stress ke pantang ni?

Morning Tuesday :)

semalam I baca tajuk berita yang pasal terjun bangunan tu. hadoi tetiba ter-flashback zaman berpantang. I taktahu lah I ni rare species ke apa ke but so far I ada la jumpa few people yang sama dengan I-tekanan tahap melampau time pantang. 

I stress sebab entah, sebab I rasa badan I 'rosak', *istighfar*. Ye lah masa first kan I koyak 3rd tear. gila kau, otot bawah tu koyak kau. rasa macam apa kau =.='' I stress kalau kalau tak boleh buang air besar/sembelit (see benda tu pun buat stress)I stress tak boleh keluar yang mana time tu lah keluar iklan makanan best lah apa lah. I stress tengok husband I pakai kemas kemas pergi kerja, serious shit, dia spray deodorant & pakai hair gel pun I dah macam "perlu ke? pergi kerja je pun"

Husband I jenis suka lepak dengan kawan kawan. lepak macam lepas balik kerja, ngeteh kejap lah. of course dia dah minimum kan waktu lepak but still I sakit hati. kenapa kau lepak weh? kau tahu aku kena pakai kain batik kat rumah ni? tak nampak dunia luar? weh tension gila lah weh.. okay nampak tak meroyan kat situ. I selalu rasa sunyi. serious. rasa tak dipedulikan . hurmmm

masa Lihin paling kesian. kesian sangat. dia jadi mangsa. kalau takde mak I, taktahulah apa jadi kat Lihin. agaknya dah tercampak keluar tingkap :( bad Mommy, I know. lepas tu I kurang makan. I makan nasi kosong / nestum saja. memang takde zat sebab I trauma sembelit. tak cukup zat macam tu buat susu jadi cair,bila cair, of course baby tak kenyang. another thing, baby boy memang kuat menyusu. every hour okay, dia macam ada biological clock kat badan dia, tepat je sejam dia bangun. ya Rabbi. sumpah I meroyan tahap apa entah. nasib baik mak ada

okay apa I nak cerita tadi ek ? ohh yang pasal terjun bangunan. I tak baca pun full story, tapi I nak menegaskan bahawasanya wanita berpantang perlu dijaga bukan takat urut jamu ke jadah semua tapi emosi tu kena jaga. suami, kalau jenis komando , yang memang tak reti nak layan isteri bagai permaisuri tak payah lah berubah jadi sotong ke apa ke , cukupla jaga perasaan dia , ada sebelah dia, dan tolong lah buat apa yang patut. mak mentua, mak sendiri makcik makcik melawat tolong lah jangan bebel banyak sangat. kalau sorang cakap A, janganlah lagi sorang merusuh pulak cakap A tak betul.masing masing nak tegakkan pendirian memasing. kawan -kawan, kalau orang tu dah kata "tak payah datanglah, kau mesti penat kan balik kerja". percaya lah ayat sambungan kedua tu untuk penyedap je. sebenarnya takyah datang pun takpe, I need my sleep. yelah orang tu tak tidur malam jaga anak. siang orang tu nak tidur ,korang sibuk datang nak selfie. waduhhh.

Previously I ada buat entry pasal BF vs FM


Comments

  1. Salam, serious ke u? Hmm, mcm tu rupanya..baguslah u citer, actually ramai yg mula buka cerita psl stress mase berpantang lepas kes terjun bangunan tu..and at least i dpt tau dan get ready for this..kalau x, ia tau wujudnya fasa stress masa pantang tu..hmm tetiba bace i jd sedih pulak..camne lah i nanti..jgnlah stress sgt dan hope org2 sekeliling bleh jg perasaan i..wuwu :'(

    ReplyDelete
  2. baru2 ni ramai yg share pasal ni,
    mmg stress ms berpantang dgn susu tak keluar, sakit tang tu lagi. kalau tak de bantuan dan support dr keluarga tah hape jadi dgn anak tu..dgn diri kita sendiri pun boleh meroyan..walau mcm mn pun kita ada iman, iman tu yg meyelamatkan fikiran kita jadi mereng..nauzubillah

    ReplyDelete

Post a Comment