Family Day 2017

Tanggungjawab sebagai hidupan di muka bumi dan motor terbakar

Semua benda ada tanggungjawab . semua perbuatan yang kita lakukan kena ada rasa tanggungjawab. takyah di ajar/ di ceramah. tak payah di jadikan subject Tahap 1. Contoh kalau kita berak, silalah rasa tanggungjawab untuk flush balik. takkan nak kena buat Pesanan Khidmat Masyarakat kot. kalau kita drive kete, nampak motor nak mencelah, tanggungjawab ketepikan kete kau sikit. ni nak jugak rapat dengan kete sebelah, kete korang ada scandal ke. pastu kalau smoke, apa tanggungjawabnya? 1) kalau nampak budak/preganant woman atau senang cerita orang tak smoke perlu ke hembus kat orang tu? perlu ke orang tu meroyan dulu? 2) kalau dah hisap before buang, pepandai lah PADAM PUNTUNG dan jugak CARI TEMPAT SESUAI LA GILAAAA

Isnin kan lepas balik kerja I belikan Lihin air kotak and terus naik. lapo punya pasal. I memang kejap kejap lapau. adakah ada 'sesuatu' dalam perut, ish, taktahulah -,- lepas makan, baru nak tukar baju semua tetiba dengar suara lelaki bagi salam. mak I pegi lah tengok. dari jauh I dengar "motor menantu acik terbakar". melompat I. dengan tak pakai tudung (nasib baju pakai lengkap). gila kau baru parking tadi tetiba terbakor.

I turun tengok dengan my dad, orang ramai tengah berkumpul. motor basah kena simbah air, siap ada kain buruk lagi. dorang kata ada makcik balik masjid kot, cakap kat dorang (yang lepak) ada motor terbakar. so half dok padamkan api, lagi berdua tu pergi panggil I. nasib ler dorang kenal motor/plat no husband I and kebetulan tu semua budak sekolah I. pastu dorang tanya la husband I lupa padam api rokok ke, I cakap eh no husband saya tak smoke. -,- sesuka je. macam nyanyuk pulak laki aku.

ni la rupa motor tu. kain buruk tu digunakan untuk padam api jugak la selain dari air yang melimpah tu 

dorang suh pergi check sebab dorang suspect motor terbakar sendiri. I pun macam seriau pehal pulak motor boleh terbakar sendiri kan. and dorang pesan jangan pulak husband I ingat orang dajal dia lah. hiks. kalau nak cakap pasal perangai orang kat flat tu, berapa kali helmet hilang, kena potong and motor parking sini esok pagi dah ke tempat lain.I sengih je lah. I pun tak terasa orang dendam. bukan kami ada musuh pun kat flat tu

Ocin balik je masjid I tunjuk dia.time tu semua abang abang tu dah blah.  dia dok belek belek. rupanya yang terbakar kat bakul motor tu bag plastic and also bekas lunchbox. alaa tupperware putih tu. so teori yang kami buat senang je.

ada orang buang puntung rokok--> diterbangkan angin-->terkena bag plastic-->terbakar

pasal puntung rokok tu memang habit orang bangang kan, buang suka suka, jangan nak nafikan. sebab dah few time jugak kalau sidai towel ( nak cepat kering, I akan hamparkan dan guna dua atau tiga baris ampaian) tetiba je ada kesan hitam lah, lubang lah. rumah I tingkat 6, so maknanya tingkat berapa yang uncivilized sangat tu.

Itu je lah teori terhampir yang I boleh buat. kalau orang simbah minyak ke apa ke, mau lebur satu motor. Pastu ada makcik tu macam pelik bila dia tau motor Ocin yang terbakar tapi Ocin selamba je. dah tu takkan nak melalak kan. ocin pulak jenis rimas orang dok perhatikan dok tanya semua. dia terus naik lift tinggalkan I dengan abah. ceh.



Alhamdulillah motor okay. cuma set cover putih rongak. until now belum ganti >,< and nampak tak sudu melebur di bakul motor tu

Actually I takut jugak nak pegi keje naik motor. mana tau meletup ke apa ke kat AKLEH tu *istighfar* walaupun Ocin dah explain yang takde wiring terlibat kat situ, wire semua kat belah lain. and kalau ada pun cuma wire meter je which is takkan effect letupan. I still takut pastu Ocin cakap kalau taknak ikut dia SILA NAIK BUS!.

alamak taknak lah , malas. kahkahkah. Alhamdulillah everything went well. walaupun nampak huduh , motor tu tetap berjasa. husband cakap RM 15 je cover tu, pasang sendiri. so okay lah nanti lah cukup bulan baru beli. hahahaha

*notakaki: I bagi nama kat motor Ocin- Totoro. lama dah since zaman bercintun lagi. I pun confuse ni motor yang sama ke atau dia tukar motor ke. entahlah

*notakaki2: benda kalau nak jadi, tetap akan jadi dengan kuasa Allah. padahal selama ni kalau I tak bawakkan bag plastic tu, Ocin akan bawa ke masjid. tapi hari tu tetiba dia rasa nak tinggalkan and amek lepas on the way naik nanti. 


Comments