Resepi Mihun Soto Cincai

Hi youalls. saja lah nak makan mihun soto. makan kat kedai macam kurang kepuasan itu. I order lah kat mak I . kahkah. benda first time kena bagi mak try dulu. btw ni versi cincai ye . kenapa cincai? tunggu....

I dapat resepi kat FB. ni semua share share copy pasta la ni. I pun taktahu nak bagi credit card sapa. ah, I bagi credit kat FB je lah ye.

Bahan Bahan

1 Ekor Ayam- dipotong
I bungkus bihun- dicelur
1 rempah sup bunjut
sedikit minyak untuk menumis
air ( pandai pandai bajet kuah)
garam 

Bahan Tumis

bunga cengkih
bunga lawang
buah pelaga
kuliy kayu manis

Bahan Kisar

2 biji buah keras
1/2 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar ketumbar biji
1/2 sudu besar jintan putih biji
1/2 sudu besar jintan manis biji
1 batang serai
2cm lengkuas
2cm kunyit hidup
2 cm halia
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah



Cara-cara

1. kisar semua 'bahan kisar'. make sure betul betul halus
2. Tumis 'bahan tumis' hingga wangi , masukkan bahan kisar,
3. Tumis sehingga wangi dan garing
4. Masuk air secukupnya. masukkan rempah sup . 
5. Masukkan ayam dan tambah garam secukup rasa ( tawar takpe, jangan masin hokay)
6. gunakan api perlahan sampailah ayam betul betul empuk
7- Bila dah masak, keluarkan ayam dan carik-carikkan isi ayam.tulang boleh masukkan balik. Kalau I, I tak suka ada banyak benda dalam sup tu. so I keluarkan je terus.

misi mencari bahan. iolls sampai meng-google apakah ketumbar

wuuuu

bahan yang telah dikisar

Lihin suka betul pegang ayam mentah. I sampai sekarang tak boleh -,-

ayam yang telah dicarik carik

so kenapa I cakap cincai ?

sebab takde hiasan, takde telur blablabla. kahkahah.
tapi okay la boleh telan jugak . sambal kicap takde , I pakai kicap cap kipas udang je 

Comments