Family Day 2017

Resepi Sambal Belachan Mak

Hi everyone.

tadi borak pasal makanan dengan my friends. walaupun memasing nafsu boye asyik nak cekik lamb chop la chicken chop la steak la stick pun boleh tapi actually makanan yang paling menyelerakan /tersedap/terlazat ialah hidangan yang simple.

Balik balik rumah pulak , mak masak ikan goreng,sambal belachan,sayur bayam. adoi memang kena lah ni. so kat sini I nak share resepi sambal belachan mak I. benda ni simple je and lebih kurang je macam sambal belachan jawa. 

Bahan Bahan

Belachan
Cili Merah
Cili Api
Asam Limau


Cara - Cara

1- Bakar Belachan . Mak I cakap benda ni agak agak je . tapi I tengok besar 2 jari . tapi lepas ni boleh adjust kalau kalau terpedas ke apa ke

2-hiris cili merah dan juga cili api. of course buang biji. I tak suka kalau sambal sekali ada biji cili. seram. selalu kat kedai I tengok macam tu. dorang nak cepat kot mana ada masa nak belai cili kan

3-Tumbuk bersama. ada orang nak cepat dia blend je . Tu salah satunya kenapa biji cili bersepah kat dalam tu. Tapi my mom tak gomar sangat blend. kalau tumbuk just nice, tak halus tak kasar

4-perah asam limau, Tani ni boleh adjust sendiri. maybe kalau terlebih pedas kita perah la banyak. kalau masam sangat kita tambah cili. kalau pahit boleh perah banyak sikit. 

Okay siap. sedap di makan dengan masak lemak cili api/ikan masin/masakan kari/nasi putih panas panas. perghhh. hoi makruh puasa -,-
layan gambar

bakar belachan atas pemanggang . benda ni yang guna untuk masa daging burger tu

hiris cili merah

hiris cili api

tumbuk belachan + cili merah + cili api

i is lapar now

*notakaki: ada yang kata boleh tambah cuka untuk sambal tahan lama. errr kami sekeluarga sangat sensitive dengan cuka. jadi memang tak pernah guna la. gula pun tak pernah letak. sambal ni mak selalu buat and simpan dalam fridge , tahan je 4-5 days. 

Comments

  1. Salam, haaa sedapnya! lebih kurang sama resepinya, tp klau mak i, cili api letak jauh2 dahhh...sebab dia xtahan pedas..hahaha :p

    ReplyDelete

Post a Comment