom turun beli bahan masak rendang. yummy. Pastu ada makcik dok level 11 ni kan. dia cakap dengan nada perli," aik, tak ramai pun nak masak? saya makan luar je.senang..."

apa motif dodol cakap macam tu? my mom ni bila orang cakap dia start la terasa as if I tak pernah la bawak dia makan sana sini. bila I ajak dia jugak taknak cakap leceh la apa lah, pastu bila macam ni dia terasa pulak. tak I tak blame my mom, makcik tu mulut dia memang nak kena cili api gamaknya

comel nya pic ni I amek frm Google . sapa punya ek takde watermark pun. btw, I tak pakai pun segala veil sobs. 


Tau kan I kahwin buat kecik je. sukati lah -,- I yang kahwin pastu makcik tu kecoh nak tahu hantaran la, kos la pastu dia cakap kalau dia, memang 100% pihak lelaki tanggung pastu dia cerita la dia mintak 12k pastu orang tu mintak kurang dia bagi 10k. itu minimum sebab banyak benda kena buat blablabla lagipun anak dia , dia bagi sekolah tinggi blablabla pastu dia cakap rugi mintak hantaran sikit dah la anak pompuan dia dua orang je pastu dia dah besarkan susah payah blablablabla. -,-

seriously shit, I dont have issue with people spend 100k pun for their wedding. its their big day sukati lah. But I have serious issue with dumbass yang suka bandingkan majlis I dengan orang lain. eh sukati la duit sendiri sukati sukati sukati =.=''

I rapat dengan sorang budak kat blok I and family kami pun rapat jugak. they all so kind and selalu visit and tanya khabar kami. pastu ada jugak orang ngumpat. tau dia cakap pasal apa ? "keluarga dorang tu jimat sangat. masa anak dia sekolah hari hari bagi makan nasi dengan ikan masin je blablabla"

see menyibuk pasal expenses orang, orang nak jimat biarlah. you tak tahu orang ttu nak saving nak pergi Haji ke, beli kereta selesa ke beli rumah besar ke. anak anak dia still hidup kan? memasing membesar dengan jayanya even makan ikan masin. tak baik cakap pasal tu okay sebab pada I nak ikutkan ayah kawan I ni memang gaji kecil. so kalau semua anak dia sekolah (4 orang) memang patutlah dia berjimat. Tapi janganlah kutuk orang, unless kau nak bagi dia sedekah ke. jangan komen pasal makanan orang lah.

sekarang dorang dah senang sebab semua dah kerja. tinggal sorang je sekolah. mak bapak goyang kaki je , siap boleh keluar berdua pergi makan ciken chop. yang mengata? dok rumah jemur kain je. takde sapa pun bawak keluar.

I berpegang teguh pada ayat manager I dulu. "people have money.they work hard to earn money they can buy what they want, It's up to them how to spend their money". betul kan? You tak boleh kata orang gaji Rm1000 work as a cleaner tak boleh beli bag MNG. harga bag tu rm 200++ ah boleh je. and you ingat orang gaji basic RM 2500 tak pernah carik bag RM 25.90 kat Times Square? atau pun carik discounted item kat Sogo? Guess yang dia pakai entah entah dah 70% off. maybe jugak dia prefer beli online yang harga RM 19? who knows.

Jadi, jangan jangan jangan sesekali bercakap/komen cara orang berbelanja untuk family selagi dia tak menyusahkan kamu dan keturunan kamu contoh dia makan seafood everyday breakfast hot choc errday by 20hb dah message mintak pinjam duit and it happens 2,3 month in a row then you may complaint or advised him/her. kalau takde kena mengena, ABAIKAN. dorang nak makan ikan masin errday? advised them its not good for health , salty kan, tak pepasal darah tinggi. and make sure you hulur setengah ekor ayam so they can enjoy new thing, maybe they all tak mampu beli lauk lain, who knows kan.

nah duit

*notakaki: one more thing I tahu makcik makcik ni selalu bangga and membangga kan anak dorang. anak baru bawak makan sekali dah kecoh sekampung. takyahlah nak kecoh sangat . -,-. well, I kan anak tunggal and  I stay with my parents. so cerita nya macam ni , ada jugak makcik bangga anak anak bagi dia RM 1000 per month. well, dia ada 5 anak sorang bagi RM 200 so total dapat lah RM1000. duit tu lah bayar rumah/beli lauk basah/lauk kering/gas/duit pasar malam /etc. I pulak anak tunggal, stay together. basically semua benda bill I bayar, barangan dapur kering basah I beli,duit breakfast I sediakan,top to toe  I sedia of course , duit rumah/maintenance/cukai pintu/roadtax kete /renew lesen atau segala jadah. pergi jalan jalan di hujung minggu, lepak mamak di malam minggu. eh semua lah.pastu duit belanja  lain cerita. ni bukan ungkit, cuma nak cakap rasionally. jangan lah compare. I mungkin tak boleh bagi duit belanja RM1000 lah, pengsan iolls. bukan berkira, nanti nak beli barang anak macam mana? I punya hutang piutang (inc bills la) RM 1000 monthly pastu barangan baby pun RM 1000 monthly. I ada in law jugak. and I dan husband ada anak tekak and anak mata jugak. so makcik, jangan lah kecoh bangga anak bagi jumlah itu.. haiyoo./I tak dapat nak tetapkan , it depends on rezeki on that month tapi my promise - kita takkan pernah kelaparan mak. yeah itu I penah cakap kat my parents. Tapi I macam berkipas telinga bila ada yang nak banggakan dapat 4 angka from their kids. and tanya berapa I bagi mak I monthly. eh sibuk je kau ni -,-

kahkah kah siap highlight bagai , ni betul luahan hati ni. sorry la, bulan baru lepas mengambang uolls, tengah tunggu terbit mentari tu macam ni kot. hiks

Comments